View: 5229|Reply: 70
|
[Tempatan]
Tengok Anak Bulan Syawal Pada Petang Ahad 30 Mac 2025, Kalau Esok Raya Terus Buat Pengumuman!
[Copy link]
|
|
TARIKH melihat anak bulan Syawal pada tahun ini ditetapkan pada petang Ahad, 30 Mac 2025.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam satu kenyataan, atas titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selepas diperkenankan Raja-Raja.
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan itu melalui radio dan televisyen.
"Bagi menyempurnakan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ialah pada petang Ahad, 30 Mac 2025 Masihi bersamaan 29 Ramadan 1446 Hijrah," menurut kenyataan itu.
Majlis Raja-raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Sebanyak 29 lokasi cerapan anak bulan yang ditetapkan di seluruh negara iaitu Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Melaka; Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh di Pulau Pinang; Stesen Cerapan Hilal Kampung Pulau Sayak dan Menara Alor Setar di Kedah.
Lokasi melihat anak bulan di Terengganu adalah di Stesen Cerapan Hilal Bukit Besar, Bukit Geliga, Pulau Perhentian serta Balai Cerap KUSZA manakala di Kelantan di Stesen Cerapan Hilal Bukit Kampong Tembeling, Menara Bangunan SEDC serta Bukit Peraksi, Pasir Puteh di Kelantan.
Bagi lokasi di Sarawak adalah Pusat Falak Miri dan Bintulu serta Teluk Bandung di Sarawak.
Sementara itu, lokasi lain termasuk Menara 188 Kuantan, Tapak Cerapan Hilal Bukit Tanjong dan Gunung Berincang di Pahang; Balai Cerap Al-Biruni serta Menara Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Sabah dan Menara Kuala Lumpur, selain Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) serta Masjid Al-Hussain di Kuala Perlis. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Agak2 hari Senin ke Selasa hariraya ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Arab saudi raya 31/3 kan.. dorg mmg tiap2 tahun puasa 30 hari kan. rsnya kita ikut arab ke x tahun ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau raya selasa..isnin tu PM declare cuti peristiwa tak |
|
|
|
|
|
|
|
dorang mula puasa bila?
kalau kita raya 31hb jugak.. means kita puasa kali ni 29 hari la kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
macam raya isnin je. negara luar mcm sweeden tak silap ahad dah raya.. kita tgk konoha raya bila  |
|
|
|
|
|
|
|
diorg start puasa 1hb hari sabtu. ye betul 29hari je klu kita ikut dorg raya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hri tu aku ingt tengok anak bulan jumaat, raya sama ada ahad atau isnin, hampir tukar tiket flight sbb risau raya ahad, sbb kitaorg balik sabtu petang, jika mcm ini santai2 jelah |
|
|
|
|
|
|
|
ramai yg ckp isnin raya.. raya terkejut lg ke..
cdg nk buat rendang siap² sabtu.. koser ler tergesa-gesa ni |
|
|
|
|
|
|
|
oh no...Raya Selasa, kena EL loo. x pun MC. |
|
|
|
|
|
|
|
lor aku ingat tgk anak bulan esok sabtu 28/3/2025.....ahad aku buat je la segala bagai...
klu x raya isnin bekukan aja dlm peti...huhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga raya 30hb Mac tak kisahlah, iols tetap balik 1hb malam nanti |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak nampak anak bulan raya selasa la kan..
so isnin kena kerja?  |
|
|
|
|
|
|
|
kalau isnin kena kerja jenuh la ahad tu yg mana dah sampai kampung, kena balik KL semula...
lepas kerja nak balik kampung balik... jenuh
|
|
|
|
|
|
|
|
TabletSusu replied at 27-3-2025 10:13 AM
Arab saudi raya 31/3 kan.. dorg mmg tiap2 tahun puasa 30 hari kan. rsnya kita ikut arab ke x tahun ...
InsyaAllah raya hari ahad 30hb |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kru_mania at 27-3-2025 01:07 PM
[quote]talapia replied at 27-3-2025 10:48 AM
dorang mula puasa bila?
kalau kita raya 31hb jugak.. means kita puasa kali ni 29 hari la kan?[/quote
1hb mac |
|
|
|
|
|
|
|
Raya isnin or selasa, tetap masak rendang on Sunday morning
|
|
|
|
|
|
|
|
Dlm keadaan cuaca yg mendung, ragu2 juga boleh nampak anak bulan Syawal nanti pada petang Ahad. So Senin masih puasa kan?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|