KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi popular, Nur Fazura tidak menolak kemungkinan untuk sekali lagi berkolaborasi dengan Syasya Rizal dalam lagu baharu selepas ini.
Selepas mengukir kejayaan menerusi lagu Raya Pum Pang yang kini sudah mencecah jumlah tontonan melebihi 1 juta dalam YouTube, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, akui selesa bergandingan bersama bekas ahli kumpulan Dolla itu.
“Alhamdulillah kami berdua dapat jalinkan kerjasama yang baik. Walaupun pada mulanya Syasya agak malu-malu.
“Gandingan ini pun terjadi secara spontan. Saya percaya ini semua aturan Allah. Bila Universal Music Malaysia beritahu gandingan saya ialah Syasya, saya terus setuju.
“Saya lihat sewaktu bersama Dolla dulu, Syasya yang lebih menyerlah. Saya juga pernah buat persembahan bersama Dolla dulu dalam satu majlis, dan yang paling saya ingat ialah Syasya.
“Jika diberi peluang lagi selepas ini, saya mahu berduet bersama Syasya lagi. Mungkin lagu memperkasakan wanita pula,” katanya ketika ditemui di Majlis Iftar Bersama Fazura dan Syasya, semalam.
Selain menyanyi, Fazura turut bertindak sebagai penerbit dan terlibat dalam pembikinan lirik lagu Raya Pum Pang.
“Sebagai penerbit saya ada ubah sedikit lirik lagu ini. Pada mulanya ada perkataan membawang tetapi saya tukar jadi mengumpat.
“Itu pun saya ‘nervous’ nak menyanyi bahagian mengumpat tu, tetapi Syasya cakap tak apa biar dia menyanyi bahagian itu. Akhirnya kami berjaya keluarkan lagu yang mempunyai mesej yang positif,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 23-3-2025 04:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Eloklaaa...
Honestly yg lagu raya tu.. walau pun duet, tp ntah sama je suara dua2 ni... Tak boleh nak teka part siapa nyanyi part mana...
Auto tune ke edit ke ntah.
Yg pasti dua2 x sedap. So kalau berduet memang sesuai.
Post time 24-3-2025 07:41 AMFrom the mobile phone|Show all posts
cantik berseri je faz kat sini, kan main haters ckp muka kelam tak berseri bela antu jembalang atas kepala bagai ekekekeke.
tapi bab suara tu meminta dikecam betul
Post time 24-3-2025 07:43 AMFrom the mobile phone|Show all posts
rayna_raynes replied at 24-3-2025 07:03 AM
2 hari lepas tengok show diorang kat Sunway Putra Mall. Kesian Syasya kena overshadow padahal suara ...
Nak buat mcmana chouls
Salahkan media dan haters ler
Duk highlight suara fazzy jer memanjang
Pdhal klu dgr lagu neh syasa yg bnyk nyanyi
Dan takde pun fazzy overshadow suara Syasya
Post time 24-3-2025 07:56 AMFrom the mobile phone|Show all posts
rayna_raynes replied at 24-3-2025 07:03 AM
2 hari lepas tengok show diorang kat Sunway Putra Mall. Kesian Syasya kena overshadow padahal suara ...
Overshadow yg macamane chuols..nmpak syasya ni pemalu takut2 gitu padahal bkn ke dlu dgn dollah aku plg kenal dia jer..hahha..sbb lisa wannabe dulu n nama plg sng kut nk memorize
Post time 24-3-2025 10:17 AMFrom the mobile phone|Show all posts
syamzana replied at 24-3-2025 07:41 AM
cantik berseri je faz kat sini, kan main haters ckp muka kelam tak berseri bela antu jembalang atas ...
Sheols nyanyi mcm berdialog dgn penuh penghayatan sbb pelakon dh biase mcmtu kot drpd focus kat teknik vokal.. utk lagu camni ok je kot. Tp iols rase gabungan ni menjadi sbb boleh complement n balance each other. Faz perlukan penyanyi sebenar utk cover pape kelemahan nyanyian; sya2 plak perlukan someone yg dh ade nama utk naik blk tanpa dollah.
Post time 24-3-2025 10:20 AMFrom the mobile phone|Show all posts
rayna_raynes replied at 24-3-2025 07:03 AM
2 hari lepas tengok show diorang kat Sunway Putra Mall. Kesian Syasya kena overshadow padahal suara ...
Jenis org suara sumbang ni dia bkn ada niat nk overshadow, tapi dia xleh dgr suara sendri, so tak sedar dia nyanyi kuat. Sejenis pekak nada.Ala mcm atie af dulu.
Post time 24-3-2025 11:34 AMFrom the mobile phone|Show all posts
rayna_raynes replied at 24-3-2025 07:03 AM
2 hari lepas tengok show diorang kat Sunway Putra Mall. Kesian Syasya kena overshadow padahal suara ...
Haah i pn perasan Faz nyanyi part Syasya..smpi Syasya pn buat muke..mgkin sbb Faz hype kot hahahaha...tapi Tu la klu buat lagu lg,kne lagu MCM ni je,suara Faz biase2 je..klu nyanyi ngn Syasya baru sedap..