View: 2352|Reply: 18
|
Dua tahun berterusan difitnah, Shiha Zikir dah tak tahan
[Copy link]
|
|
Lama memendam rasa, penyanyi Shiha Zikir akhirnya meluahkan rasa kesal dengan tindakan pihak yang berterusan bercakap buruk mengenai dirinya.
Kata Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 38, sebelum ini dia mengambil langkah berdiam diri kerana enggan ambil pusing perbuatan individu berkenaan.
Bagaimanapun dia sudah tidak mampu menahan sabar apabila cerita tidak benar disebarkan itu telah menimbulkan fitnah dalam kalangan rakan-rakan.
"Rasanya dah dua tahun saya dengar cerita tentang perangai dia ini, namun saya hanya ambil langkah berdiam sahaja. Semakin lama semakin ramai pula yang bercerita tentang dia dan ada rakan juga terkena perkara sama.
"Dia seolah-olah mahu tutup periuk nasi orang lain dengan cerita yang tidak betul. Saya rasa melampau dengan cerita fitnah yang disebarkan. Sabar saya pun ada batas," katanya ketika dihubungi mStar.
Shiha sebelum itu berkongsi satu luahan di Instastory berkaitan indivdiu berkenaan yang didakwa cuba melaga-laga hubungan baiknya dengan orang lain.
Enggan mendedahkan individu yang dimaksudkan, penyanyi ini memberitahu dia bersedia bersemuka untuk menyelesaikan jika wujud sebarang salah faham antara mereka.
"Saya cuba hubungi dia namun telah disekat termasuk di sosial media. Bagi saya jika ada buat salah lebih baik cakap bersemuka dan selesaikan semua.
"Saya pun sedia untuk berjumpa bila-bila masa sahaja. Di akhir Ramadan ini eloklah kita berjumpa dan minta maaf.
"Jarang saya kongsi perkara begini di sosial media. Saya tidak ada masalah dengan sesiapa dan tak suka benda ini terjadi," ujarnya.
Dalam masa sama, Shiha memberitahu apa yang dilakukan individu berkenaan memberi kesan terhadap dirinya, lebih-lebih lagi apabila ada kenalan bertanya tentang kesahihan cerita yang tersebar.
"Usia kita pun sudah sama-sama meningkat, tak elok buat macam itu. Sekarang ini dalam fikiran saya anggap dia ada masalah mental sahaja.
"Disebabkan cerita dia, ada yang bertanya kepada saya untuk dapatkan kepastian," jelasnya.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
fitnah apo? context please... |
|
|
|
|
|
|
|
Nak koba ..koba je la terus.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah ko tahu si pemfitnah ape lagi....kasi LOD lah 
#janganmain2LODokeyyy
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku suke dgr suara die kat Youtube SeismikTV dalam video Sambung Lagu Itu. |
|
|
|
|
|
|
|
cepatla kawin shiha.. dah nak dekat 40 tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
oh 38 dah ke umo shiha zikir ni.. tak kawin lag ye.. lawa dia ni macam iras2 rossa.. semoga berjodohan. tak berminat nak tahu sape yg buat dia |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm ada isu dgn pengacara jer...
Caras mencaras job ker |
|
|
|
|
|
|
|
Aku baru lepas tgk Melodi.
Still taktau jgk sapa si Shiha ni maksudkan. Sendu yach |
|
|
|
|
|
|
|
Gigihnya la tv3suku nak naikkan minah ni
Buat la apa cara skalipun, sheols tetapppp la senduuuuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
post2 begini mengundang fitnah je
buat org meneka dalam kesamaran |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni sendu sgt walaupun dah buat macam2..semua dia sapu tapi tetap sendu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Fitnah apa? Aku rasa dia ni antara artis yg xde gossip....biar la org kata sendu asalkan bukan famous dgn publisiti murahan |
|
|
|
|
|
|
|
Suara dia xleh masuk telinga aku sorry zikir |
|
|
|
|
|
|
| |
|