Edited by tatod at 11-5-2025 12:54 PM
SUASANA dingin awal pagi bertukar sayu apabila seekor anak gajah jantan berusia kira-kira lima tahun maut selepas digilis sebuah lori dalam kejadian sekitar pukul 3 pagi, Ahad.
Dalam detik penuh emosi itu, ia juga dilihat cuba menolak lori yang melanggar anaknya sebelum berdiri kaku sehinggalah menjelang hari cerah.
Menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff, pihaknya segera menghantar pasukan dari Perhilitan Perak dan Kelantan ke lokasi kejadian.
“Ibu gajah dianggarkan berusia 25 hingga 27 tahun itu tidak berganjak. Ia dilihat menunggu anaknya yang berada di bawah lori.
“Tindakan menangkap terpaksa dilakukan kerana ia dilihat seperti meratapi pemergian anaknya itu,” katanya ketika dihubungi media. - mStar
|