CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 841|Reply: 0

'Tinggal serumah' haiwan eksotik

[Copy link]
Post time 16-4-2025 02:25 PM | Show all posts |Read mode


Ada pencinta haiwan peliharaan membuat kelainan dengan memelihara haiwan eksotik.


Bagi mereka, mungkin itu satu pengalaman mengujakan kerana mencuba hobi baharu.


Namun, di sebalik itu mereka perlu bersedia berhadapan cabaran apabila memelihara haiwan berkenaan.


1 - Pertimbangan undang-undang


Contoh, perlu mempunyai lesen sebelum mendapatkan haiwan eksotik untuk dipelihara.


Lesen ini membabitkan proses permohonan yang terperinci termasuk memeriksa latar belakang dan habitat.


Ada haiwan eksotik tertentu dilarang dijadikan haiwan kesayangan kerana statusnya sebagai haiwan terancam dan perlu dilindungi. Pengabaian haiwan peliharaan boleh dikenakan tindakan undang-undang.


2 - Reka bentuk sangkar


Reka bentuk ini perlu mengikut kesesuaian saiz haiwan eksotik untuk keselesaannya.


Contoh burung kakaktua memerlukan sangkar yang luas.


Pemilik haiwan eksotik mesti memberi perhatian kepada suhu dan kelembapan sangkar.


Sangkar adalah tempat perlindungan dan persembunyian haiwan eksotik kerana membuatkannya berasa selamat.


Sebaiknya sediakan sangkar yang hampir sama dengan habitat asal haiwan itu.


3 - Diet dan pemakanan


Perlu mengetahui pemakanan yang betul haiwan eksotik bagi memenuhi keperluan nutrisinya.


Contoh iguana, hendaklah mempelbagaikan jenis sayuran dan buah-buahan.


Manakala makanan sugar glider ialah pelet, serangga hidup dan buah-buahan.


Kadangkala, mungkin perlu memberi haiwan peliharaan eksotik beberapa makanan tambahan seperti kalsium, vitamin D3 dan vitamin A.


4 - Doktor veterinar


Agak sukar mendapatkan doktor veterinar yang boleh merawat haiwan peliharaan eksotik.


Ini kerana haiwan berkenaan turut perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan berkala.


Ia juga bagi mengelakkan daripada sebarang penyakit dan langkah awal rawatan jika tidak sihat. - Harian Metro


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hobi & Koleksi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2026 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.037819 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list