View: 2473|Reply: 20
|
[Tempatan]
Lelaki mati terkena renjatan elektrik masa curi kabel di Ipoh
[Copy link]
|
|
IPOH – Seorang lelaki maut akibat renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Persiaran Rishah 27, Taman Silibin Ria berhampiran sebuah stesen minyak di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, maklumat itu dilaporkan orang awam kepada pihak polis pada pukul 6.07 petang.
Katanya, berdasarkan siasatan, terdapat saksi yang melihat dan membuat rakaman video kegiatan si mati dan seorang lagi suspek memotong kabel TNB.
“Ketika memotong kabel tersebut, kabel itu tiba-tiba meletup mengakibatkan kedua-dua suspek pengsan namun seorang daripadanya disahkan meninggal dunia.
“Rakan si mati yang sedar dari pengsan kemudiannya melarikan diri menaiki motosikal jenis Honda C100,” katanya di sini hari ini.
Menurut Abang Zainal, semakan mendapati si mati mempunyai 10 rekod kesalahan lampau bersabit kes jenayah kekerasan dan harta benda.
Katanya, pihak TNB telah membuat laporan mengenai kecurian tersebut dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
terdapat saksi yang melihat dan membuat rakaman video kegiatan si mati dan seorang lagi suspek memotong kabel TNB.
Tapi videonya mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
Menurut Abang Zainal, semakan mendapati si mati mempunyai 10 rekod kesalahan lampau bersabit kes jenayah kekerasan dan harta benda.
Kiranya ni rekod kali yang ke-11 untuk si mati.
Barangkali rekod yang ke-10 dan sebelumnya sama jer macam yang ke-11 jugak.
|
|
|
|
|
|
|
|
berkurang sekor penganut ikat pokok tali kuning claim 100 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
elok lah mati.. cam iols x empathy kan.. tapi kat ipoh ni byk naw kejadian curi cable.. ni cable tnb.. kat taman iols.. cable bwh tanah dlm pembentung tu... apo namanya.. pendek cite cable intornet la... dah le mencuri tgh2 mlm.. penutup lobang tu pun dibiar terbukak... iols yg kuar pepagi akan nampak pelik ade penutup lobang u dah dialihkan biar ternganga.. berhari2 cam tu.. sampai ade org naik moto x perasan.. terlanggar and rosak juge le tayar and ream dia.. nak tanya korang.. pada sape perlu kita buat report erk?? majlis ade ambik pot ke pasal hal ni? depa ni sellau buat keje time kul 2-3 pagi org tgh sedap tido.. and ade skali tu time baru nak start hujan depa buat kije.. eii geram la.. iols risau tang lobang tu boleh membahayakan org awam.. |
|
|
|
|
|
|
|
eloklah , buat jahat lagi |
|
|
|
|
|
|
|
sempat tgk video Fb feed kawan dia cuba nak tolong...tapi apakan daya dasar pencuri tanah dan pencuri kabel lebih dicemburui dewanya |
|
|
|
|
|
|
|
yeayyyyyy mati keling
jom kita raikan |
|
|
|
|
|
|
|
Cash  |
|
|
|
|
|
|
|
good riddance  |
|
|
|
|
|
|
|
“Rakan si mati yang sedar dari pengsan kemudiannya melarikan diri menaiki motosikal jenis Honda C100,” katanya di sini hari ini.
Kejadian waktu siang, alangkah baik jika orang awam tahan dia sewaktu nak larikan diri.
Mujur tiada orang lain jadi mangsa.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak ape ke ekk kalo padankan muka  |
|
|
|
|
|
|
|
Dah byk kes jadi kematian curi kabel sebelum ni masih lah org2 ni tak ambik iktibar... |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk video kejadian ni smlm, takde lgsg rasa kesian
Memadan kan muka lg ada la
Baca komen2 ada yg tulis ‘kematian yg tidak dicemburui’
Betul sgt2! |
|
|
|
|
|
|
|
bulan_gerhana replied at 26-3-2025 08:23 AM
elok lah mati.. cam iols x empathy kan.. tapi kat ipoh ni byk naw kejadian curi cable.. ni cable tnb ...
Report polis boleh kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kita tak tahu masalah dia - warga FB |
|
|
|
|
|
|
| |
|