Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan peringatan kepada orang ramai untuk mengelakkan daripada bermain mercun.
Tujuannya adalah untuk mengurangkan risiko berlakunya insiden yang tidak diingini yang boleh membahayakan keselamatan individu dan masyarakat secara keseluruhannya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengeluarkan amaran tegas kepada orang ramai mengenai bahaya bermain mercun, lapor Berita Harian.
Beliau menekankan bahawa aktiviti ini bukan sahaja boleh menyebabkan kecederaan serius, tetapi juga berisiko tinggi mencetuskan kebakaran dan mengganggu ketenteraman awam.
“Malah, kami ingin mengingatkan bahawa bermain mercun tanpa kebenaran adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
“Pesalah boleh dikenakan hukuman penjara atau denda berat,” katanya kepada Berita Harian, hari ini.
Beliau turut berkongsi beberapa kes yang berlaku sejak kebelakangan ini.
Kejadian di Kedah telah menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun mengalami kecederaan pada tangan dan muka selepas mercun bola yang dinyalakannya meletup sebelum sempat dibaling.
Sementara di Kelantan pula seorang remaja lelaki berusia 13 tahun putus tiga jari selepas mercun buatan sendiri yang digunakan meletup secara tiba-tiba.
“Kami bimbang kejadian seperti ini akan terus berulang, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan.
“Orang ramai, khususnya ibu bapa, perlu memantau aktiviti anak-anak dan menasihati mereka supaya tidak bermain mercun,” katanya.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 26-3-2025 11:29 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Skuau at 26-3-2025 11:31 AM
lain taun raya tableh main lepas tgh mlm.Lain raya dia worang vole.Ini taun raya tableh main mercun...itu hari dia worang raya banyak bising main mercun.Ini mcm saiya pindah sana north korea...la abang.
JELI: Padah mengubah suai mercun dengan memasukkan belerang ke dalam botol bersama batu kerikil, tiga pelajar sebuah sekolah agama di sini cedera dan melecur termasuk seorang putus jari tangan.
Kejadian berlaku kira-kira jam 4.40 petang tadi ketika tiga pelajar berusia 15 dan 16 tahun itu bermain mercun yang diubah suai mereka di asrama lelaki sekolah terbabit.
Susulan kejadian itu, ketiga-tiga pelajar terbabit kemudian dibawa ke Hospital Jeli untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun, mengesahkan kejadian itu.
Berdasarkan siasatan, katanya kejadian dipercayai berlaku di dalam sebuah asrama lelaki di sebuah sekolah agama di sini.
"Semasa kejadian, semua mangsa dipercayai mengubah suai mercun dengan memasukkan belerang ke dalam sebuah botol bersama batu kerikil untuk dijadikan mercun.
"Akibat tindakan itu, mangsa cedera dan melecur di beberapa bahagian badan. Salah seorang daripadanya yang berusia 16 tahun putus jari tangan sebelah kiri.
"Semua mangsa sedang menerima rawatan di Bahagian Kecemasan Hospital Jeli," katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu, Kamarulzaman menasihatkan orang ramai berhati-hati dan sentiasa memantau aktiviti anak-anak dalam menyambut perayaan bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Difahamkan ini kes ketiga membabitkan kecederaan akibat mercun dilaporkan berlaku sepanjang Ramadan tahun ini.
Sebelum ini, dua beradik di Kuala Nerang dilapor cedera dan melecur dengan seorang parah selepas bermain mercun bola di halaman rumah mereka di Kampung Baru, Kuala Nerang, Kedah.
Dalam kejadian 18 Mac lalu itu, Muhammad Zharif Daniel Norsyuwari Hariz, 7, cedera teruk selepas semua jarinya hingga pergelangan tangan kiri hancur, selain bawah pipi kanan terkoyak. Sementara adiknya, Muhammad Aiman Naufal yang berusia empat tahun turut cedera.
Terdahulu, pada 14 Mac lalu, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun cedera parah pada dua jari kanan selepas mercun bola meletup sebelum sempat dilempar di Machang, Kelantan.
Kejadian berlaku di Batu 23 Jalan Sawmill, dekat Labok, dengan remaja itu cedera pada jari telunjuk dan jari hantu.
1. Padah mengubah suai mercun dengan memasukkan belerang ke dalam botol bersama batu kerikil, tiga pelajar sebuah sekolah agama di sini cedera dan melecur termasuk seorang putus jari tangan.
2. Sebelum ini, dua beradik di Kuala Nerang dilapor cedera dan melecur dengan seorang parah selepas bermain mercun bola di halaman rumah mereka di Kampung Baru, Kuala Nerang, Kedah.
Dalam kejadian 18 Mac lalu itu, Muhammad Zharif Daniel Norsyuwari Hariz, 7, cedera teruk selepas semua jarinya hingga pergelangan tangan kiri hancur, selain bawah pipi kanan terkoyak. Sementara adiknya, Muhammad Aiman Naufal yang berusia empat tahun turut cedera.
3. Terdahulu, pada 14 Mac lalu, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun cedera parah pada dua jari kanan selepas mercun bola meletup sebelum sempat dilempar di Machang, Kelantan.
Kejadian berlaku di Batu 23 Jalan Sawmill, dekat Labok, dengan remaja itu cedera pada jari telunjuk dan jari hantu.
Personally aku sokong jer haramkan mercun ni... nak biarkan berapa ramai lagi hilang jari
Post time 26-3-2025 12:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Skuau at 26-3-2025 01:03 PM
krustykrab replied at 26-3-2025 12:00 PM
Depa main takde pun anak2 depa cedera.
sebab 1 ank Melayu cedera...takkan semua Melayu tableh main mercun@1 pakis merogol takkan semua kena antar pakistan.Ini ke Demokrasi Terpimpin 3 abdul???