CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1267|Reply: 11

[Tempatan] RM1,500 boleh balik beraya

[Copy link]
Post time 23-3-2025 02:11 PM | Show all posts |Read mode

Kuala Lumpur: Menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, peluang itu dieksploitasi sepenuhnya tekong darat yang giat mempromosikan perkhidmatan membawa keluar warga asing secara haram.

Pada masa sama, Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah mengakui wujud aktiviti mempromosikan aktiviti haram ini oleh sindiket dengan menggunakan media sosial seperti TikTok dan Facebook.

Kegiatan tekong darat itu aktif menggunakan media sosial yang menawarkan perkhidmatan untuk membawa keluar pendatang asing tanpa izin (Pati).

Sasarannya adalah Pati warga Indonesia yang mahu 'pulang beraya' di kampung halaman mereka menerusi laluan perairan.

Perkhidmatan ini juga disasarkan kepada warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah sekali gus tekong darat ini mengenakan bayaran yang agak tinggi.

Pati berkenaan akan dibawa keluar melalui jalan laut dengan menaiki feri atau bot laju di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Malah, tekong darat ini bagaikan tidak gentar kepada pihak berkuasa apabila giat mempromosi kepada warga asing dengan kadar bayaran sekitar RM1,500 hingga RM3,200 seorang.

Bayaran berkenaan bergantung kepada jarak lokasi dan perkhidmatan yang disediakan oleh rangkaian sindiket terbabit.

Pemerhatian wartawan menerusi laman sosial khususnya TikTok turut menemui beberapa akaun yang mempromosikan secara terbuka perkhidmatan haram berkenaan.

Bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa, warga asing yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan sindiket terbabit akan dihubungi selepas meninggalkan pesanan di akaun sindiket.

Selepas itu, pihak sindiket akan menghubungi pemilik akaun berkenaan untuk prosedur pembayaran dan lokasi janji temu termasuk tarikh yang ditetapkan bagi tujuan keluar daripada negara ini.

Mengulas kegiatan berkenaan, Mohd Rosli berkata, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sudah mengaktifkan Operasi Khas Pagar Laut Siri 1/2025 dalam usaha membanteras jenayah rentas sempadan dan pencerobohan perairan negara, khususnya menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.

Menurutnya, operasi kali ini bukan sekadar operasi rutin, tetapi isyarat ketegasan Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan perairan negara.

"Anggota kami bukan sekadar bertugas bagi memastikan keselamatan perairan Malaysia bebas daripada ancaman, tetapi juga sentiasa meningkatkan kesiapsiagaan demi menjaga kedaulatan negara khususnya di musim-musim perayaan.

"Maritim Malaysia komited dalam memperkukuh kawalan maritim demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 45 aset dan lebih 800 pegawai serta anggota Maritim Malaysia akan digerakkan sepanjang Operasi Khas Pagar Laut di seluruh perairan negara.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang dilaporkan berkata, penyeludupan pendatang asing tanpa izin (Pati) serta barang kawalan dikenal pasti sebagai dua jenayah utama yang berlaku di perairan negara sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

"Kami juga menyedari taktik sindiket yang menggunakan iklan di media sosial seperti Facebook dan TikTok untuk menawarkan perkhidmatan penghantaran pulang secara haram," katanya.


Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2025 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga pergi tak kembali.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 03:06 PM | Show all posts
Hati2 di jalan ya mas, mbak. Semoga dipermudahkan. Terima kasih sudah berbakti membancuh simen, memetik sawit, mencuci dengan upah yang sungguh minimal. Hanya Tuhan yang bisa membalasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Friska dah berjaya balik kampung..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 23-3-2025 03:06 PM
Hati2 di jalan ya mas, mbak. Semoga dipermudahkan. Terima kasih sudah berbakti membancuh simen, meme ...

Tkde minimal nya… Kat tempat i, kalau kerja kat iks, pati2 ni demand . 40% higher than local @ yg kerja secara sah. Kelebihan dorang ialah readily available, anytime…. Nak kata minimal wages , memang tak
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 23-3-2025 11:43 PM
Tkde minimal nya… Kat tempat i, kalau kerja kat iks, pati2 ni demand . 40% higher than local @ yg ...

Kenapa IKS nak menggajikan PATI in the first place? When you say 40% more than local rate yang actually tak wujud, itu khayalan ja lah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2025 10:14 AM | Show all posts
kepompong replied at 23-3-2025 11:43 PM
Tkde minimal nya… Kat tempat i, kalau kerja kat iks, pati2 ni demand . 40% higher than local @ yg ...

betul minimal apanya, tukang masak tempat aiols ni dah la kosong takde permit. yg amik dorang bekerja tu org uniform plak tu. yg ketua tukang jaga duit tu lawa skit emas kepok2 ya mcm emas adira tu, rasanya bini no 2, tak masak pun ckp pun mcm local dah.  tukang masak biasa aje pun dah gaji 2500-3k minimal la sgt

ni ok lg, yg paling sadis drebar opis aiols, 3 bini. no2 dr medan dan no3 jawa dr surabaya. semua tu janda indon dikutipnya...baru ni dia kena pg imigresen sbb nk keluarkan bini no3 tu. lahhh rupanya bini no3 menjaja "kerang" kat rumah pelacuran tp heols bila dah tau bini tu melacur heols blah je, takde dijamin pun, kawen pun tak register

kat luar pakai tudung mcm biasa2 je siang keje kedai makan kat puchong, sekali nah ko malam pg melacur...berbakti sgt2 kepada malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 24-3-2025 07:05 AM
Kenapa IKS nak menggajikan PATI in the first place? When you say 40% more than local rate yang act ...

Based on purata gaji sebulan yg legit, tapi akan ada 1-1 masa betul2 perlukan part timer of course pati2 ni available, yg di bayar per day

Kepada yg tak pernah terlibat , takyah la nak kondem org yg dah melaluinya. Cakap atas fakta walaupun nampak macam tak masuk akal, reality nya sgt pahit

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2025 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Be like, kita pun enabler dorang

Then again, kalau dorang tkde , tkde la production kalau short of staff. Win-win situation
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 02:23 PM | Show all posts
kepompong replied at 24-3-2025 11:30 AM
Based on purata gaji sebulan yg legit, tapi akan ada 1-1 masa betul2 perlukan part timer of course ...

Mana boleh compare yang gap filler dengan permanent. Majikan pun terdesak dan tiada local yang sanggup at that rate. Tapi kalau ko up kan lagi upah akan ada local yang sanggup, that would be the right comparison.




Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 03:18 PM | Show all posts
Malah, tekong darat ini bagaikan tidak gentar kepada pihak berkuasa apabila giat mempromosi kepada warga asing dengan kadar bayaran sekitar RM1,500 hingga RM3,200 seorang.

Ada economy/business class ka?
Semoga dapat ditangkap tokan haram sebelum raya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 05:12 PM | Show all posts
tak cukup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-4-2025 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.054180 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list