CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shimah81

Hati yang kau sakiti-(CERPEN) - tamat [U]

[Copy link]
 Author| Post time 24-5-2011 01:48 PM | Show all posts
Reply 40# Jaza2008


   hehhehehee..ditujukan kepada HAfiz sebenarnya..ex Ami....x tau nk letak tajuk apa.. spontan jee dapat tajuk tuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2011 10:59 AM | Show all posts
best2.....
mcm mane la agak nye amru nk pjuk ami nti....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 11:20 AM | Show all posts
amru cpt cari ami...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 11:37 AM | Show all posts
Shimah... sambung lagi........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2011 12:52 PM | Show all posts
Pintu bilik di buka dari luar. Terus Syida dan Kirana menerpa ke arahnya.

“Kau pergi mana Ami. Kau buatkan kami risau” bertalu-talu Kirana menyoal Ami yang melangkah lemah memasuki bilik mereka. Terus dia menuju ke almarinya dan menarik keluar tuala. Kemudian dia mengambil bekas berisi barang mandian dan melangkah keluar menuju ke bilik air.

Pertanyaan Kirana dan Syida dibiarkan berlalu. Dia tiada rasa untuk menjawab soalan-demi soalan itu. di dalam fikirannya dia mahu membersihkan diri dan sujud kepada Allah memohon keampunan di atas kekhilafannya yang terjadi dalam hanya satu malam. Satu malam di mana dia hilang kewarasan dan hilang segala-galanya.

Selesai mandi dia terus menunaikan solat dan solat taubat. Kemudian dia membaca Al-Quran. Suaranya tersangkut-sangkut menahan sebak yang bertandang. Menyesali apa yang terjadi. Kenapa dia boleh menjadi begitu lemah kerana seorang lelaki dan kenapa dia terlalu mengikut kata hatinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2011 12:53 PM | Show all posts
Kirana dan Syida saling berpandangan dan memerhati tingkah laku Ami. Dihati mereka diburu rasa yang bersalah yang amat sangat. Kalaulah bukan kerana mereka tentu Ami tidak akan menjadi seperti ini. Kalaulah dia tidak mengikut kata Ali itu, tentu Ami masih lagi seperti semalam. Tersenyum dan menegurnya. Bukan seperti sekarang ini yang langsung tidak memandang mereka.

Setelah melihat Ami selesai membaca Al-Quran, cepat-cepat Kirana bersimpuh di sisinya. Begitu juga dengan Syida.

“Aku mintak maaf Ami. Aku tak ada niat nak khianati kau. Aku betul-betul mintak maaf” bersungguh-sunguh Kirana meminta maaf sambil menggenggam tangan Ami. Matanya berkaca.

“ Aku juga. Kalau aku larang Kirana letakkan pil khayal dalam minuman kau, tentu kau takkan jadi macam ni. Kami silap. Kami ingatkan dengan cara itu kami boleh tolong kau lupakan si Hafiz tu. kami silap. Maafkan kami Ami”

Air mata kian laju membasahi pipi Ami. Bukan silap mereka sepenuhnya. Silap dia juga. Jika dia tidak mengikut mereka berdua, tentu takkan jadi begini. Tentu dia masih lagi Ami yang dulu. tetapi terlajak perbuatan mana boleh diundur. Mana boleh diulang kembali masa itu untuk diperbetulkan.

“Aku maafkan. Lagipun ini semua berpunca dari aku juga. Kalau aku tidak mengikut. Kalau aku tidak memulakannya. Tentu tak jadi macam ni. Tak apalah. Bukan salah sesiapa. Salah aku” Dalam sebak Ami berkata untuk mengurangkan rasa bersalah di hatinya sahabatnya itu.

“Kau pergi mana? Puas kami cari. Amru pun mencari kau juga.”Soal Kirana.

“Entah aku tak tahu.. sedar-sedar aku telah berada di hadapan CM. dan mujurlah ada seorang abang ni yang baik hati”
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-5-2011 12:53 PM | Show all posts
“dia membuatkan aku tersedar. Dia membuatkan aku insaf kerana ikutkan hati yang merana ini” perlahan sahaja suara Ami menceritakannya. Ya …dia bersyukur.. teguran seorang lelaki yang membahasakan dirinya abang membuatkan dia tersedar. Mujurlah dia hanya hanyut seketika bukan terus hanyut dibawa arus.

Kirana dan Syida insaf. Ami hanya mengikuti mereka semalaman sahaja. Tetapi penyesalannya seolah-olah dia telah melakukan kesalahan yang amat besar. Sedangkan mereka bertahun-tahun mengikut arus dunia ini. seolah-olah telah sebati dengan diri mereka. Mereka tidak pernah merasakan apa yang mereka lakukan itu satu dosa besar. Arus kemodenan ini telah menenggelamkan ilmu agama yang mereka pelajari dahulu. terkambus di dalam telaga buta di dalam hati. Yang membutakan akal fikiran mereka dan ditutupi pula oleh keseronokan demi keseronokan dunia.

Melihat keadaan Ami terbit penyesalan di atas kelakuan mereka selama ini. Ami tidak menyalahkan diri mereka sebaliknya menyatakan itu semua berpunca dari kekhilafan dirinya sahaja. Ah… betapa baik hatinya. Kalaulah orang lain tentu putus persahabatan ini.
Bermula saat itu, Kirana dan Syida mulai insaf. Mereka tidak lagi seperti dulu. tidak lagi keluar di malam minggu dan mulai mendalami agama. Mulai menutup aurat.

Ternyata ada hikmat di sebalik peristawa yang berlaku. Betul kata abang tu, setiap perkara yang berlaku ada sebab dan akibatnya. Cuma kita tidak tahu sebab kita malas mengambil tahu. Tapi kalau kita fikirkan betul-betul dan mengimbas kembali kita akan tahu ada hikmat yang tersembunyi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 03:29 PM | Show all posts
sambung lagiii...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2011 05:52 PM | Show all posts
best la... mintax sambung lgi...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 11:24 PM | Show all posts
best2...sambung la lg...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 11:28 AM | Show all posts
sedey ... tk nak baca lagi .....
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 01:57 PM | Show all posts
sekali tersilap langkah memang musnahkan masa depan namun kita harus bangkit semula dan menghadap Illahi agar diberi hidayah untuk mengharungi liku2 kehidupan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2011 02:51 PM | Show all posts
“Ami ada orang nak jumpa kau” beritahu Kirana.

“Siapa?”

“entahlah… aku Cuma sampaikan pesanan saja. Kalau kau nak tahu pergilah turun ke bawah” Jawab Kirana acuh tak acuh. Dia kini semakin ayu bertudung. Dengar kata tak lama lagi akan berkahwin dengan Ali. Baguslah.

Melihat Ami melangkah keluar dari bilik dengan ekor matanya, Kirana tersenyum nipis. Diharapkan pertemuan itu akan mengurangkan rasa bersalah yang menebal di hatinya. Ami seorang yang baik dan patut mendapat seseorang yang baik juga. Oleh itu dia berharap pertemuan ini memberikan makna kepada sahabatnya itu.

Sampai di lobi kolej, mata Ami melingas mencari wajah seseorang yang dikenali. Matanya tertangkap wajah Hafiz yang sedang tersenyum ke arahnya. takkanlah mamat ini. lalu dipalingkan wajah ke tempat lain. Di cari lagi kot-kot bukan Hafiz yang ingin ditemuinya.

“Assamualaikum…” serentak salam diberikan oleh dua orang berlainan di sebelah kanan dan kirinya.

Ami mendongok dan memandang seorang lelaki yang tinggi lebih kurang tujuh kaki itu. tinggi sangat dibandingkan dengan dirinya yang Cuma lima kaki sahaja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2011 02:52 PM | Show all posts
“Siapa kau” cepat Hafiz bertanya pada lelaki itu. Ami terdiam. Cuba untuk mengingati siapakah lelaki ini. dan…. Serta merta wajahnya memerah apabila teringat peristiwa lebih kurang sebulan yang lalu.

“Kau pula siapa?” Soal lelaki itu yang namanya Amrul Hafiz kalau tak silap Ami.

“Aku teman lelakinya” bangga hafiz memperkenalkan diri. Bukankah mereka sudah putus. Dari mana pula datangnya frasa ‘teman lelakinya’.

Ami tidak menghiraukan kenyataan yang langsung tidak masuk akal itu.

“Waalaikumussalam. Kenapa awak datang ke mari?” soal Ami kepada Amru.

“banyak benda lagi yang kita tak settlekan .tergantung begitu sahaja. Saya datang nak bincangkan hal dulu” jelas Amru maksud kedatangannya hari ini.

“oooh… rasanya semuanya sudah selesai. Tak ada apa-apa lagi. Semalam biarlah menjadi sejarah semalam yang tidak perlu diingati. Awak tak usah risau. Saya tak apa-apa. Awak tidak perlu bertanggungjawab di atas apa yang berlaku” terang Ami.

“Hmmm saya rasa tak macam tu. Umi saya hendak berjumpa dengan awak. Saya cakap kat dia hari ini saya akan bawa bakal isteri saya ke rumah untuk berkenalan” Amru Hafiz menjelaskan maksud sebenarnya.

“tapi…..”

“tak ada tapi-tapi… sejak peristiwa itu awak telah menjadi tanggungjawab  saya” tegas Amrul Hafiz.

Ami masih lagi ingin berkata sesuatu..tapi...

“sekarang.. pergi ambil beg awak dan kita ke rumah saya” Amru terus mengarahnya.

“hey… kau ni siapa nak arah-arahkan dia. Kau tak faham ke dia ni girlfriend aku” celah Hafiz yang sedari tadi dia mendengar perbualan mereka.

Ami memandang Hafiz yang sedang menahan perasaan marahnya.

“awak dah lupa agaknya yang kita telah putus hubungan hampir dua bulan yang lalu.
Awak yang putuskan. Kenapa hari ini mengaku saya masih lagi teman wanita awak. Mana perginya Lisa, girlfriend baru awak tu?” soal Ami tenang.

“dia Cuma kawan aku ju, bukan girlfriend aku. Ami maafkan aku. aku baru sedar yang aku memang sayangkan kau. Cintakan kau” luah Hafiz.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2011 02:53 PM | Show all posts
“hmmmm… rasa itu bukan cinta. Itu Cuma perasaan kau je. Baliklah. Kita dah tak ada apa-apa. Dulu memang ya tapi sekarang tidak. Aku pun dah tak ada rasa apa-apa lagi dah kat kau” balas Ami.

“Bagi aku peluang Ami”

“aku dah bagi tapi kau yang tolak peluang tu. Hati aku Cuma satu dan bila ia disakiti, ia takkan sesekali mengulangi kesakitan yang sama”

“tapi takkanlah kau nak menerima lelaki ini”

“Amru.. dia telah terima pun. cuti semester nanti kami akan berkahwin” Amru mencelah.

Ami terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Amru. Bila masa dia menerima. Dia memandang wajah Amru untuk kepastian.

“Sebulan yang lepas. remember sayang?”soal Amru. Segera Ami teringat kisah pada malam itu. Perlahan Ami mengangguk-angguk. Dia takut kalau-kalau Amru menceritakan apakah peristiwa itu kepada Hafiz andai dia menyatakan tidak mengingatinya. Selepas itu Hafiz berlalu pergi biarpun di dalam tergambar di riak wajahnya dia tidak puashati dengan kenyataan itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2011 02:54 PM | Show all posts
Di dalam kereta hanya kedengaran suara DJ hotfm yang sedang berceloteh. Keduanya mendiamkan diri sambil melayan radio sahaja. Amru Hafiz tenang memandu. Ami pula walaupun nampak tenang tetapi hatinya resah.

“Awak…”

“Ya….”

“tentang peristiwa malam itu. Awak tidak perlu merasa bertanggungjawab. Bukan salah awak. Bukan salah kita. Kita Cuma mangsa keadaan” Ami memulakan kata.

“Awak tak rasa apa-apa?” Soal Amru pelik. Kalau diikutkan cerita tenang Ami yang didengari dari Kirana, dia tahu Ami bukan seorang gadis yang social. Yang tak kisah tentang hal dara ke tak ni. Tapi kenapa dia kelihatan tenang sahaja.

“rasa apa? Menyesal?” soal Ami. Amru mengangguk. Angguk.

“Memang ada. Siapa yang tak menyesal hilang sesuatu yang berharga pada seseorang yang tidak dikenali dan juga dalam keadaan tidak sedarkan diri”

“tetapi masa tetap akan berlalu dan kenyataan tidak akan berubah. Saya muhasabah diri sendiri. cari kekhilafan diri sendiri bukan tahu menyalahkan orang lain di atas kesalahan diri”

“Mujurlah… tiada benih yang bercambah. Walau bagaimana pun diri saya bukan lagi yang dulu”

“taka pa… saya redha. Yang perlu saya lakukan menyesal dan bertaubat kepada Allah. Berjanji takkan mengulanginya lagi. Bukan mencari orang yang melakukannya untuk bertanggungjawab ke atas diri saya” panjang lebar keterangan diberikan oleh Ami.

Amru terdiam. Dia mengagumi kematangan Ami dalam menangani masalah yang menimpanya. Dan keputusan yang dia buat tidak salah.

“Sebab itulah saya ingin bertanggungjawab sepenuhnya ke atas awak. Jadi isteri saya dan saya takkan biarkan hati awak disakiti lagi”

“Saya tahu saya ni bukan sempurna. Bukan lelaki yang terbaik. Tetapi sebelum awak saya tidak pernah meniduri wanita lain. Awak yang pertama dan saya juga berharap awak yang terakhir.”

“kita mulakan hidup baru. Kita jadikan apa yang berlaku dulu sebagai pedoman hidup kita. Berkunjung ke kelab malam dan berhibur bukan jalan menyelesaikan masalah tetapi memberikan masalah.”

“Sejak peristiwa itu banyak yang saya fikirkan. Nilaikan semula hidup saya. Dan secara tidak langsung saya sudah jumpa orang yang akan menemani saya sepanjang hidup ini”

“tetapi kita tidak pernah saling mengenali. Malah memang tak kenal pun” tingkah Ami.

“Saya kenal awak melalui cerita Kirana dan Syida. Itu sudah cukup untuk saya menilai diri awak yang sebenarnya. Yang lain-lain biarlah saya ketahui selepas kita berkahwin.” Tegas Amru Hafiz. Dia tidak perlu memikirkan berkali-kali. Hatinya memang telah lama yakin. Ami lah yang terbaik untuk dirinya.

Tidak disangka, disebalik musibah yang berlaku, tersembunyi seribu hikmat. Kirana dan Syida telah berubah. Dirinya semakin mendekati Allah s.w.t. semakin mematangkan diri untuk menempuhi hidup ini. dan hadirnya lelaki yang meragut kegadisannya untuk bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku.

Syukurlah… disebalik gerimis adanya pelangi yang indah. Di sebalik tangisan semalam ada tawa yang menanti. Di sebalik derita semalam ada bahagia yang menanti. Ami tidak akan menoleh ke belakang lagi. Focus terus ke hadapan.

Ami menganggukkan kepalanya perlahan dan menghadiahkan senyuman manis kepada Amru di sebelah. Kereta meluncur laju menuju ke destinasi.

tamat...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-6-2011 02:55 PM | Show all posts
akhirnya tamat gak....
cerita baru? tunggu dulu laa...
nk bertapa jap..hehehehe sambil baca karya orang lain...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 04:01 PM | Show all posts
Tahniah Shimah, walaupun pendek ceritanya, namun ada pengajaran disebalik cerita yang boleh kita kongsi bersama. Syabas!
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 04:31 PM | Show all posts
ni macam ending kehabisan idea je... kan shimah..
cam leh buat lagi best dgn kehadiran exbf  ke majlis nikah Ami tu...

Thanks for the cerpen yg bagus dan berpengajaran...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2011 07:55 AM | Show all posts
Reply 59# Jaza2008


  
ni macam ending kehabisan idea je... kan shimah..
cam leh buat lagi best dgn kehadiran exbf  ke majlis nikah Ami tu..

betullah tu.. tgh fikir kot2 nk buat part 2 plak... hahahaa.. tp x tau bile leh jalan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.431629 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list