CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4262|Reply: 53

[Tempatan] Wanita 36 tahun nekad duduki SPM demi kejar impian jadi doktor

[Copy link]
Post time 27-4-2025 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

sinarharian.com.my
MUKHRIZ MAT HUSINMUKHRIZ MAT HUSIN
27 April 2025



SHAH ALAM - Seorang wanita berusia 36 tahun nekad menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini demi merealisasikan cita-citanya untuk menceburi kerjaya dalam bidang perubatan.

Usahawan, Rusni Shafiya Ruslan berkata, dia mengambil tiga mata pelajaran aliran Sains Tulen dalam peperiksaan tersebut melibatkan Biologi, Fizik dan Kimia.


Ujarnya, meskipun usia hampir mencecah 40-an namun, sokongan daripada keluarga dan rakan sekelilingnya menjadi pembakar semangat untuk mengejar impian menggalas tanggungjawab sebagai seorang doktor.

“Mak saya pun ada juga ketawa kecil bila saya kata nak ambil semula SPM, tapi adik saya yang merupakan doktor bedah, Dr Nur Hanisa Ruslan banyak memberi inspirasi dan semangat.


“Kenalan saya juga ramai dalam bidang perubatan. Mendengar perkongsian mengenai kerjaya mereka, membuatkan saya tertarik untuk tahu lebih lanjut tentang kehidupan di hospital dan dunia perubatan secara umum,” katanya kepada Sinar Ahad.

Menurut Rusni Shafiya yang berasal dari Kluang, Johor itu, dia sudah menanam minat untuk melanjutkan pelajaran ke bidang berkenaan sejak kecil lagi.


Bagaimanapun, ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, hasratnya terpaksa dibatalkan berikutan faktor kewangan dan komitmen keluarga ketika itu.

“Tahun ini saya putuskan untuk cuba juga. Sekarang, saya fokus untuk ambil semula subjek SPM yang penting seperti Biologi, Fizik dan Kimia.


“Selepas itu perancangan saya adalah untuk sambung ke peringkat asasi universiti. Saya lebih cenderung ke arah program berkenaan berbanding Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kerana ia lebih padat dan dekat dengan suasana pembelajaran di universiti.

“Kalau semuanya berjalan lancar, saya anggarkan masa paling cepat untuk saya tamat pengajian dalam bidang perubatan adalah enam tahun,” ujarnya.

Mengulas mengenai hala tuju kerjaya yang ingin diceburi, kata Rusni Shafiya, setakat ini masih tidak mempunyai perancangan khusus berkenaan perkara tersebut.

“Saya ada sedikit kecenderungan ke arah bidang Obstetrik dan Ginekologi (O&G) atau Pediatrik. Namun, saya terbuka untuk meneroka bidang lain sepanjang proses pembelajaran nanti.

“Saya percaya dengan usaha dan sokongan, impian saya boleh jadi kenyataan. Insya-ALLAH,” menurutnya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2025 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak jadi usahawan kosmetik ke?

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 27-4-2025 07:10 PM
Nak jadi usahawan kosmetik ke?

Haha.. ramaikan guna title Dr tu...last jual kosmetik blabla..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak masuk uitm aje. Ambik dip in science. Tkde subjek fizik kimia bio apply lah pre-science
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ambik spm balik tak salah tapi tolonglah jangan buang masa ambik asasi then degree balik..

Sekarang bekerja ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengadalah dah tua2 sibuk nak belajar. Siapa nak tanggung ko? Aku tengok bebudak sekarang ramai pemalas kerja, pastu mak bapak tanggung buat master phd. Master pulak by research, 3 tahun dok makan tanggung. Kosser aku. Lantak ler asal bukan anak aku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2025 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba lah. Umur matang ni kefahaman tu lebih laju kalau subjek tu serasi dengan jiwa.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 10:03 PM | Show all posts
Soalan paling asas, masa belajar full time dulu kau pandai tak? Minat sahaja tak cukup tau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2025 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit byk beli je la title doc tu, ramai jerr bisnesman & politaik yg buat cmtu
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 10:50 PM | Show all posts
pegi je la mintak title doketod tu ngan jijan seman

dia ada 8, kut2 nak bagi satu

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
tukul replied at 27-4-2025 07:12 PM
Haha.. ramaikan guna title Dr tu...last jual kosmetik blabla..

Or jadi influencer
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 12:38 AM | Show all posts
bila dah umur 36, ada adik dan rakan yang bagi pendedahan pasal kerjaya tu, dah jadi usahawan, dah faham cabaran... aku assume dah tak ada kekangan duit, masa, dan masalah besar lain yang halang dia nak ambik balik spm ..

... klu mcm tu go pursue your dream.. selagi hidup, hidup perlu dijalani, selagi ada ruang kejar semua impian, tercapai atau tak itu semua proses kehidupan


Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus.. Semangat cintakan ilmu.. Kalau tengok kat obersi omputeh.. Mak arab pak arab.. Bukan kira umur berapa pun tetap belajar ikut minat deyolss.. Malaysians jahh suka bataskan minat ikut society pressure..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 11:36 AM | Show all posts
Firenzza replied at 27-4-2025 10:31 PM
Duit byk beli je la title doc tu, ramai jerr bisnesman & politaik yg buat cmtu

Macam sorang CEO yang aku kenal ni. Tiba2 ja ada doctorate dari US tah bila masa dia belajar.



Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 12:54 PM | Show all posts
all the best...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 01:08 PM | Show all posts
Aminnn   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2025 01:31 PM | Show all posts
kena amik asasi/matriks/diploma sains dulu then baru sambung mbbs. time tu umur dah 42-43. umur 44-45 baru nak HO.. kena buli bagai.. larat ke makcik. better amik short course je.. medic bukan course yg boleh suka2 nak amik sbb minat je
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
tukul replied at 27-4-2025 07:12 PM
Haha.. ramaikan guna title Dr tu...last jual kosmetik blabla..


Lebih baik jadi Dr. Vida tak payah susah2 belajar, tak payah kecikkan badan untuk jual Pamoga.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
dealova04 replied at 28-4-2025 01:31 PM
kena amik asasi/matriks/diploma sains dulu then baru sambung mbbs. time tu umur dah 42-43. umur 44-4 ...


Nenek Rusni kena buli.

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsamz replied at 28-4-2025 01:45 AM
Bagus.. Semangat cintakan ilmu.. Kalau tengok kat obersi omputeh.. Mak arab pak arab.. Bukan kira um ...

Betul tu sis
Kat tpt I students ramai je dah  berumur masuk university
I pun teringin jgk tapi kekangan bahasa la plk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.052886 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list