
TAWAU: Penemuan mayat seorang lelaki di Jalan Megah Jaya 9, di sini hari ini diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung kematian mangsa yang dipercayai menggantung diri.
Katanya, orang awam menemukan mayat mangsa kira-kira jam 10.45 pagi.
"Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai laporan SDR dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Tawau untuk proses bedah siasat lanjut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, proses bedah siasat hanya dapat dijalankan sebelum ketibaan koroner yang dijadualkan hadir esok.
Sehubungan itu, pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan.
|