CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10186|Reply: 132

Individu mengaku penjaga utama anak Shakilla Khoriri, pandai-pandai daftar persekolahan tanpa pengetahuannya

[Copy link]
Post time 23-3-2025 09:47 AM | Show all posts |Read mode

PELAKON Shakilla Khoriri berang apabila seorang individu mengaku sebagai penjaga utama anak perempuannya iaitu Ameena Sofia.

Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 36, mendakwa perbuatan individu berkenaan terbongkar apabila dia dalam diam cuba mendaftar persekolahan anaknya tanpa pengetahuan dirinya.

Menurut Shakilla, usaha pihak berkenaan bagaimanapun tidak berhasil kerana kekurangan dokumen yang lengkap bagi urusan pendaftaran.

"Tiada komunikasi yang baik pun antara kau dengan penjaga anak aku yang lain. Walaupun ada memandai pula daftar sekolah Ameena tanpa pengetahuan dan kebenaran aku.

"Letakkan diri sebagai penjaga utama walaupun status bukan ibu bapa kandung. Mungkin tak boleh teruskan sebab tiada dokumen sah sebagai penjaga tetap," katanya.

Shakilla berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Sabtu yang turut disertakan beberapa borang dan dokumen membuktikan kata-katanya.


Dia bagaimanapun tidak menyebut siapa individu dimaksudkan itu.

Berkongsi lebih lanjut, Shakilla memberitahu dia dan penjaga Ameena yang lain tidak pernah berbincang mengenai perkara itu melainkan urusan mengambil anaknya.

Bukan hanya itu, Shakilla juga dilarang menghubungi anaknya sekiranya tiba giliran pihak berkenaan untuk menjaga Ameena.

"Tak pernah ada satu panggilan atau mesej yang bertanyakan hal Ameena kecuali mesej untuk ambil dan hantar.

"Adakah itu dikatakan hubungan berkasih sayang sampai mati itu. Aku dilarang untuk ganggu (call/ videocall) untuk bertanya khabar Ameena sewaktu dekat sana (ada arahan ini dalam suratnya pada peguam aku)," luahnya.

Pun begitu, Shakilla sentiasa terbuka untuk pihak berkenaan berbincang mengenai anaknya namun tiada usaha dibuat pihak tersebut.

Sebaliknya hanya video-video indah dikongsikan akan tetapi mengabaikan tanggungjawab sebenar terhadap Ameena.


"Tapi aku tak pernah letak apa-apa syarat untuk berjumpa, panggilan atau apa saja melibatkan Ameena. Tapi tiada, tak ada apa! Sunyi sepi.

"Tiba-tiba muncul video berkasih sayang. Hak Ameena ‘ghaib’ and awak jangan main gila dengan Umi dia. Fikir panjang. Jangan paksa aku untuk ‘spill the tea’ lebih banyak," kongsinya.

Untuk rekod, Shakilla mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio Fizi Ali pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian mereka pada Disember 2021.


Mereka mempunyai seorang cahaya mata iaitu Ameena yang kini berusia 6 tahun.

Shakilla kembali mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan hatinya dikenali sebagai Mohd Fariz pada 24 Februari 2024 manakala Fizi pula bernikah dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober 2023.


Sumber:mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2025 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Berbaik lah Kome
Berapa banyak episod lagi nak tempuh ni
Jadi contoh yang baik kepada marhaen
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
the most toksikkkkkk mother selepas ritarud..kesian anak dpt mak toksikkk gunakan anak sebagai senjata utk hati kelam busuk terhadap ex.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
xsilap pompuan ni dh kahwin kan hasil menyondol suami orang, ni mesti jantan sondolan tu ada ura2 kena disondol betina lain atau menyesal disondol nk berbalik ke ex wife tu yg tiber menggila kat ex suami guna anak lagi. kamu pun dh kahwin, ex pun dh kahwin so mmg logik la time ngan anak tu ngan ex, kau sibuk nak ber VC bagai nak kacau buat apa. ckp je la sakit hati yg ex dh ada keluarga yg bahagia sedangkan dia pula masa perkahwinan dh curang lepas tu suami skrg pun hasil sondolan. tu hati kelam busuk asyik guna anak utk cucuk ex laki
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 03:37 PM | Show all posts
esteryen replied at 23-3-2025 02:54 PM
xsilap pompuan ni dh kahwin kan hasil menyondol suami orang, ni mesti jantan sondolan tu ada ura2 ke ...

tepat sekali. dan aku percaya ramai je perempuan mcm ni kat luar sana

tapi netizen tetap condong ke side perempuan, sbb majoriti netizen adalah perempuan

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kite sampai block la minah ni kat ig masa tgh bahagia dgn fizi dulu sbb rasa over. Tup2 cerai..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2025 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu lahhh sapa suruh curang tipu ex laki kau dulu. Skrg kau dah kawin dgn scandal kan..tak bahagia ke? Relationship yang bermula dengan penipuan, betrayal memang tak kemana dikk...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Time daftar darjah satu kena ada acc idme kan
Kalau dah killa dulu yg isi dlm idme, boleh ke apaknya juga isi guna acc idme apaknya?
Killa daftar dulu sekolah A, dah hantar semua doc ke sekolah A, mcm mana pula boleh org lain hantar juga ke sekolah lain?
Kalau nak batal permohonan sekolah A kena batal dlm system idme juga..
Ke fizi dulu yg daftar  bila killa nak daftar tgk dah ada maklumat bapak sebagai penjaga utama.itu yg dia merentan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2025 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Contoh makpak bitter bercakaran lepas cerai guna anak modal serang ex. Gaduh la korang sampai AJM. Kesian ameena dapat parent toksik dendam
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
  


fozi dah jawap
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
tak tau knapa sentiasa rasa mnyampah dgn pompuan ni. over dan selalu gunakan anak
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
zuriey replied at 23-3-2025 04:22 PM
Time daftar darjah satu kena ada acc idme kan
Kalau dah killa dulu yg isi dlm idme, boleh ke apaknya ...

jawapannya tak boleh.
Sb dulu pernah mak kawan sekelas anak ai ada masalah nak update. Rupanya id bapak murid yg buat. Mak buat baru pun tak boleh sb murid tu dah didaftarkan guna acc terdahulu
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
mawarberbisa replied at 23-3-2025 05:12 PM
tak tau knapa sentiasa rasa mnyampah dgn pompuan ni. over dan selalu gunakan anak

Haha..iols igt iols sorang je rasa mcm tue..rasa terpaling pun Tu memancar2
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Pompuan gila.. tu je nak cakap
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 23-3-2025 05:13 PM
jawapannya tak boleh.
Sb dulu pernah mak kawan sekelas anak ai ada masalah nak update. Rupanya id ...

Tq chuolss
Dia pun tak cerita details siapa yg submit dulu permohonan itu..
Tgk pada borang tu nama sakila as penjaga pertama..dah siap ada cop sekolah pada borang..so sakila dah submit borang ke sekolah..
Kalau kata pizi dah daftar dulu dlm idme sure sakila tak boleh nak daftar nama ameena..
Peninggg .

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
zuriey replied at 23-3-2025 06:19 PM
Tq chuolss
Dia pun tak cerita details siapa yg submit dulu permohonan itu..
Tgk pada borang tu nam ...

betul tu. kalau suami or isteri buat share la password mana tau kemudian hari kan. susah nak buat.
Ai dlu beria ajar tukar password la apa la. dia kta tak boleh ,bila ai tanya dlu sape daftarkan anak,dia ckp suami.
cehh.. penat aje ai ajar step by step. pelik jugak sb dia tak lepas masuk. Pastu dia kata id anak dia tukis dah daftar. haishhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2025 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Time fizi tu laki hg, hg xjaga elok2 pun. Gigih dok tenyeh biji poen kt jntan lain.

Elok tuhan dh atuq memasing ada perkahwinan masing2.... hg bising2 plk bab ameena sekoq tu.

Minah ni nk apa dlm hidup dia? Keras kepala ketegaq smpai segala urusan hidup dia jdi keras payah nmpknya.

Kita ni klu reti toleransi dan berlembut ikut stuasi, mesti akn dpt stuasi yg baik2 sja. Tp klu hdup asyik dpt mslh kena renung balik diri kita tu prngai hauk
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa fizi yg problemo..bkn si syakika nj
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols mmg takkan sokong pencurang .bij..ko mmg kaki kelentong kan
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusiabesa replied at 23-3-2025 06:37 PM
Time fizi tu laki hg, hg xjaga elok2 pun. Gigih dok tenyeh biji poen kt jntan lain.

Elok tuhan dh a ...

Kut sebab menipu banyak sgt hidup tak berkat tuhan tak redho.. nak² kalau muhong kat mekah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.266331 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list