CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 149|Reply: 0

[Sarawak] Premier bersama delegasi lawat ibu pejabat ATR

[Copy link]
Post time 7-5-2025 10:27 AM | Show all posts |Read mode


Abang Johari bersama delegasi mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat ATR di Toulouse, Perancis. - Gambar UKAS

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama delegasi kerajaan negeri mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat ATR yang merupakan pengeluar pesawat turboprop terkemuka dunia, di Toulouse, Perancis pada Isnin.

Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), beliau bersama delegasi kemudian menghadiri perbincangan jaringan profesional di Airspace Customer Showroom – Agoahub yang dihoskan oleh Presiden Airbus International Wouter van Wersch.

Lawatan kerja rasmi Premier Sarawak diteruskan dengan sesi lawatan menyeluruh ke ruang pameran pelanggan Airbus, sebelum delegasi bergerak ke kilang pemasangan akhir pesawat A350.

Delegasi diberi peluang menyaksikan sendiri proses pemasangan akhir bagi salah satu pesawat komersial paling canggih di dunia.

Mengiringi rombongan Premier Sarawak ialah Duta Besar Malaysia ke Perancis Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Turut serta Peguam Besar Sarawak Dato Sri Saferi Ali, Setiausaha Kewangan Sarawak Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi & Pembangunan) Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel serta pegawai-pegawai kanan Kerajaan Sarawak.


https://www.utusanborneo.com.my/2025/05/06/premier-bersama-delegasi-lawat-ibu-pejabat-atr


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-7-2025 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.053084 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list