CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1574|Reply: 5

Roti Luput Usah Buang

[Copy link]
Post time 7-4-2025 09:20 AM | Show all posts |Read mode


ISU sisa makanan bukan masalah baru sebaliknya ia berlaku saban tahun dan memberi 'beban' kepada negara.

Roti sudah luput antara bahan yang kerap dibuang sedangkan boleh dihasilkan sajian sederhana dan enak untuk dinikmati bersama keluarga.

Namun sebelum menggunakan roti luput tarikh, pastikan tiada kulapuk, perubahan warna atau baunya yang menandakan ia sudah tidak boleh dimakan lagi.

Selepas diperiksa dan terjamin masih boleh dimakan, barulah proses atau gunakan roti luput tarikh itu tadi sebagai ramuan untuk resipi.
Berikut dikongsikan resipi biskut mudah daripada roti:

Biskut Hazelnut Coklat

Penyediaan bahan

- 3 keping roti lama, (dibakar sehingga rangup lalu dan dikisar menjadi serbuk)

- 1 biji telur

- 7 sudu besar mentega (dilembutkan)

- 3/4 cawan tepung

- 1/2 cawan gula

- 1/3 cawan hazelnut

- Secubit garam

- Secubit serbuk penaik

- 170 gram coklat

Penyediaan:

1. Panaskan ketuhar hingga 170 darjah celsius.

2. Sediakan bahan coklat dengan memecah bar coklat menjadi kepingan kecil.

3. Masukkan bahan coklat tadi ke dalam mangkuk adunan dan masukkan roti sudah menjadi serbuk. Ayak serbuk roti bagi mengelak ada ketulan yang besar.

4. Selepas kedua-dua bahan itu digaul, masukkan garam dan tepung

5. Kemudian masukkan juga secubit serbuk penaik ke dalam campuran tadi

6. Campurkan mentega dan telur, kemudian gaulkan semuanya hingga menjadi doh.

7. Masukkan cip coklat dan kacang hazel.

8. Gulung doh menjadi bebola kecil dan letakkan sedikit di antara satu sama lain di atas loyang (ia akan mengembang).

9. Bakar selama 10 hingga 15 minit dan biskut sudah sedia untuk dimakan. - Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2025 11:59 PM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Eh...! Kalau takde kulapok aku makang jer... Hapa aku kesah ngan tarikh luput tu... Hah! Hah! Hah!


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya beri pada burung2. Sekarang makanan yg tak habis n expired spr cococrunch , nestum...tabur pd burung..( kawasan belakang rumah ada burung2 berterbangan)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kut tak berkulat, sehari dua selepas expired, saya makan ja roti tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2025 02:22 PM | Show all posts
kite makang je walau expired...takde kite kisah pun
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2025 05:15 PM | Show all posts
Sayang nak buang..selagi belum berkulat roti tu boleh buat mcm2..
iols buat roti salut telur pastur goreng  cicah sos cili..kalau roti dah expired
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.048119 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list