CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1153|Reply: 10

[Tempatan] Warga emas dirempuh kereta ketika berteduh di lorong kecemasan

[Copy link]
Post time 24-3-2025 06:46 PM | Show all posts |Read mode
TANGKAP layar rakaman video memaparkan motosikal lelaki warga emas yang berteduh di lorong kecemasan dirempuh kereta. FOTO Tular


Kuala Lumpur: Lelaki warga emas yang berteduh di lorong kecemasan di bawah jejambat untuk berlindung daripada hujan, parah selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, selepas Tol Sungai Besi, di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata video kejadian membabitkan penunggang motosikal berusia 76 tahun itu tular di media sosial pada 8.40 malam, semalam.

Katanya, pemandu kenderaan berusia 40 tahun juga sudah ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

"Siasatan awal mendapati sebuah motosikal berkenaan berhenti di lorong kecemasan di bawah jejambat untuk berteduh sebelum dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta.

"Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di kepala dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kemalangan itu boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-2071 9999, Hotline JSPT Kuala Lumpur di 03-2026 0267/0269 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.


Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2025 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Berat dugaan pakcik ni... moga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Pondok motosikal berteduh hujan wce ada penahan petir ka
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 07:35 PM | Show all posts
Allaahu....kesiannya.Moga yang baik2 buat pakcik.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
ngam dia naik motor balik kena rempuh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian..dh tk nampak sangat kah?
Jalan punya besar..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2025 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Motep kereta tu melencong ke lorong kecemasan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti baru pandai memandu yang memandu kereta putih itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2025 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa penunggang moto menjadikan garisan putus2 dan lorong kecemasan seolah olah landasan motorsikal? Yakni cuma motosikal je yang layak atau diberi keutamaan untuk menggunakannya?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kita nak tukar lorong, dari jauh lagi motosikal bunyi hon petpetpet, persis keretapi pabila orang nak melintas landasan

Apa dorang ingat garis putus2 tu laluan khas untuk moto ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kecemasan ke kencing masam?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-4-2025 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.651683 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list