|
View: 6222|Reply: 42
|
[Tempatan]
Anggota tentera maut dipercayai mangsa 'ragging' - UPDATE 'Kematian Prebet Muhammad Muqriz, dua anggota tentera ditahan'
[Copy link]
|
|
|
Edited by tatod at 26-3-2025 04:03 PM
Kuching: Seorang anggota tentera meninggal dunia dipercayai mengalami kecederaan dalaman selepas didera anggota senior di kem di Miri, kelmarin.
Anggota berusia 21 tahun berasal dari Puchong, Selangor itu disahkan meninggal dunia di Hospital Miri.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, mengesahkan kejadian itu namun tiada butiran lanjut sama ada anggota senior ditahan untuk siasatan.
Difahamkan, pada 2.15 pagi Isnin lalu, mangsa yang sedang tidur di berek bujang kem berkenaan dikejutkan oleh dua anggota senior untuk bersahur.
Namun sebelum bersahur, dua anggota senior mengarahkan mangsa untuk melakukan 'commando rest' (pacak kepala di lantai, tangan ke belakang) selama dua minit dan tekan tubi sebanyak 20 kali.
Mangsa yang berpeluh kemudian berdiri namun terus pitam dan kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada seorang anggota berpangkat Koperal yang juga ketua bilik bujang di berek berkenaan.
Ketua bilik bujang itu menghantar anggota ke Hospital Miri namun doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia pada 3.05 pagi.- Harian Metro
UPDATE:
Kuching: Dua anggota Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD) ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes kematian seorang anggota pasukan itu, Prebet Muhammad Muqriz Aseri, 21.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, kedua-dua prebet berusia 22 dan 24 tahun itu ditahan di Kem Sri Miri pada jam 4.30 petang semalam.
Beliau berkata, polis sudah mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman kedua-dua suspek selama tujuh hari sehingga 2 April ini.
"Kes itu kini sedang dalam siasatan oleh pihak polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh," katanya.
Alexson turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi Isnin lalu, mangsa yang sedang tidur di berek bujang kem berkenaan dikejutkan oleh dua senior untuk bersahur.
Namun sebelum bersahur, dua senior terbabit mengarahkan mangsa untuk melakukan 'commando rest' (pacak kepala di lantai, tangan ke belakang) selama dua minit dan tekan tubi sebanyak 20 kali.
TDM sahkan anggota maut akibat kekerasan
Kuching: Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan kematian anggotanya Prebet Muhammad Muqriz Aseri, 21, yang bertugas di Batalion Ke-20, Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD), Kem Sri Miri, Isnin lalu.
TDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, hasil siasatan awal yang dilaksanakan oleh pasukan mendapati terdapat unsur 'manhandling' (kekerasan) yang dipercayai penyebab kematian anggota terbabit.
Menurut kenyataan itu, laporan awal yang diterima hasil bedah siasat dilakukan di Hospital Miri, Selasa lalu, mendapati punca kematian disahkan akibat trauma tumpul pada dada yang merujuk kepada hentakan kuat di bahagian dada menyebabkan kerosakan pada jantung.
"TDM menyerahkan kes ini kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, beliau memandang serius kejadian itu.
Beliau turut memberikan jaminan TDM akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dijalankan secara telus dan adil.
"TDM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana anggota yang terlibat dan didapati bersalah di dalam insiden ini.
"TDM juga berharap orang ramai tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.
"Saya turut berdukacita dengan kejadian itu dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap mereka tabah dengan kehilangan ini," katanya.
Jenazah sudah diterbangkan ke Kuala Lumpur dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Islamiah, Kampung Lindungan, Petaling Jaya, Selangor pada jam 11.55 malam. - Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya..  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
cerita buli yang tidak berpenghujung |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 26-3-2025 03:15 PM
memangla ASKAR tu tak boleh BERkelempuk...tableh jugok korang buat sampai camtu sekali... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
klu lembik xyah msuk askar
kita guna drone robotik berkuasa AI je
jimat pencen |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
at least mereka tak tinggal puasa
- acik husnuzon
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Akak syak aiskrim llao llao tealive mixue chagee apa lanciao semua tulah yang buat manusia jadi lembik sissy.  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah kerana berjaya menempatkan diri anda dlm jel dan menggelapkan masa depan sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan tinggi nau pangkat yg ragging tu..rupa2nyer prebet gak. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
macam mana la nak ajak anak muda masuk tentera....byk sgt kes kematian yg memilukan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Klau punca kematian dia trauma tumpul pada dada, maybe dia kne tumbuk or tendang pada dada. Tu punca biasa trauma tumpul. commando rest, tekan tubi x mnyebbkan trauma tumpul |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pokokmeranti replied at 26-3-2025 04:23 PM
macam mana la nak ajak anak muda masuk tentera....byk sgt kes kematian yg memilukan.
apa pasal mau masuk askar...jaga bangla supaya 'aman' berniaga tanpa lesen dlm ini nigara ka???? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bpbbppbp replied at 26-3-2025 04:26 PM
Klau punca kematian dia trauma tumpul pada dada, maybe dia kne tumbuk or tendang pada dada. Tu punca ...
tu la..iols pun syak ada benda lain lagi yg senior2 tu buat kat mangsa..biasa je dok dengar commando rest ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahwainnalillahirojiun
Mcm tak sama je cerita dgn punca meninggal. Deme niii dah ada yg nak jd askar dibuli dibunuhnya pula. Esok2 negara kena serang sapa yg nak tlg pertahankan... Nak harap kami2 acik porem ni mmg reti lawan dlm ni je weh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://airtravelguide.stonly.com/kb/guide/en/3-different-way-to-call-expedia-customer-service-via-phone-email-or-chat-option-step-by-step-guide-t5AcQhP25b/Steps/4221288
https://airtravelguide.stonly.com/kb/guide/en/5-different-way-to-call-united-airlines-customer-service-via-phone-email-or-chat-option-step-by-step-guide-6HP54aeTjr/Steps/4221478
https://expediaairguide.stonly.com/kb/guide/en/way-to-call-expedia-customer-service-via-phone-email-or-chat-option-unlimated-guide-xzAI7ztN98/Steps/4221840 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat fb ramai "aku dulu........"
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Still happening?
Dem this world. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak sampai sejam bangun tido tup2 dah meninggal..Ish3 tragis betul..tue kalau x meninggal ntah apa lagi lah nak di ragging nya sampai AJM..
Orang tue jadi askar nak pertahankan negara..sekali mati katak camtue ja..what a waste of life..  |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|