CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1951|Reply: 16

[Tempatan] "Comelll Nyaaaa" - Netizen Teruja Pertama Kali Tengok Motosikal Elektrik Pos Malaysia Kat Atas Jalan!

[Copy link]
Post time 25-3-2025 01:21 PM | Show all posts |Read mode


Selain China, sudah banyak negara di rantau Asia Tenggara juga mulai mengadaptasi penggunaan kenderaan elektrik dalam menjaga kelestarian alam sekitar.

Baru-baru ini, seorang wanita tempatan telah memuat naik satu video yang menarik perhatian ramai di mana berjaya menemui kenderaan unik yang digunakan oleh pihak Pos Malaysia.

Di dalam video itu, dia telah menemui dan merakam saat rider sedang menunggang motosikal elektrik yang dipercayai di Kuala Lumpur.

Menariknya, kedua-dua motosikal kelihatan sudah dimodifikasi dengan ruang simpanan yang lebih besar di bahagian belakangnya serta lengkap berbumbung untuk yang terpilih.

Wanita itu lalu berkata di dalam kapsyen yang mana ‘Aku sorang je ker baru tahu … comel nyahh’ kerana baru pertama kali melihatnya.

Rupanya wanita itu bukan bersendirian dalam hal ini kerana rata-rata netizen turut meluahkan keterujaan melihat kenderaan yang digunakan oleh pekerja Pos Malaysia tersebut.

Selain kagum, ramai juga meluahkan rasa minat mahu membeli motosikal elektrik berkenaan kerana mempunyai daya tarikan menarik di samping kelihatan comel.

Untuk makluman, pada tahun lalu,Pos Malaysia Bhd mengumumkan inisiatif kelestarian terbaharu dengan menambah 1,092 unit motosikal elektrik ke dalam armada penghantaran penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional itu.

Malah, syarikat Pos Malaysia juga sebenarnya sudah memiliki van elektrik dan sedia mengembangkan lagi penggunaan pengangkutan berasaskan elektri selaras dengan sasaran untuk mencapai elektrifikasi sepenuhnya bagi armada penghantaran jarak pertama dan terakhir menjelang 2030.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2025 05:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2025 01:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 04:25 PM | Show all posts
Hantar dia pergi Bangkok tengok tuk-tuk baru tak putus2 dia jakun. Comel nyee...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 25-3-2025 04:25 PM
Hantar dia pergi Bangkok tengok tuk-tuk baru tak putus2 dia jakun. Comel nyee...


tuk tuk tak secomel yg ni, lagipun kat msia mana ada lambakan kenderaan sejenis tuk tuk tu yg excited semcm je blake
btw, iols pun baru tgk ni irl tak pernah terserempak lg. biasa yg dtg kat building umah iols van pos msia buruk tu jah
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 25-3-2025 04:25 PM
Hantar dia pergi Bangkok tengok tuk-tuk baru tak putus2 dia jakun. Comel nyee...

Bangkok tu ramai orang makin miskin ke? I was wondering.. sbb byk plak kedai2 tutup skang, maybe post covid??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2025 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 25-3-2025 04:39 PM
tuk tuk tak secomel yg ni, lagipun kat msia mana ada lambakan kenderaan sejenis tuk tuk tu yg exci ...

Yang heran bin ajaib tu.. kat london pun ada beca (mcm tuktuk ni) tp hiasa lampu merelip mcm kedai tomyam music soooo loud mcm clubbing kelly.ng...

Hiasan hello kitty cam kat melaka pun ada

Sapa lahhh bawak budaya gitu dekat london ahhahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 05:08 PM | Show all posts
Di uk juga ada menggunakan pengangkutan yang sama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2025 11:04 AM | Show all posts
ada nampak ni on the road last week, cute sangat....yg e bike pun ada...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 11:38 AM | Show all posts

vtt = video tiktok ke acik2 porem?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 11:46 AM | Show all posts
tp malangnya utk kegunaan penghantaran barang bukan utk kegunaan persendirian hehehe,
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 11:52 AM | Show all posts
berapa lama ler tahan gamaknyeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 10:34 AM | Show all posts
green~tea replied at 25-3-2025 04:58 PM
Yang heran bin ajaib tu.. kat london pun ada beca (mcm tuktuk ni) tp hiasa lampu merelip mcm kedai ...

kat paris pun ada area eiffel tower. i tengok yg bawak tu mat hitam
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 27-3-2025 10:34 AM
kat paris pun ada area eiffel tower. i tengok yg bawak tu mat hitam

Wowwwww beca hello kitty clubbing lampu disco mendoniaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Stable siked dari kapcai.  Harap2 takde pemandu OKU sodok la..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan dah lama ada sbb tu hari bersaing dgn trailer yg bawa motor ni. Mmg cute tp agak2 dkt kayell nun dgn jemnya lg sempat ke buat penghantaran segenap ceruk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2025 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat kampung kitorang dah lama guna, angkut buah kelapa sawit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-4-2025 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.055187 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list