CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1243|Reply: 7

[Tempatan] 70% lelaki berusia lebih dari 40 tahun menghidapi masalah mati pucuk

[Copy link]
Post time 10-4-2025 11:07 AM | Show all posts |Read mode
CHERAS, 9 April 2025 – Masalah mati pucuk atau kegagalan ereksi (ED) yang dahulunya sering dikaitkan dengan lelaki berusia kini semakin menular dalam kalangan lelaki muda di Malaysia. Berdasarkan statistik terkini, tujuh daripada sepuluh lelaki berusia lebih 40 tahun di Malaysia dan 199.9 juta lelaki di Asia dijangka mengalami ED menjelang tahun 2025. Namun, apa yang lebih membimbangkan adalah peningkatan kes ED dalam kalangan lelaki muda akibat pelbagai faktor kesihatan yang semakin mencabar. Penularan masalah ini semakin ketara seiring dengan gaya hidup moden yang kurang sihat dan peningkatan kes-kes masalah kesihatan yang memberi impak kepada kesihatan seksual lelaki.

ED adalah keadaan di mana seorang lelaki tidak dapat mengekalkan ereksi yang cukup untuk melakukan hubungan intim. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, dari ketidakmampuan untuk mencapai ereksi langsung, hingga kesulitan untuk mengekalkan ereksi sepanjang hubungan seksual. Lelaki yang mengalaminya mungkin masih boleh mencapai ereksi, tetapi tidak setiap kali, atau dalam sesetengah kes, langsung tidak dapat ereksi walaupun mempunyai keinginan seksual. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan fizikal tetapi juga psikologi, mengganggu keyakinan diri dan hubungan dengan pasangan.

Pensyarah dan Pakar Perunding Kanan Urologi, Fakulti Perubatan dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Md. Zainuddin berkata, faktor usia adalah salah satu punca utama ED, kerana proses penuaan secara semula jadi membawa kepada perubahan dalam tubuh lelaki, termasuk penurunan tahap testosteron dan kemerosotan fungsi pembuluh darah.

Namun, katanya kebanyakan kes ED dalam kalangan lelaki muda berpunca daripada faktor-faktor kesihatan lain yang semakin meningkat, seperti kencing manis, penyakit jantung, obesiti, tekanan darah tinggi, serta tahap testosteron yang rendah.

“Penyakit-penyakit ini mengganggu aliran darah yang penting untuk fungsi ereksi yang normal. Selain itu, masalah kesihatan mental, termasuk tekanan dan kemurungan, juga turut menjadi punca utama masalah ini.

“Kajian menunjukkan bahawa lebih ramai lelaki muda mengalami stres akibat tekanan hidup yang semakin kompleks, termasuk tekanan kerja, masalah kewangan, dan hubungan peribadi yang tidak stabil,” katanya.

Beliau berkata fenomena itu membimbangkan pakar kesihatan kerana selain mempengaruhi fungsi seksual lelaki, masalah ED juga mencerminkan kemerosotan kesihatan secara keseluruhan dan boleh menjadi tanda awal penyakit jantung koronari.

“Pada zaman moden ini, lelaki muda cenderung menjalani gaya hidup yang kurang aktif, mengabaikan diet yang sihat, dan banyak menghabiskan masa dengan aktiviti yang merosakkan kesihatan seperti merokok, minum alkohol, dan kurang bersenam.

“Ini menyebabkan mereka lebih berisiko untuk menghidap penyakit yang menyumbang kepada ED. Tabiat buruk ini, digabungkan dengan kurangnya kesedaran mengenai pentingnya kesihatan seksual, menjadikan lelaki muda lebih mudah terdedah kepada masalah ini,” ujarnya.

Tambah Dr. Zulkifli, seiring dengan kesedaran yang semakin meningkat, rawatan untuk ED juga semakin banyak dibincangkan.

“Kesedaran mengenai rawatan ED semakin berkembang, terutama dengan adanya perbincangan yang meluas di media sosial, yang membolehkan lebih ramai lelaki mendapatkan maklumat tentang pilihan rawatan yang ada,” katanya.

Walau bagaimanapun, beliau berkata ramai lelaki yang mengalami ED lebih cenderung untuk mencuba rawatan yang tidak terbukti keberkesanannya.

“Mereka mungkin membeli ubat-ubatan yang tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), atau mengikuti nasihat daripada sumber yang tidak sahih, seperti “doktor TikTok”,” katanya.

Dalam hal ini, Dr Zulkifli menasihatkan agar pesakit yang mengalami ED mendapatkan rawatan daripada doktor yang diiktiraf dan tidak bergantung pada nasihat yang tidak jelas atau berisiko.

“Rawatan yang tepat perlu melalui diagnosis yang betul oleh profesional kesihatan agar kesan sampingan atau risiko yang tidak diingini dapat dielakkan”, tegas beliau.

Rawatan

Beliau berkata antara rawatan yang disarankan adalah penggunaan ubat seperti PDE 5 inhibitor yang telah menunjukkan keberkesanan dalam membantu pesakit mencapai ereksi yang memadai.

“Terdapat pelbagai jenis PDE5 inhibitor dipasaran yang mampu untuk memenuhi ekologi seksual pesakit. Ada yang bertindak sepantas 10 minit selepas diambil, ada yg boleh bertahan selama 36 jam dan pelbagai lagi.

“Namun, pesakit perlu bersikap realistik dan memahami bahawa rawatan mungkin mengambil masa, terutamanya bagi lelaki yang lebih berusia,” katanya.

Selain ubat-ubatan, ujar beliau ada juga rawatan lain yang melibatkan terapi hormon, terapi vakum, suntikan ke zakar, dan dalam beberapa kes, pembedahan yang melibatkan prosthesis zakar. Setiap rawatan perlu disesuaikan dengan keadaan individu dan dipantau dengan teliti oleh doktor yang berkelayakan.

Gaya hidup

“Namun, rawatan perubatan bukanlah satu-satunya pendekatan yang perlu diambil. Gaya hidup yang sihat memainkan peranan penting dalam kejayaan rawatan ED.

“Menghindari tabiat buruk seperti merokok, meminum alkohol, serta tidak bersenam adalah langkah yang perlu diambil.

“Aktiviti fizikal yang konsisten dapat membantu memperbaiki aliran darah dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan,” kata Dr Zulkifli.

Selain itu, tambah beliau mengamalkan diet yang seimbang dengan banyak makan sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan yang kaya dengan antioksidan dapat membantu mengekalkan kesihatan pembuluh darah dan meningkatkan fungsi seksual.

Di samping itu, beliau menyatakan bahawa faktor mental dan emosi juga tidak boleh dipandang ringan.

“Lelaki yang mengalami ED sering berhadapan dengan masalah keyakinan diri dan ketegangan dalam hubungan peribadi mereka.

“Oleh itu, sokongan psikologi adalah penting untuk membantu mereka mengatasi kesan psikologi akibat masalah seksual ini. Terapi seperti kaunseling atau sokongan daripada pasangan dapat membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan mental lelaki yang mengalami ED”, ujar beliau.

Lelaki muda yang mempunyai masalah kesihatan atau menjalani gaya hidup yang tidak sihat perlu segera mendapatkan rawatan yang tepat dan mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengatasi masalah ini. “Mengambil langkah awal untuk menjaga kesihatan seksual dan amalan gaya hidup sihat dapat membantu mencegah ED serta meningkatkan kualiti hidup lelaki secara keseluruhan. Dengan kesedaran yang lebih tinggi dan rawatan yang tepat, lelaki muda tidak perlu lagi malu atau merasa terasing apabila berhadapan dengan masalah ED,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2025 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Dok mkn yg maneh², kuat sapkok maleh eksersais mmg mencarik penyakit. No brainer.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni semue puncenye malas.. Malas exercise, malas jaga badan, malas mkn mknn sihat.. No wonder pompuan melayu suke bangla nepal atau mat jawa
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Semenjek trend makan tempat viral ni mmg byk makanan tak sihat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 09:58 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 10-4-2025 10:10 PM

deleted
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 09:59 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 11-4-2025 09:25 AM

Wooow...Tampaknya "Bisnis Gigolo Pejantan Tangguh"   bakal  menjadi  semakin marak dan menjamur di MalayDesh ...

Tanpa disadari tampaknya Pejantan Bangla (mungkin Arab dan Afrika)  yang mempunyai ukuran "BIG SIZE" yang bakal mendapatkan banyak "WANG" sambil menikmati  lezat dan liatnya  "KUE APEM" wanita-wanita MalayDesh yang "HAUS dan BUTUH"   siraman "Sperma" untuk kebutuhan "Biologisnya dan mendapatkan "Keturunan"  ...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2025 10:00 PM | Show all posts
ramainya

adakah @ifanonline salah sorang sbb dah berumur 40an
patut la jeles sgt dgn andartu rupanya mati pucuk
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 10:56 PM | Show all posts
So, sesiapa yang above 40 dan mati pucuk tu ketahuilah, anda dalam kalangan majoriti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2026 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.057885 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list