CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1063|Reply: 0

Akhirnya tahu juga rahsia hasilkan ayam goreng rangup dan lembut... Kena rendam dulu baru boleh masak

[Copy link]
Post time 27-4-2025 06:03 PM | Show all posts |Read mode


MEMANG mengiurkan kalau terbayang ayam goreng daripada beberapa restoran makanan segera sehingga ramai beranggapan, bahan perasa yang digunakan adalah mahal.


Malah ada yang menyatakan pihak restoran makanan segera menggunakan pelbagai campuran herba rahsia bagi mengekalkan rasa lembut meskipun ayam digoreng rangup.


Menerusi hantaran di media sosial, Alif Adha Mohd Kamal mendedahkan teknik yang digunakan bagi memastikan ayam goreng kekal lembut seperti dijual restoran makanan segera.


Dia yang juga seorang jurutera berkata, cara yang digunakan adalah wet brine iaitu proses merendam ayam di dalam larutan garam selama beberapa jam.


"Teknik ni aku biasa digunakan untuk masak ayam goreng. Kalau betul cara, bahagian dada akan rasa paling sedap.


"Budak-budak yang nak buat side income boleh berniaga crispy tenders," katanya sambil berkongsi cara yang dilakukan.


Cara perapan:


1. Basuh ayam sehingga bersih dan potong mengikut cita rasa.


2. Buatkan bancuhan air garam mengikut kadar satu suku cawan garam bagi 16 cawan air.


3. Kemudian rendam setiap bahagian dalam air garam selama enam jam.


4. Apabila cukup tempoh, bersihkan ayam tadi dan salut dengan tepung untuk digoreng.


Tip: Anda boleh menggunakan teknik wet brine pada kentang dan daging juga. Bukan sahaja lembut dan mudah dimasak, hasilnya tidak akan liat walaupun tidak mengambil masa lama. - mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2025 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.047276 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list