View: 4361|Reply: 52
|
[Tempatan]
Terpaksa berpisah dengan isteri akibat tak mampu sara keluarga
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Seorang lelaki hidup sebatang kara selepas diuji masalah saraf dan diabetes bersyukur menerima sumbangan zakat daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk meringankan bebannya.
Rozman Hasyim, 52, dari Batu Caves, di sini, berkata dia diberhentikan kerja sebagai pemandu peribadi orang kenamaan selepas kaki kanannya dipotong akibat kencing manis pada Januari tahun lalu.
Menurutnya, pergerakannya kini terbatas serta hanya bergantung dengan kerusi roda, selain turut mengidap penyakit darah tinggi, sakit buah pinggang, jantung, paru-paru dan saraf.
Lebih meruntun jiwa, akibat tidak mampu lagi menyara keluarga, bapa kepada seorang anak ini terpaksa berpisah dengan isterinya dan hidup sebatang kara.
"Saya tak tahu ke mana dan siapa harus saya minta bantuan untuk meneruskan hidup.
"Ini pun saya amat bersyukur pada Allah bulan Ramadan ini saya terima sumbangan wang zakat daripada MAIWP," katanya.
Rozman ditemui selepas menerima sumbangan Program Nur Ramadan Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa di Masjid Saidina Hamzah Kampung Batu Muda di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran.
Pada program berkenaan, seramai 3,300 asnaf dan fakir miskin dari 11 Parlimen di bandar raya ini menerima wang zakat bernilai RM300,000 dari MAIWP.
Dr Zaliha menyerahkan bantuan wang tunai bernilai RM200 setiap orang kepada 300 asnaf termasuk anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan mereka yang kurang berkemampuan.
Baki 3,000 penerima sumbangan di Kuala Lumpur menerima agihan sumbangan secara berperingkat.
Rozman berkata, buat masa ini, dia malu hendak mengemis dan sedaya upaya berjimat dengan wang sumbangan diterimanya untuk rawatan di hospital.
"Saya sudah tiada ibu bapa, adik saya pula ada tanggungan yang perlu dia utamakan.
"Kehidupan saya kini bergantung sepenuhnya dengan sumbangan orang terutama jiran terdekat untuk makanan harian," katanya.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Adoii takut dgr cerita mcm ni kencing manis sampai kena potong kaki |
|
|
|
|
|
|
|
Apa pendapat korg ye klu kes mcm ni, isteritinggalkan suami sbb dah jatuh susah tak berdaya kena potong kaki tak mampu sara family? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku mcm ni, klu aku dah cuba sedaya upaya utk masak makanan sihat walaupun kdg2 terbabas juga, lps tu dah pesan kat pasangan suruh jaga kesihatan jgn makan manis n carb byk, maksudnya dah pesan suruh makan makanan sihat, duk ajak exercise skit2 buat sama2 tp klu aku rasakan mcm aku sorg je yg duk pesan2 ckp hal tu tp tak berapa diberi perhatian, lps tu klu sakit kena potong kaki, aku tinggalkan jugak, takdenya nak sehidup semati. Sbb ckp mcm curah air ke daun keladi, tak berusaha sama2, kita a)e. Huh
Korg mcm mana
|
|
|
|
|
|
|
|
'... hanya bergantung dengan kerusi roda, selain turut mengidap penyakit darah tinggi, sakit buah pinggang, jantung, paru-paru dan saraf.'
Oh mak ai... apa aja yang tak sakit pakcik ni. Bacakan yaasin ja lah semoga dipermudahkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Umur tua mmg penyakit datang cepat dan lambat je, kalau sihat sampai 70-80-90 lagi nak cari duit lagi, lagi kalau mata x nampak telinga x dgr tulang reput bedriden lagi la kena gajikan org duit kwsp umur 60 dah abis |
|
|
|
|
|
|
|
dia tinggalkan bini dia ke sebaliknya? kalau dia tinggalkan sbb tak nak susahkan..moga ex wife pun dpt bantuan untuk ibu tunggal.
tapi kalau sebaliknya..meolls tak tau nak komen apa |
|
|
|
|
|
|
|
Saraf lain, kencing manis lain atau dua datang sekali ?
Macammana boleh berlaku sakit saraf ? |
|
|
|
|
|
|
|
To me it doesn't matter siapa yang berlalu pergi, obviously yang akan terbengkalai is this poor guy. Tapi aku faham kalau dia yang suruh isteri dan anak pergi sebab there would be three mouths to feed but then isterinya boleh ja nak tunggu and take over jadi breadwinner.
|
|
|
|
|
|
|
|
kencing manis kronik mmg akan efek saraf terutama kat kaki mmg kebas sokmo kalo pijak kaca ka duri pun tak terasa tup2 luka membusuk trus kena potong kaki
kakak aku potong kuku kaki terpotong sikit isi skit pun dia tak sakit tup2 nanah last2 kena potong ibujari kaki
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pocongkiutss at 23-3-2025 01:39 AM
Orenn1 replied at 22-3-2025 05:13 AM
Apa pendapat korg ye klu kes mcm ni, isteritinggalkan suami sbb dah jatuh susah tak berdaya kena pot ...
Taktaulah ye .memqndangkan kerja dia sbg drebar org kaya ni..selalunya ler kan..ada gelpren lain selain bini..yelah leh berlagak dgn kereta bos
Bg meolss..kena dgr side ex bini and anak2 dulu |
|
|
|
|
|
|
| |
|