CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1459|Reply: 2

Kuih raya tak jadi jangan salahkan resipi, ramai buat silap dalam memilih telur

[Copy link]
Post time 29-3-2025 05:02 PM | Show all posts |Read mode

SETIAP kali tibanya Syawal, sudah menjadi tradisi bagi setiap rumah menyediakan biskut atau kuih raya untuk dimakan sendiri dan dihidangkan kepada tetamu yang berkunjung.

Ada yang memilih untuk membeli sahaja di kedai dan ada juga yang gigih membuat sendiri kuih kegemaran mereka bagi membangkitkan kemeriahan suasana raya.

Bagi yang sudah biasa membuat kuih sendiri, pasti hasilnya sempurna tetapi bagi yang baru nak mencuba, ada kemungkinan biskut yang dibuat tidak menjadi seperti diharapkan.

Salah satu punca kegagalan ini adalah kesilapan dalam pemilihan bahan, terutamanya telur yang menjadi bahan asas pembuatan biskut raya atau kek.

Memetik perkongsian jenama marjerin Seri Pelangi, saiz telur yang digunakan dalam membuat adunan sebenarnya mempengaruhi tekstur dan rasa kuih.  


Mana tidaknya, telur yang dijual di pasaran mempunyai jenis dan saiz berbeza-beza mengikut kegunaannya seperti berikut:

1. Saiz C (kecil) – 55g hingga 59g  

2. Saiz B (sederhana) – 60g hingga 64g  

3. Saiz A (besar)  – 65g hingga 69g  

4. Saiz AA (jumbo) – 70g ke atas  

Telur yang terlalu besar (saiz AA) boleh menyebabkan adunan kuih atau doh menjadi terlalu lembik dan cair, manakala telur bersaiz kecil (saiz C) pula boleh menjadikan adunan keras dan kering.  

Ramai beranggapan penggunaan telur bersaiz besar lebih baik, namun sebaliknya, ia boleh merencatkan pembentukan kek atau biskut daripada menjadi cantik dan gebu.  

Sebaiknya, orang ramai disarankan menggunakan telur bersaiz sederhana (saiz A atau B) bagi mendapatkan tekstur adunan yang terbaik.

Namun, jika ingin menggunakan saiz lain, jumlah telur perlu disesuaikan mengikut formula mudah ini:  

1. Satu telur saiz A bersamaan dengan satu suku jumlah telur saiz C.

2. Satu telur saiz B bersamaan dengan satu jumlah telur saiz C.


Sumber: mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2025 08:35 AM | Show all posts
Secara jujur memang x arif langsung nak bezakan telur gred A,B dan C..
Selalu beli je tanpa belek satu persatu asalkan telur beli utk penuhkan stok telur yg dah habis...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2025 01:41 PM | Show all posts
kadang beli telur penjual asingkan telur tak timbang pun main agak2 je. ni kat kedai borong la

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2025 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.045983 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list