View: 3234|Reply: 28
|
Jual ‘chili oil’ demi tanggung keperluan anak, Shakilla minta Fizi Ali henti kait bisnes dengan isu peribadi
[Copy link]
|
|
PELAKON Shakilla Khoriri kesal apabila bekas suaminya iaitu Fizi Ali seolah-olah memerlinya menggunakan isu berkaitan anak perempuan mereka demi mempromosikan produk ‘chili oil’ jualannya.
Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 36, sebaliknya meminta Fizi bersyukur dia ada usaha mencari wang untuk menampung perbelanjaan anak mereka.
Ini kerana dakwa Shakilla, nafkah diberi Fizi untuk anak mereka iaitu Ameena Sofia, 6 tahun sebanyak RM500 sebulan tidak mencukupi.
“Keperluan seperti perbelanjaan persekolahan bernilai ribuan ringgit sebulan… Kalau nak bandingkan RM500 itu, dia sepatutnya berterima kasih bukannya menghina saya buat marketing murahan.
“Saya pun nak kejar jualan, saya ada masa dua hari sahaja lagi sebelum tutup akaun.
“Takkan saya kena berhenti berniaga disebabkan isu ini tengah panas?,” ketika dihubungi mStar.
Dalam pada itu, Kila memberitahu dia terpaksa bekerja keras membesarkan Ameena untuk memastikan semua keperluan dan kehendak anaknya mencukupi.
Disebabkan itu juga, Shakilla memohon kepada Fizi agar berhenti mengaitkan sumber rezekinya dengan pertelingkahan di antara mereka.
“Tidak ada sokongan atau bantuan daripada bapa kandung anak saya, jadi saya kena kerja dua kali ganda lebih kuat untuk penuhi keperluan dan kehendak Ameena.
“Apabila saya fikir-fikir balik, tak baiklah buat macam ini. Ucapan terima kasih pun tidak ada, apatah lagi hendak menghargai saya mencari rezeki untuk anak kami.
“Jadi saya harap tak perlu kaitkan bisnes saya sebab anak kami bukan tanggungan suami. Saya ada rasa tanggungjawab cukupkan keperluan Ameena," ujarnya.
Ahad lalu, Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 36, seolah-olah memerli Shakilla dengan mengatakan wanita itu seakan-akan menggunakan isu anak mereka dengan niat mempromosikan produk jualannya.
Fizi tampil bersuara selepas Shakilla memuat naik kenyataan mendakwa muncul individu mengaku sebagai penjaga utama Ameena dan cuba mendaftar persekolahan kanak-kanak itu tanpa pengetahuannya.
Susulan itu, Fizi meminta bekas isterinya itu menyelesaikan sebarang pertikaian berhubung anak mereka secara undang-undang dan bukannya melalui media sosial.
Untuk rekod, Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian mereka pada Disember 2021.
Fizi kembali bertemu jodoh dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober 2023 manakala Shakilla pula mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya iaitu Mohd Fariz pada 24 Februari 2024. - mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
fizi tu pun sudah2 laa
ko pun dah ada bini baru kan skrg |
|
|
|
|
|
|
|
laki baru sheols keje apa pulek... gaduh bab nafkah tak cukup fight la dkt court... |
|
|
|
|
|
|
|
mintak la up lebih 500 kalau dh x ckup, ramai sgt lg struggle bab nafkahz rezeki |
|
|
|
|
|
|
|
nyampah la diorg ni..time bahagia dulu kemain buat content |
|
|
|
|
|
|
|
aku rase citer retis paling annoyying sepanjang abad.... |
|
|
|
|
|
|
|
BAGI AJA BAPAK DIA BELA
MACAM ADA RAKAN SEKERJA AKU BERBANGSA CINA
BILA BERCERAI DIA KASI ANAK KT EX HUSBAND, DIA AMBIK ANAK HUJUNG MINGGU
ELOK JA TAK ADA NAK MEROYAN |
|
|
|
|
|
|
|
apalgi hal anakbranak niiiii
org dh nk raya dh oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian anak tu…kedua2 parents dia fit tagline PRamlee….”dah tua2 pun bodoh…” |
|
|
|
|
|
|
|
Dua2 bongok. Umo 17 ka ni gaduh2 tayang di socmed? |
|
|
|
|
|
|
|
cousin aku give up hak penjagaan sebab tak mau bergaduh bab nafkah. hujung minggu ambil anak rilek - rilek tak payah nak kecoh sekolah anak semua. kalau rasa susah bagi je pada fizi. Tapi sebab sakila ni aku malas nak hadam sebab dia drama queen. |
|
|
|
|
|
|
|
Bg je la anak tu kat fizi biar fizi jaga... heboh nafkah anak tak cukup. |
|
|
|
|
|
|
|
serius ke belanja sekolah anak ribu2 sebulan..? |
|
|
|
|
|
|
|
Fizi dah ckp apa apa nak mintak melalui loyer wahai ibu terpaling...rasa tak cukup rm 500 mintak tambah kat court bukan terpaling merentan guna sosmed |
|
|
|
|
|
|
|
Spesis cik e dgn jof ke ni? Asyek meroyan je ke benci tapi rindu? |
|
|
|
|
|
|
|
anak ko sekolah sama leona ke belanja ribu2 sebulan? |
|
|
|
|
|
|
|
Dr dulu yg merentan si kila.. Baru disusuli dgn fizi utk back up..
Tp sb kilacpenyondol jd aku rasa dia annoying lg... Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Iols tak boleh hadam org bercuti overseas tapi bab fees sekolah duk pungpang.. hantar kemas je la...bukan bayaq cukai pun kan |
|
|
|
|
|
|
|
Dah2 la bergasak pasal anak. Benda boleh co parenting baik2 takmau adoii |
|
|
|
|
|
|
|
hati hitam berkulat aku mengatakan fumakilla ni perempuan jahat. titik !! |
|
|
|
|
|
|
| |
|