View: 3432|Reply: 67
|
Irfan Zaini digilai ramai
[Copy link]
|
|
Wataknya dalam filem Blood Brothers: Bara Naga mungkin sekadar sampingan namun pelakon Irfan Zaini tidak menyangka ia berjaya menarik perhatian penonton.
Irfan atau Muhammad Irfan Mohamed Zaini, 30, berkata, dia terkejut apabila mula dikenali ramai terutamanya dalam kalangan peminat berbangsa Melayu.
Malah ramai mula memanggil nama wataknya iaitu Malik ketika bertemu.
"Saya masuk sahaja ke pusat beli-belah sudah ada peminat Melayu yang mahu bergambar bersama.
"Malah ramai menjerit memanggil nama watak saya iaitu Malik. Alhamdulillah filem Blood Brothers: Bara Naga memberi impak besar," katanya kepada mStar.
Sudah enam tahun melibatkan diri dalam dunia lakonan, Irfan sebelum ini lebih banyak terlibat dalam projek drama atau filem berbahasa Tamil.
Dalam pada itu, Ifran memberitahu filem berkenaan adalah karya aksi pertama lakonannya sehingga sanggup melakukan persediaan selama lima bulan sebelum memasuki set penggambaran.
Sepanjang tempoh itu kata Irfan, dia menjalani latihan seni mempertahankan diri bagi memastikan dia benar-benar dalam keadaan bersedia.
"Selama enam tahun dalam industri perfileman tempatan, ini adalah karya paling besar dan filem aksi pertama saya.
"Berbanding pelakon lain seperti Sharnaaz Ahmad dan Syafiq Kyle, mereka pernah berlakon filem aksi manakala saya pula tiada pengalaman.
"Jadi saya perlu bekerja keras untuk memastikan peluang diberikan digunakan sebaik mungkin," katanya.
Ifran juga menganggap keputusan melakukan aksi lagak ngeri sendiri sehingga mengalami kecederaan adalah berbaloi.
"Saya alami kecederaan di muka sebab terkena cota selain dihempap almari. Memang sakit tetapi semua pelakon pun mengalami kecederaan.
Irfan tidak menyangka watak Malik yang dibawa olehnya menarik perhatian penonton.
"Semua pelakon mahu beri yang terbaik, apa dibimbangkan adalah mencederakan pelakon lain secara tidak sengaja," ujarnya.
Ditanya tentang babak paling mencabar, Irfan memberitahu dia terpaksa mengulang babak pertarungan dengan Syafiq sebanyak 38 kali.
Katanya, ini bagi memastikan babak tersebut tidak mempunyai cacat cela dan kemas.
"Pengarah sangat ‘perfectionist’, semua perkara tidak terlepas daripada pandangannya.
"Bukan mudah untuk hasilkan filem ini, saya amat berterima kasih kepada penonton yang memberi sokongan dan menonton karya ini di pawagam," katanya.
Selain Irfan, Sharnaaz dan Syafiq, Blood Brothers: Bara Naga turut dibintangi oleh Shukri Yahaya, Syazwan Zulkifly, Zamarul Hisham, Wan Hanafi Su dan Amelia Henderson.
Filem arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra ini melakar kejayaan apabila mencatat kutipan RM29.9 juta dalam tempoh tujuh hari tayangan di pawagam seluruh tanah air.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
dalam pilem BB dia cakap pekatt btolll slang tamil... TAPI kalau tgk kat IG ka TT ok jaa haih dia cakap melayu... mmg disengajakan dalam pilem kaa org len yg dubbing sora dia...
celah mana hensemnya irpan nih, x paham aku 
adakah sebab sepupu sepapat, anak2 menakan aku ghamai ghupa mcm irpan nih...  |
|
|
|
|
|
|
|
tak ensem tapi manis.
jambang tu nampak semak tapi ori berbanding janggut walid.
AHAHHAHAHAHAHA
|
|
|
|
|
|
|
|
tak kenal...tgk muka cm hero tamil |
|
|
|
|
|
|
|
gambar dari tepi tu nampak macam sidi oraza pulak aku tengok |
|
|
|
|
|
|
|
tanda2 perasan n sindrom gila publisiti |
|
|
|
|
|
|
|
pemenat mana la tu yang serbu dia. ni kalau jalan sebelah chiku pun, belum tentu chiku tegur atau senyum sbb tak kenal   |
|
|
|
|
|
|
|
Astaga..sapa la yg gilakan dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Jujur acik bgtau muka mcm ni raaaaammmmmmmmaaaaaaaiiiiii dlm Penang ni  |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kawan2 aku komen la, kalau tgk dlm movie blood brothers tu mmg watak dia paling smart berbanding pelakon2 lain la. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh mai tgk kat belah2 Tanjung |
|
|
|
|
|
|
|
nadie90 replied at 22-4-2025 06:51 PM
Boleh mai tgk kat belah2 Tanjung
Mmg raaaaammmmmmmmaaaaaaaiiiiii belah mainland pun ada jugak  |
|
|
|
|
|
|
|
Oh ni malayalam/mamak la kan
Kat umah mmg kecek tamil biasanya
Tp tgk gambar raya pakai mcm melayu
Penah tgk kawan mamak kawen ngn sesama mamak.
Ada yg pakai baju tradisional dorang ada gak yg pakai mcm org melayu |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa ni. Ingatkan Property Brothers. |
|
|
|
|
|
|
|
Hensemlah tu nyahhs, tinggi badan terletakkk, suara aummm lol kohkohhh |
|
|
|
|
|
|
|
Syanaz pun org penang jugakkan tp cara hidup semua mcm melayu, malik ni tgk tt ckp tamil klu tak silap. Tapi nmpk baik orgnya, makz suka
|
|
|
|
|
|
|
| |
|