CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1098|Reply: 0

Mi tikus, nama ganjil tapi enak

[Copy link]
Post time 5-5-2025 11:37 AM | Show all posts |Read mode


Ipoh: Mi tikus, namanya sahaja sudah cukup unik untuk mencetuskan tanda tanya. Namun di sebalik nama ganjil itu, menu yang dimasak penuh kasih sayang oleh seorang mualaf Redzuan Ooi Abdullah, 52, menjadi tarikan pengunjung pelbagai kaum sejak beberapa tahun lalu.


Kedai makan milik Redzuan yang terletak di perhentian bas Medan Kidd, di sini yang dibuka seawal 7 pagi hingga 3 petang itu sentiasa dipenuhi pelanggan yang mahu merasai keenakan mi tikus dan pelbagai menu lain.


Teknik menggoreng Redzuan atau lebih mesra dipanggil Abang Wan itu juga cukup unik iaitu dengan melambung-lambung mi dalam kuali dengan api menyala, itu pun sudah menarik perhatian.


"Mi tikus ini berasal daripada nama asli masakan Cina iaitu 'lo shi fun' yang bermaksud mi tikus dalam dialek Kantonis, dari saya kecil ia memang dah dipanggil mi tikus kalau diterjemah ke bahasa Melayu, jadi saya kekalkan nama itu," katanya ketika ditemui di sini.


Redzuan berkata mi tikus diperbuat daripada mi laksa pendek yang digoreng bersama beberapa bahan seperti bawang, telur, udang dan kicap.




Bapa kepada lima anak itu mengakui cukup bertuah apabila ditakdirkan memeluk agama Islam dan peluang itu digunakan untuk berkongsi menu itu dengan masyarakat Melayu.


"Seronok dapat tengok pelanggan Melayu nikmati makanan Cina, idea ini tercetus selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila isteri (Noraini Ropangi) yang ketika itu tidak bekerja mahu berniaga, jadi saya bantu dia. Ketika itu ada menu laksa dan mi kari, jadi saya masukkan juga menu masakan Cina," katanya.


Anak jati Ipoh itu berkata dia pernah menimba pengalaman di sebuah restoran Cina di Klebang Besar, Melaka selepas tamat sekolah, membawa pulang teknik dan resipi yang kini diubah suai agar menepati piawaian halal tanpa mengorbankan rasa asli masakan Cina.


Malah dia pernah membantu keluarganya membuka gerai makan di Medan Kidd pada 1980-an menjual cendol, laksa dan lengkong.




Redzuan yang memeluk Islam sejak 2006 berkata selain mi tikus, menu istimewa lain yang terdapat di kedainya ialah mi hailam, yee mi hailam, mi tikus pagar, nasi goreng pagar dan sebagainya.


Bercakap mengenai teknik masakannya, Redzuan berkata ia tidak mudah dan memerlukan kekuatan kedua-dua belah tangan, malah setiap hari dia tidak berhenti memasak dari mula kedai dibuka hingga tutup dan hanya berehat sekejap.


"Saya lambung mi dalam kuali, ada api, orang suka tengok tetapi nak buat bukan senang, tangan pun pernah kejang. Kena belajar urut orang Cina dan dapatkan khidmat urut mereka.


"Kalau ikutkan, saya masak ini sebab minat. Setiap kali memasak, saya lakukan dengan hati yang ikhlas sebab hendak pelanggan puas hati, itu rahsia sebenar saya," katanya dan memaklumkan kedainya pernah diberikan ulasan oleh pempengaruh media sosial pelbagai kaum sehingga tular.


"Saya memang tak sangka boleh jadi macam ini. Sekarang ini sampai tak sempat rehat, minum air pun berdiri," katanya yang merancang membuka cawangan pada masa depan. - HARIAN METRO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 319313 Replies : 3240
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 2988 Replies : 1764
Benda boleh bincang buat apa gaduh:Netizen Berang Barista ZusCoffee Dilayan Teruk Oleh Pelancong China Sengaja Tumpahkan Kopi Atas Kaunter ke Arah Barista
YgBenarBenda boleh bincang buat apa gaduh:Netiz
Views : 843 Replies : 35
Rumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
VellfireRumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
Views : 2593 Replies : 1255
Kekasih Ben Amir Peluk Islam
irveneKekasih Ben Amir Peluk Islam
Views : 116 Replies : 1
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 36990 Replies : 602
Lagu ‘Ahai’ Jadi Bukti Cinta Siti Nordiana Terhadap Irama Malaysia
sugarBunnLagu ‘Ahai’ Jadi Bukti Cinta Siti Nord
Views : 101 Replies : 4
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 23405 Replies : 1229
[Netflix 2025] THE PRICE OF CONFESSION - Jeon Do Yeon, Kim Go Eun, Park Hae Soo, Jin Sun Kyu ~ 5 December 2025
Rahah[Netflix 2025] THE PRICE OF CONFESSION -
Views : 136 Replies : 5
[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee Jun Ho, Kim Min Ha ~ 11 October 2025
Rahah[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee
Views : 2350 Replies : 146

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2025 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.048719 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list