View: 860|Reply: 3
|
[Tempatan]
Zayn Rayyan Mati Dijerut, Telinga Dipotong & Dubur Luka Dimasukkan Objek Tumpul - Doktor Pakar
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA - Doktor pakar yang membedah siasat mayat Zayn Rayyan Abdul Matin membuat kesimpulan di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa bahawa, punca kematian kanak-kanak autism itu ialah disebabkan jerutan di leher.
Pakar Perubatan Perunding Forensik Jusa C (M), Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pasir Gudang Johor, Dr Rohayu Shahar Adnan berkata demikian ketika perbicaraan kes pengabaian mangsa, dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal membabitkan, Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf, 30.
Beliau yang juga saksi pendakwaan ke-27 berkata, dapatan itu diperoleh berdasarkan hasil bedah siasat ketika beliau berkhidmat di Hospital Sungai Buloh, pada jam 12 tengah hari, 7 Disember 2023 lalu.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Dr Rohayu, 54, berkata, jerutan di leher mungkin boleh berlaku contohnya menggunakan tali, lanyard atau kain dipintal maka, ia bukan disebabkan mati lemas.
Sementara ketika membaca pernyataan saksi, Dr Rohayu, 54, berkata, berdasarkan jasad si mati jerutan dapat dilihat berdasarkan lebam otot di leher dan kelenjar tiroid.
“Ini menunjukkan perbuatan itu cukup kuat sehingga menyekat kemasukan oksigen ke paru-paru dan otak, seterusnya melemaskan si mati hingga mengakibatkan kematian.
“Terdapat kesan jerutan di leher yang bertindih terletak enam sentimeter di bawah telinga kanan dan kiri termasuk otot-otot leher dan kelenjar tiroid di bawah kesan jerutan ini turut lebam,” katanya.
Beliau berkata, hasil bedah siasat juga mendapati, terdapat kesan trauma tumpul dan tajam.
Selain itu saksi yang berkhidmat dalam bidang perubatan forensik semenjak tahun 2003 berkata, terdapat benda asing ditemui pada rongga pernafasan dan dalam perut Zayn Rayyan.
Menurutnya, lelangit anak sulung kepada pasangan tertuduh itu turut lebam, menunjukkan benda asing terbabit dimasuk secara paksa ke dalam mulut.
Bagaimanapun beliau berkata, benda asing itu tidak membawa kepada kematian kerana punca kematiannya bukan tercekik.
Katanya, di bahagian dubur kanak-kanak malang itu juga terdapat luka-luka koyak dan lelasan akibat kemasukan objek tumpul tetapi ianya tidak mematikan.
“Ada kesan trauma tumpul seperti lebam di mata, dahi, bibir, belakang kepala, rahang, tengkuk, belakang bahu kanan, antara dua belikat, belakang badan, dada, abdomen, sisi kanan badan, lengan kanan serta kiri.
“Ada juga luka potongan, tikaman dan hirisan di telinga kiri sehingga belakang kepala sebelah kiri,” kata saksi ini yang juga pensyarah kehormat Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Beliau berkata, hirisan turut dikesan di belakang kepala sebelah kanan, luka hirisan pada lengan kanan atas dan luka hirisan pada lengan bawah kanan.
Menurutnya, kesan-kesan trauma tumpul dan tajam ini tidak mematikan tetapi merupakan penderaan fizikal ke atas mangsa.
Beliau berkata, kecederaan si mati ialah kecederaan baharu, kerana terdapat kesan reaksi sistem pertahanan badan yang dapat dilihat melalui pemeriksaan mikroskopik.
Kedutan pada kulit tapak tangan dan kaki katanya, hanya menunjukkan sentuhan atau rendaman air, ia bukan punca kematian kerana Zayn Rayyan tidak mati lemas dalam air.
"Jasad si mati telah mula membusuk, berdasarkan warna kulitnya yang kehijauan, mengelupas dan abdomen yang mengembung.
"Tiada luka pertahanan atau luka menumbuk atau menendang dilihat pada mangsa," katanya yang menambah tiada penyakit serius pada organ dalaman yang ditemui.
Pada 13 Jun tahun lalu, pasangan suami isteri itu mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pengabaian pada anak mereka, di Mahkamah Sesyen di sini.
Mengikut pertuduhan pindaan, pasangan itu didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.
Kesalahan didakwa dilakukan di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan, antara jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 dan jam 9.55 malam, keesokkannya.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, jam 10 malam.
Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang, sebelum ditemui terbaring, dengan jarak kira-kira 200meter dari blok kediamannya.
Perbicaraan di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh bersambung Rabu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 8-4-2025 04:42 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ada mesej ‘lantaklah nak hidup ke nak mati’ dan ‘stress gilalah dengan Zayn ni’
PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu terdapat beberapa mesej perbualan dalam WhatsApp berkaitan Zayn Rayyan Abdul Matin pada hari kanak-kanak autistik itu hilang di Apartment Damansara Damai di sini, 5 Disember 2023.
Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superitendan Mohd. Zaidi Abu Hassan berkata, perbualan WhatsApp itu ialah, ‘Zayn hilang’, ‘dia Lari’, ‘lantaklah nak hidup ke nak mati’, ‘letih gila aku mencari’ dan ‘geram betullah’ yang mana kesemua mesej tersebut direkodkan pukul 12.20 hingga 12.59 tengah hari.
Kesemua mesej itu diekstrak daripada telefon bimbit yang dirampas ketika siasatan yang mana salah satunya adalah ‘iCloud’ yang didaftarkan atas nama ‘Ismanira’, manakala Huawei pula menggunakan akaun Google atas nama Zaim Ikhwan.
Mohd. Zaidi berkata, perbualan WhatsApp atas nama ‘Baby Sayang’ dan ‘Manja’ itu diekstrak daripada dua telefon bimbit tersebut serta dua kad sim yang diserahkan oleh pegawai penyiasat kes berkenaan.
Semasa prosiding, mahkamah turut diberitahu terdapat beberapa perbualan WhatsApp pada 20 Jun 2023 antaranya ‘Stressnya sampai rasa macam nak bunuh orang je’, ‘aku nak rehat pun tak leh’, ‘Hang belasah je lah sampai puas’ dan ‘Pastu nanti sakit ke mati baru tahu.
Selain itu, terdapat dua mesej iaitu ’stress gilalah dengan Zayn ni’ dan ‘macam nak bunuh diri je sekarang’ pada 11 Oktober 2023.
Terdahulu, saksi pendakwaan ke-25 itu memberitahu, pada 4 Jun 2024, dia telah diserahkan satu beg plastik mengandungi dua telefon bimbit masing-masing jenis Huawei dan Iphone dalam keadaan baik.
“Hasil pemeriksaan dan analisis ke atas data barang kes jenama Huawei dan mengeluarkan perbualan di aplikasi WhatsApp melibatkan tarikh 20 Jun, 11 Oktober dan 5 Disember 2023.
“Setelah selesai membuat analisis ke atas barang kes yang diterima, saya telah menyediakan Laporan Pemeriksaan bertarikh 6 Jun 2024.
“Sepanjang masa barang kes ini di dalam simpanan saya, barang kes tersebut saya simpan di dalam kabinet besi berkunci kepunyaan saya di dalam bilik barang kes.
”Saya seorang saja yang mempunyai akses ke atas kabinet besi tersebut. Barang kes bersama-sama laporan turut disimpan di dalam almari besi berkunci,” katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh akan bersambung lagi esok.
Semasa prosiding, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Nur Sabrina Zubairi, manakala peguam Haresh Mahadevan mewakili kedua-dua tertuduh.
Mengikut pertuduhan pindaan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masing-masing 30 tahun sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, (ketika kejadian) didakwa bersama-sama mengabaikan anak mereka dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
Kesalahan itu dilakukan di sekitar kawasan Blok R, Apartment Idaman sehingga ke kawasan sungai berdekatan Apartment Idaman, Damansara Damai pada pukul 12 tengah hari, 5 Disember dan pukul 9.55 malam, 6 Disember 2023.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
baru sekarang ke baru boleh release report? selama ni dok kaji apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Semuga kematian adik zayn ini dapat pembelaan yg sewajarnya. Msg2 yang diexchange harap dapat membantu polis selesaikan kes ini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|