CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bintang

CERPEN: Cinta Yang Menghambat [U] - TAMAT

[Copy link]
 Author| Post time 24-1-2012 07:27 PM | Show all posts
Seakan dapat membaca kegusaran Fuad,  Zinnirah separuh enggan berkata,  "Mungkin kita harus membantu Laura."

Fuad mengangkat satu alisnya.  "Irah yakin? Abang tidak mau merosak majlis makan malam kita."
Zinnirah merasa berat hati ketika dia harus mengangguk. Tapi dia tak mahu dikatakan tidak berperasaan.

“Abang akan suruh pemandu abang mengantarkan Laura pulang. Sekejap ya."

Fuad bangkit dan berjalan menuju Laura. Laura terlihat lega melihat Fuad datang mendekatinya. Yang membuat Zinnirah tidak percaya adalah Laura seperti memanfaatkan kedatangan Fuad untuk menangis di dada Fuad. Dia sangat berharap Fuad mengelak, tapi Fuad tidak mengelak, malah sibuk memujuk Laura. Agak lama adegan itu.

Hati Zinnirah menjadi panas. Bagaimanapun juga Fuad berbicara dengan mantannya, bukan sekadar teman. Fuad sendiri yang mengatakan bahawa Laura boleh mengurus dirinya sendiri. Fuad sendiri yang cakap  tak akan lama-lama, tapi kenapa sekarang...... ?

Zinnirah tidak buta. Dia dapat melihat mata Fuad yang begitu peduli pada Laura. Dia dapat merasakan Fuad ingin meringankan sakit hati Laura. Lalu bagaimana dengan dirinya?

Dengan kesal Zinnirah bangkit dari tempat duduknya dan berjalan keluar. Fuad dengan cepat dapat melihat Zinnirah melintas laju di depan matanya.

“Zinnirah!”  teriaknya. Gadis itu berlalu tanpa mempedulikannya.  “Jumpa pemandu I,”  kata Fuad pada Laura.  “Cakap padanya, I yang menyuruh dia menghantarkan you pulang.”

“Fuad, tunggu. I takut.…”

Fuad tidak mempedulikan kata-kata gadis itu lagi. Satu-satunya yang ada dalam fikiran Fuad adalah mengejar Zinnirah. Sial! Kenapa dia sampai lupa diri bahawa Zinnirah di sana? Seharusnya dia tidak terbawa perasaannya untuk mempedulikan Laura.

“Irah, tunggu!”  teriak Fuad. Di depan halaman restoran, Zinnirah berbalik dan memandangnya dengan kesal.  "Irah yang menyuruh abang membantu Laura, kan?"

"Oh, jadi sekarang ini salah Irah?!"  teriak Zinnirah balik.  "Janji abang cuma menyuruh pemandu abang untuk menghantarkan Laura balik. Kenapa ada acara berpeluk-pelukan pula? Abang bertindak seolah-olah Irah tidak ada di sana! Kalau abang Fuad begitu peduli dengan Laura, kenapa abang tidak kembali saja pada dia! Itu kan yang abang inginkan?”

“Itu tidak benar Irah. Di antara kami sudah tidak ada apa-apa lagi. Abang cuma kasihan pada dia, tidak lebih.”

“Kasihan? Abang kasihan dia tapi tidak kasihan sama Irah!” Nada Zinnirah semakin meninggi. Dia menatap tajam pada Fuad yang tidak dapat berkata apa-apa. Tanpa memandang wajah Fuad, Zinnirah berlalu menuju ke keretanya.

Fuad memukul tiang penyangga restoran dengan kesal. Semuanya berantakan. Pasti Zinnirah akan mengadu pada ayahnya. Lalu si ayah akan menelefon dirinya dan bertanyakan apa yang sedang terjadi. Dia masih beruntung kalau ayah Zinnirah memberikannya kesempatan sekali lagi untuk mendekati puterinya. Fikiran Fuad begitu kalut hingga dia tidak sedar ada seorang lelaki menghampirinya.

“Jalan, Zamil!” kata Zinnirah sambil menahan tangis. Beberapa detik kemudian, Zinnirah baru sedar Zamil tidak bergerak. Zinnirah lalu menyedari ada sesuatu yang tidak kena. “Ada apa?”

Zamil tidak menjawab. Dia hanya mengangkat jari telunjuknya ke arah depan restoran.

Di depan matanya, Zinnirah dapat melihat dengan jelas Fuad sedang bertengkar dengan seorang lelaki. Mereka saling berteriak dan bertolak. Kelihatan mereka sudah bersiap untuk bergaduh.

“Abang Fuad!” spontan Zinnirah berteriak. Seketika itu juga dia lupa bahawa dia baru saja marah pada Fuad.  “Zamil, dia…”

Zamil sebenarnya tidak peduli Fuad berdarah-darah di depan matanya, malah dia tidak peduli kalau pemuda itu mati. Lelaki itu wajar menderita. Tapi tentu saja dia tidak boleh begitu di depan Zinnirah. Zamil berlari keluar dari kereta. Dia dapat mendengar keduanya saling memaki. Hairannya tidak ada orang yang melerai. Semua orang berusaha menjauh pergi atau setidaknya menjaga jarak.

“Kau memang bangsat! Keparat! Sepuluh tahun aku kerja, kau buang aku begitu saja, macam sampah!”

“Memang kamu sampah!”  balas Fuad. Kerja tak cekap! Melarikan wang syarikat! Mencuri stock barang! Apa kata yang lebih bagus menggambarkan kau daripada kata…”

Sebelum Fuad sempat menyelesaikan kata-katanya, sebuah tumbukan melayang ke muka Fuad dan membuat pemuda itu terhuyung-hayang ke belakang dan jatuh.  Zinnirah spontan menjerit dan keluar dari keretanya. Zamil datang dan mencuba menahan serangan kedua lelaki itu, tapi lelaki itu ternyata memiliki ilmu bela diri juga. Ditambah dengan energinya yang meruap kerana amarah membuat Zamil sedikit terhalang.

“Pergi kau!”  teriaknya pada Zamil.  “Ini bukan urusan kau!”

“Oh, aku senang kalau boleh pergi. Tapi kamu berhubungan dengan orang yang salah malam ini. Urusan dia urusanku juga.”

Lelaki itu menggeretak marah. Dia kembali menyerang Zamil. Zamil dengan cepat menangkas, tapi dia tetap kesukaran menjatuhkan lelaki itu.  Dia lebih kuat dari yang Zamil duga. Zinnirah semakin mendekat. Entah siapa yang lebih dia risaukan sekarang. Zamil kelihatan dalam kepayahan sementara Fuad terkapar di sudut makan, berusaha untuk bangkit.

“celaka!” teriak Fuad. “Kenapa tidak ada yang memanggil polisi!”

Sebuah tendangan masuk tepat menghentam perut Zamil dan dengan cepat menjatuhkan Zamil.  Zinnirah berteriak. Di dalam remang-remang cahaya lampu, Zinnirah dapat melihat lelaki itu mengeluarkan sebuah benda berkilauan dari balik jaketnya. Pisau lipat!

Jantung Zinnirah berdetak kencang. Instinctnya segera mencium bau bahaya. Tidak! Dia tidak boleh membiarkan Fuad mati!
Zinnirah berlari sekuat  tenaga. Lelaki itu berbalik dan menatap bakal mangsanya dengan tatapan tajam. Sebelum siapa pun sempat mencegah atau mengelak, pisau itu sudah melayang di udara dan mengjunam tepat ke belakang........

“Iraaahhh…!!!”  sekuat jeritan Fuad memanggil nama gadis yang terkulai lemas dalam pelukannya. Fuad dapat merasakan darah hangat mulai membasahi tangannya yang berada di belakang Zinnirah. Wajah Zinnirah kelihatan sangat pucat dan rasa sakit mulai terpancar dari matanya. Tangan Fuad gementar. Dia tidak percaya Zinnirah boleh bertindak senekad itu.

Zamil tidak kalah terkejutnya. Dia mengerang marah.  Ini tidak mungkin terjadi.  Bagaimana mungkin orang yang seharusnya dia lindungi boleh tercedera?  Dia merasa gagal dalam melakukan tugasnya. Tubuh Zamil bergetar kerana marah dan dia melampiaskannya sekuat tenaga pada lelaki yang menikam Zinnirah. Lelaki yang sedang kebingungan itu terus jatuh pengsan.

“Irah, come on talk to me…tolong, jangan pengsan.”

“Ya, Tuhan…” Zinnirah mendesah perlahan. Dia tersenyum lemah. “Irah tidak menyangka rasanya sakit sekali….”

“Abang tahu…”bisik Fuad. “Seandainya saja abang dapat menarik rasa sakit itu dan memindahkannya kepada abang…”

“Abang…”

“Ya?”

“Itu pertama kalinya abang berkata telus pada Irah…”

Fuad hanya menjawab kata-kata Zinnirah dengan pelukan yang semakin rapat hingga terdengar bunyi ambulan meraung di tengah keheningan malam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2012 07:34 PM | Show all posts
Matahari sudah lama terbit, namun Fuad belum beranjak sedikitpun dari koridor hospital. Rambutnya berantakan, kantong hitam menghiasi matanya yang lelah dan kemeja hitamnya penuh dengan bercak darah. Darah Zinnirah. Di balik dinding yang dia sandari, Zinnirah tengah terbaring.

Fuad tersenyum kecut. Betapa tragisnya sebuah kehidupan. Seorang Fuad yang biasanya selalu memiliki sejuta rancangan yang rapi, hari ini tidak berdaya. Padahal rancangannya dulu sederhana saja. Dia hanya dapat menyaksikan satu persatu rancangannya luluh tanpa terdaya melakukan apa-apa. Betapa mudahnya Tuhan menghancurkan rancangan seseorang. Betapa rapuhnya sebuah rancangan manusia.

Rancangannya, dia tetap menikahi Zinnirah, tapi juga tetap menyimpan Laura.  Dia dulu berfikir Zinnirah akan memiliki perasaan yang sama dengan dirinya. Ingin bernikah kerana perintah orang tua. Siapa yang menduga, perasaan Zinnirah akan sedalam itu? Siapa yang menduga Zinnirah akan rela menyerahkan nyawanya demi dirinya. Demi Tuhan, nyawa seorang bangsat seperti Fuad tidak layak untuk dilindungi. Malah seumur hidup tidak pernah ada yang peduli padanya. Semuanya hanya peduli pada wangnya.

Zinnirah, kenapa kamu harus berbeza dengan gadis lainnya?

Dari hujung koridor, dia dapat melihat sosok Zamil datang mendekat dengan langkah kecepatan yang  penuh. Pemuda itu baru saja selesai menjalani soal siasat polis sama seperti dirinya. Semakin dekat, Fuad  semakin dapat melihat kekesalan terpancar di wajahnya. Lalu, tanpa banyak bersoal jawab Zamil mengerang marah dan sebiji tumbukan tepat ke wajah Fuad.

Fuad nyaris kehilangan keseimbangannya. Hampir saja dia jatuh. Kacamatanya lepas dan pecah saat menghentam lantai. Darah segar mengalir dari hidung Fuad.

“Bangsat kau, Fuad! Sepatutnya kau yang ada di bilik itu! Bukan Zinnirah! Kalau dia mati, kau akan aku cincang!”

Pintu bilik tempat Zinnirah dirawat terbuka. Ibu Zinnirah Datin Arni Clarissa yang mendengar keributan menjerit dan segera mendekati Fuad. Fuad hanya mengusap darah di hidungnya dengan sapu tangan. Tidak seorang pun berani memperlakukan Fuad seperti ini. Kalau dalam situasi normal, Fuad pasti akan membalas. Tidak peduli seberapa tinggi ilmu bela diri yang Zamil miliki. Tapi hari ini, Zamil sama sekali tidak berniat membalas. Jauh di dalam hatinya, dia tahu Zamil benar.

“Zamil!” teriak ibu Zinnirah. “kamu…”

“Tidak apa-apa, makcik.”  cegah Fuad pada Datin Arni Clarissa dari meneruskan kemarahannya pada Zamil.   “Zamil memang benar. Saya yang salah. Saya yang seharusnya tertikam, bukan Zinnirah.”

“Kau masih ada di sini, Fuad? Aku fikir…”  Edri muncul di belakang mereka.   “Pulanglah, Fuad. Keadaan kau lebih berantakan dari gelandangan di jalan.  Irah baik-baik saja tu. Lagi pula sudah ada Zamil sekarang.”

Fuad mengangguk lemah. Dia ingin sekali menjenguk Zinnirah, tapi sekarang sepertinya bukan saat yang tepat.  Tubuhnya lelah sekali.  Akhirnya, Fuad tidak dapat berkata apa-apa kecuali mengikuti nasihat Edri.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2012 11:58 AM | Show all posts
Sedang masukkan entry, teruskan membaca pretty
bintang Post at 24-1-2012 15:14



dah abis pun.. waiting for next chap..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2012 08:57 AM | Show all posts
Adegan demi adegan masa lalu berputar di kepala Zinnirah seperti sebuah DVD yang di fast forward. Pertemuan pertamanya dengan Fuad, pertemuan bersama Laura, harijadi Fuad yang berantakan, usaha penculikannya, makan malam, pisau itu dan tatapan risau Fuad sebelum akhirnya warna hitam menutup ingatannya.

Zinnirah membuka mata dengan cepat. Semuanya terasa seperti baru saja terjadi kelmarin. Dia malah masih dapat mengingat betapa sakitnya saat pisau itu membelah kulitnya.

Tuhan, apa yang telah kulakukan? Aku jadinya tidak boleh berfikir.  Aku hanya bertindak berdasarkan instinct. Dan instinctku mengatakan aku harus melindungi Fuad. Melindungi orang yang tidak pernah peduli padaku.


“Kamu tak apa-apa Irah?”  Zamil segera bangkit dan berdiri di sampingnya dengan pandangan cemas. Entah kenapa Zinnirah berharap di sampingnya ada Fuad.

“Tidak apa-apa.”  Zinnirah tersenyum.  “Lihat, mukamu lusuh amat, Zamil. Tak tidur semalaman, ya.”

“Saya tak boleh tidur nyenyak sehingga saya yakin Irah selamat semuanya.”  kata Zamil serius.

“Zamil…”  Zinnirah baru sedar yang Zamil benar-benar bimbangkannya. Meski  Zinnirah tahu Zamil hanya melakukan pekerjaannya, tetap saja Zinnirah merasa tidak selesa.  Apalagi dia sudah tidak menganggap Zinnirah seorang majikan, melainkan seorang teman.

“Apalagi sudah dua kali saya gagal melindungi Irah.  Saya merasa......”

“Kamu ini cakap apa?”  Zinnirah tertawa. Dia cuba memukul lengan Zamil, tapi tidak upaya kerana  lengannya sendiri masih sakit.  “Serius sangat. Yang salah itu Irah.  Irah yang tidak pernah fikir bila bertindak. Kalau selalu begini, Irah akan buat semua orang bimbang.”

“Saya tidak faham kenapa Irah melindunginya.”  kata Zamil bernada  geram, membuat Zinnirah hairan.  “Orang seperti dia tidak layak kamu lindungi.”

Zinnirah menarik nafas panjang. Dia dapat mengerti kenapa Zamil bersikap seperti itu.

“Sebetulnya  Irah juga tidak tahu kenapa Irah melakukan begitu.  Fuad sudah membuat Irah sedih. Entahlah, mungkin jauh di dalam hati,Irah tidak boleh begitu saja melepaskan dia.”

“Tapi dia tidak sayang kamu, Irah,”  bantah Zamil.   “Dia masih memikirkan Laura.”

“Irah tahu.”

Zamil terdiam sesaat.  Ada sesuatu yang membuat dia enggan meneruskan kata-katanya. Ketika dia membuka suara, kata-katanya hampir  tidak terdengar.

“Dia di sini.”

“Fuad?”

Kenapa nadaku terdengar bersemangat sekali?


“Bukan. Bukan Fuad. Laura. Dia menunggu di luar. Ingin berjumpa Irah. Tapi kalau Irah tak mahu berjumpanya saya boleh menyuruhnya pergi.”


Laura. Dulu dia mengira Laura gadis baik-baik sehingga dia merasa simpati dan sempat berfikir untuk menyerahkan Fuad pada Laura. Tapi setelah melihat kelakuannya di restoran malam itu, Zinnirah tidak tahu lagi bagaimana perasaannya pada Laura. Di satu sisi, dia mulai kesal pada kelakuan Laura, tapi di sisi yang lain dia juga penasaran. Bagaimanapun mereka tidak pernah bercakap mengenai masalah Fuad.

“Suruh dia masuk. Irah ingin tahu apa dia nak.”



                                                                    *****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2012 08:58 AM | Show all posts
dah abis pun.. waiting for next chap..
prettyuglybabe Post at 25-1-2012 11:58



   Mekaseh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2012 08:59 AM | Show all posts
Mimpi buruk itu seperti terulang kembali. Di bawah remang cahaya lampu jalanan, Fuad melihat sebuah benda berkilat tercabut dari pinggang seorang lelaki. Lelaki itu mengerang marah dan berbalik memandangnya. Jantung Fuad semakin berdebar kencang. Dengan posisinya yang masih terjatuh, dia tahu dia takkan dapat menghindar. Dia juga tidak dapat undur ke belakang kerana ada kereta. Nyawanya berada di hujung tanduk. Lalu, hanya dalam beberapa saat, sebelum sempat seseorang melakukan tindakan apa pun, satu bayangan hitam datang melindungi tubuhnya.

“Fuad….kamu tidak apa-apa?” Sambil menahan sakit, dia bertanya.

Darah membasahi tangan Fuad yang memeluk belakangnya. Fuad hampir tidak percaya pada pandangannya.

“Maaa...!!!!Bangun, mama....!!!”   Fuad menggoncang tubuh perempuan yang jatuh pengsan itu. Begitu cepat wajah lelaki yang menikam itu menjadi jelas di bawah sinar lampu.  Fuad tidak akan lupa pada wajah itu.  Itu adalah wajah ayahnya sendiri!


Fuad terjaga dari tidurnya. Nafasnya terungap-cungap.  Dia tidak percaya pada apa yang baru saja dia alami. Bagaimana mungkin semuanya dapat bercampur baur seperti itu? Bagaimana mungkin ibunya yang telah meninggal melindungi dirinya. Seharusnya Zinnirah. Dan, bagaimana mungkin penyerang itu adalah ayahnya? Apa yang sebenarnya tengah terjadi?

Fuad turun dari tempat tidurnya. Dia menyambar segelas air putih yang sudah disediakan di sisi tempat tidurnya dan melangkah menuju jendela. Di antara celah sinar matahari yang menembus kamarnya, Fuad menatap ke luar.

Dia tidak mengerti mengapa mimpi itu boleh datang padanya. Padahal orang tuanya sudah lama pergi. Lebih dari sepuluh tahun yang lalu. Ibunya meninggal kerana sakit sementara ayahnya meninggal kerana kemalangan. Tetapi mengapa semuanya kembali hanya setelah Zinnirah tercedera?

Fuad meneguk isi gelasnya hingga habis, namun rasa hausnya tidak terpuaskan juga. Tiba-tiba saja, semua kenangan yang dia fikir telah dia kubur dalam-dalam kembali ke dalam ingatannya.

Ketika itu usianya baru menginjak sepuluh tahun. Ayahnya sedang mengawasi dengan mata helangnya. Sebuah tongkat berkepala naga berada di tangannya. Berkali-kali dia mengetukkan tongkat itu ke kaki meja, membuat Fuad semakin gugup.

"..... Pengurus memiliki erti yang sangat penting bagi perusahaan. Kerana itu selaku pimpinan, kami melakukan segala upaya.....”

“Suaramu kurang kuat, Fuad,”  Si ayah mengetukkan tongkat lebih kuat. Fuad bertambah gugup. Dia tahu betul apa yang terjadi bila dia tidak boleh menyenangkan hati ayahnya. Tangan dan kaki yang kebas.

“U - upaya untuk membuat pengurus merasa menjadi bahagian dari perusahaan. Salah satu program tersebut.........”

“Kurang jelas Fuad..!!!”  Tongkat itu menghentam meja dan menghasikan suara halilintar dalam bilik luas itu. Fuad tersentak. Mata tajam si ayah menatapnya seperti helang menatap anak ayam.   “Kamu itu adalah pimpinan masa depan syarikat kita. Bagaimana orang akan menghargaimu kalau suaramu halus seperti tikus..!!!??”

“Tapi, pa....”  suara Fuad benar-benar seperti suara tikus.

“Berani kamu menjawab..??!!”  Tongkat itu terayun di udara. Pada saat itu Fuad yakin ayahnya akan terus memukulnya kalaulah pintu tidak terbuka dan mamanya yang masuk untuk menghantarkan teh. Ibunya terus menunjukkan reaksi.

“Abang! Abang sudah berjanji tidak akan memukul Fuad lagi!”

“Kalau dia tidak dipukul, dia tidak akan ingat akan kesalahannya! Kalau dia tidak ingat kesalahannya, dia akan melakukan kesalahan yang sama. Fuad itu bakal menjadi pimpinan…”

“Dia itu anak abang, bukan binatang yang baru mengerti kalau dipukul!”  Dengan marah, ibu Fuad berdiri di depan si ayah.  “Kalau mahu pukul, pukul saja saya!”  lawannya.  “Saya tidak mahu anak saya membesar dengan belajar untuk mengatasi masalah dengan kekerasan!”

“Kamu..!”

Keduanya saling beradu mata. Fuad berdiri di belakang tubuh ibunya dengan gementar. Dia tidak tahu siapa yang lebih kuat. Tidak ada yang berani menentang ayahnya yang terkenal keras dan yang terlihat sempurna itu. Tapi meskipun berjiwa lembut, ibunya dapat berubah menjadi singa bila berkaitan dengan putera kesayangannya.

Terdengar bunyi benda keras menghentam lantai. Fuad dapat melihat tongkat naga itu tergeletak di lantai disusuli dengan bantingan pintu oleh ayahnya.

“Fuad…”   nada ibunya melembut. Dia berbalik dan tersenyum pada putera satu-satunya itu.   “Jangan benci pada papa, ya? Papa memang tegas, tapi sayang pada Fuad. Semua ini demi masa depan Fuad.”

“Bukan demi masa depan perniagaan?” tanya Fuad polos.

Untuk seketika ibu Fuad terkejut. Bagaimana mungkin dia dapat mengelak dari fakta itu. Selama ini suaminya selalu mendidik Fuad untuk selalu memikirkan hal perniagaan, perusahaan meraka. Akhirnya dia hanya memeluk puteranya dan mengelus rambut hitam itu.

“Jangan berkata seperti itu. Fuad sayang mama, kan?”

Fuad mengangguk.

“Janji ya Fuad, turuti semua perintah papa,”   dia menatap mata Fuad dengan pandangan serius.   “Tapi ingat satu hal, Fuad. Fuad boleh mengikuti semua pesan papa. Fuad boleh mengikuti semua nasihatnya, tapi jangan sesekali menjadi seperti papa. Fuad bukan papa dan mama tidak ingin Fuad menjadi seperti papa. Jadilah seorang Fuad yang kamu inginkan. Jadilah dirimu sendiri.”


Fuad beputar empat puluh lima darjah dan menyaksikan bayangannya di depan cermin. Dia baru sedar wajahnya begitu mirip dengan papanya. Wajah yang dahulu begitu dia benci. Fuad begitu benci ketika papanya selalu mengabaikan mama dan dirinya. Dia selalu benci dengan cara papanya memperlakukan orang-orang yang menyayanginya. Dan sekarang dia melakukan hal yang sama pada Zinnirah.


Inikah Fuad yang kamu inginkan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2012 09:25 AM | Show all posts
nak FUAD ngan ZINNIRAH leh x?...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2012 09:36 AM | Show all posts
ya, fuad dgn irah sgt sesuai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2012 09:46 AM | Show all posts
nak FUAD ngan ZINNIRAH leh x?...
shahrinas Post at 26-1-2012 09:25



   Tunggu entrynya... hehee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2012 09:48 AM | Show all posts
ya, fuad dgn irah sgt sesuai...
syanamir Post at 26-1-2012 09:36



   Melihat kufu' tu cam ok la kan... pape pun kita lihat entrynya camne nanti
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2012 10:39 AM | Show all posts
Tunggu entrynya... hehee
bintang Post at 26-1-2012 09:46


xsabar nak tunggu......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2012 06:17 PM | Show all posts
Sebuah ketukan di pintu menarik Fuad dari lamunan.

“Sarapan pagi, Encik Fuad.”

Fuad menarik nafas panjang dan sejenak merapikan rambutnya yang berantakan.

“Bawa masuk.”

Pintu bilik terbuka dan seorang lelaki setengah abad,  berbadan gempal membawa sarapan untuk Fuad. Fuad berjalan menuju pintu balkoni dan membukanya, membiarkan cahaya sinar matahari masuk menerangi biliknya.

Dari halaman balkoni itu, Fuad dapat memandang halaman rumahnya dengan luas sekali.  Entah mengapa dia tiba-tiba teringat betapa dulu mamanya suka mengajak dia berlari-lari sebelum akhirnya terjun ke kolam renang.  Namun kini kolam renang itu tidak pernah disentuhnya.  Rumah luas itu terasa semakin hampa tanpa kehadiran orang tuanya.

“Sarapan sudah siap, Encik Fuad.”

Fuad mengambil tempat duduk dan mulai memotong sandwichnya. Namun sarapan kegemarannya pagi ini terasa hambar di lidah.  Begitu banyak hal yang dia fikirkan. Begitu banyak hal-hal yang dia tidak mengerti.

Seakan dapat mengerti apa difikiran Fuad,  Pak Din pelayan setia itu bertanya sambil menuangkan teh hijau.   “Encik Fuad, saya tidak bermaksud masuk campur, tapi saya hanya ingin tahu…”

“Ingin tahu apa?”

“Itu…bagaimana keadaan Cik Zinnirah, Encik Fuad?”

Fuad menatap Pak Din. Kalaulah Pak Din itu bukanlah pembantu yang sudah mengabdi pada keluarganya sejak kecil, mungkin dia sudah menyuruhnya keluar. Fuad paling benci pada orang yang suka masuk campur hal orang.   “Pak Din juga sudah tahu kejadian itu?”

“Semua orang sudah tahu, Encik Fuad. Di TV ada.”

Sial. Mesti gara-gara Laura ada di tempat itu.

“Dia baik-baik saja. Hanya saya yang belum diizinkan menjenguknya.”

Pak Din  tersenyum lega.  “Semoga Cik Zinnirah cepat sembuh, Encik Fuad. Dia baik sekali.”

“Saya tahu itu.”

“Maksud saya dia benar-benar baik, tidak seperti gadis anak orang kaya lainnya. Saya tidak pernah melihat anak orang kaya seperti  Cik Zinnirah mahu turun ke dapur.  Waktu harijadi Encik Fuad hari itu Cik Zinnirah berkeras mau ikut memasak.  Bukan itu saja, malah turut pergi ke pasar juga.  Kami semua melarang. Tapi kami ini akhirnya menjadi temannya atas sikap ramah baik hatinya. Jangankan memasak, menguli  adunan saja berantakan,”   Pak Din tertawa kecil.   “Dia memperlakukan kami semua seperti teman, tidak memandang kami ini orang kecil.  Berbeza sekali dengan Cik Laura.”

“Kenapa dengan Laura?”

Pak Din lalu menyedari kesalahannya.  Dia baru saja memancing kemarahan tuan besarnya.   “Maaf, Encik Fuad. Sa..saya tahu Encik dulu rapat sekali dengan Cik Laura. Tapi, kami kurang menyukai Cik Laura.  Dia sangat sombong, Encik.  Baru jadi teman wanita Encik Fuad, tapi lagaknya sudah seperti nyonya besar.  Menyuruh dan meneriak orang seperti  berteriak pada anjing. Si Rosli tukang kebun itu, pernah kena tampar hanya kerana baju Cik Laura kena air sedikit. Juga pemandu Encik Fuad….Encik Fuad? Encik tidak apa-apa…..?”

Pak Din terkejut melihat raut wajah Fuad. Fuad yang selalu dingin, tidak peduli pada orang lain, pagi itu terlihat suram. Dia seperti menyesali sesuatu yang amat dalam. Tanpa berkata apa-apa, Fuad berdiri dan masuk ke bilik air. Pelayan tua itu yakin dia mendengar teriakan marah dan bunyi barang yang sengaja dibanting.



                                                                  *****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2012 06:18 PM | Show all posts
xsabar nak tunggu......
merahsilver Post at 26-1-2012 10:39



   Sabar tu ciri-ciri orang beriman
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2012 06:24 PM | Show all posts
Zamil bersandar di dinding kamar dengan perasaan gelisah. Dia benci meninggalkan Laura dan Zinnirah hanya berdua di bilik. Entah apa yang sedang mereka bicarakan. Semakin lama dia mengenal Zinnirah, dia semakin tidak mengenal dirinya sendiri.

Kenapa kau, Zamil? Seharusnya ini tidak lebih dari sebuah pekerjaan biasa. Sudah banyak anak-anak orang kaya yang  kau kawal. Tapi kenapa harus perasaanmu mulai bermain ketika bersama Zinnirah?



Zamil tahu benar jawapannya. Kerana hanya Zinnirah yang sering baik dan tersenyum ramah padanya. Hanya Zinnirah yang baik padanya dan memperlakukan dia sebagai kawan, bukan seorang pengawal. Zinnirah tidak pernah menuntut apa-apa padanya. Tidak pernah menyalahkannya meski dia selalu salah. Itu yang membuat dirinya semakin ingin melindungi Zinnirah dan semakin membenci Fuad.

Fuad….kenapa gadis baik-baik seperti Zinnirah boleh menyukai lelaki seperti Fuad. Apalah yang bagus dari dia? Perusahaannya sedang bermasalah dan sikapnya membingungkan, kadang-kadang baik tapi lebih banyak mengabaikan Zinnirah. Wajahnya? Biasa saja pada perkiraan Zamil. Sungguh, Zamil tak boleh memahami.

Pintu bilik Zinnirah terbuka dan Zamil boleh melihat Laura berjalan keluar. Walaupun ada bekas air mata di pipinya, Zamil dapat melihat sekilas ada senyum yang tersembunyi di sana. Dan Zamil tidak menyukai senyuman itu. Bergegas dia masuk menemui Zinnirah.
Di atas katil pesakit,  Zinnirah sedang menelefon ayahnya. Wajahnya menunduk, hingga Zamil tidak dapat mengamati ekspresi Zinnirah. Tapi dari nada suaranya, Zamil dapat tahu, Zinnirah sedang sedih.

“Ya, ayah. Irah serius. Irah sudah berfikir masak-masak. Ayah tak keberatan, kan? Please… ini demi kebaikan semua orang….tapi Irah tak dapat bahagia kalau berterusan begini. Terima kasih, ayah. Terima kasih.”

Telefon ditutup. Tapi untuk beberapa saat Zinnirah tetap menunduk. Dia seperti mengumpulkan sekuat tenaga untuk menekan kesedihannya. Dia tidak mahu kelihatan sedih di depan Zamil. Akhirnya dia mengangkat kepalanya. Betapa pun dia berusaha, dia tidak berhasil menutupi perasaannya. Rambutnya berantakan dan matanya sembab. Apa pun yang telah Laura katakan, dia telah berhasil menghancurkan hati Zinnirah.

“Irah…apa yang Laura katakan?”

Zinnirah menggeleng. Dia cuba tersenyum, namun terasa getir.

“Tolong panggilkan doktor. Irah ingin cakap pada doktor. Irah mau keluar dari sini.”

Zamil tersentak dengan kata-kata Zinnirah. “Tapi Irah belum sembuh benar.”

“Tolonglah, Zamil.” Gadis itu mulai menghiba. “Irah tidak tahan lagi di sini. Ayah sudah setuju. Semuanya..semuanya sudah berakhir, Zamil.”

“Apa yang berakhir? Laura tadi cakap apa, Irah?”  desak Zamil.

“Zamil, sepatutnya Irah boleh melihat semuanya dari awal. Tapi Irah buta. Irah terlalu bersemangat untuk membuat Fuad suka pada Irah. Irah tidak tahu hubungan Fuad dengan Laura sudah begitu dalam. Kamu tahu?”   Zinnnirah menatap Zamil sehingga air matanya terlihat dengan jelas.   “Laura adalah gadis pertama yang disukai Fuad. Laura juga yang bersama Fuad ketika Fuad ditinggal ayahnya. Tapi demi menyelamatkan perusahaannya, Fuad rela melepaskan Laura.  Kata Laura, sejak kecil Fuad tidak pernah bahagia. Sejak ibunya meninggal, ayahnya semakin tidak peduli padanya. Hanya menyuruh Fuad terus belajar dan belajar. Satu-satunya kebahagian Fuad hanya Laura. Kata Laura dia tidak boleh hidup tanpa Fuad. Bahkan lebih baik dia mati kalau tidak bersama Fuad. Irah…bagaimana mungkin Irah tega...”


Zamil sungguh tidak tahu harus berbuat apa. Di satu sisi dia seharusnya merasa senang melihat keinginan Zinnirah untuk berhenti menyukai Fuad. Kerana bila itu yang terjadi, Zamil jadi memiliki kesempatan. Tapi di sisi yang lain, betapa menyakitkannya melihat Zinnirah menangis dan terluka seperti itu. Sudah terlalu sering dia melihat gadis itu terluka. Akhirnya, Zamil hanya mendekati Zinnirah dan menatap mata Zinnirah dalam.


“Kamu mau melepaskan Fuad?”

Zinnirah mengangguk cepat.

“Tapi Irah, Irah sudah berkorban terlalu banyak demi dia. Irah rela berjumpa dan berbual dengan Laura agar dapat mengenal siapa Laura. Irah menyiapkan makan malam demi Fuad padahal Irah tidak reti masak pun. Irah memberinya hadiah warisan keluarga. Irah hampir diculik disebabkan dia. Kamu malah… turut ditikam demi Fuad. Dan sekarang, Irah mau melepaskan dia?”


Kata-kata Zamil membuat Zinnirah tersengat sesaat. Zamil sedikit menyesali kata-katanya. Apa yang baru saja dia katakan? Bagaimana kalau Zinnirah menarik kembali keputusannya? Tapi dia sungguh tidak tahan melihat Zinnirah bersedih seperti itu. Dia akan melakukan apa saja untuk melihat Zinnirah tertawa dan bersemangat. Meski itu berertinya membuat perasaannya sendiri perih.
Zinnirah tersenyum, getir.

“Ternyata sudah banyak ya yang Irah lakukan demi dia. Zamil, buat apa Irah bersama dengan dia kalau dia tidak bahagia?” Dia berbisiknya perlahan dan hampir tak terdengar, seakan berat untuk mengatakannya. “Zamil, kamu tahu kan Irah akan melakukan segalanya demi dia. Juga bila Irah harus melepaskan supaya dia bahagia, Irah akan melakukannya.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2012 06:31 PM | Show all posts
Fuad Iskandar mulai kehilangan kesabarannya. Dia tahu Zinnirah sudah lama sedar tapi kenapa rasanya sukar sekali menemui  Zinnirah. Setiap kali dia ingin menjenguk, selalu saja ada alasan yang diberikan agar dia tidak dapat masuk. Satu-satunya orang yang boleh dia temui adalah Zamil dan pemuda itu selalu berdiri di depan pintu bilik dengan wajah yang garang. Berkeras dengan Zamil seperti bertengkar dengan dinding. Apa pun yang dia katakan tidak ada gunanya. Zamil tetap tidak mengizinkan Fuad masuk.

Pagi ini, Fuad bertekad untuk menemui Zinnirah apa pun yang akan Zamil lakukan. Jika dia terpaksa menyamar sebagai doktor untuk menemui Zinnirah, dia akan melakukannya. Zinnirah harus tahu bahawa dia merasa menyesal telah menyakiti hatinya.

Tapi di depan bilik Zinnirah, Fuad telah menemukan Laura.

“I tahu hari ini you pasti datang.” Gadis itu tersenyum lembut tanpa mempedulikan kehairanan Fuad.  “Biarpun I harus menunggu dua jam dan membatalkan promosi album…”

Fuad tidak mempedulikan kata-kata Laura. Dia berlalu dan cuba masuk ke dalam bilik Zinnirah. Fuad terkejut mendapati bilik itu tidak terkunci. Dia lebih terkejut lagi ketika sedar Zinnnirah sudah tidak ada di situ.

“Dia sudah pergi, Fuad.  Ibubapanya tidak berpuashati dengan rawatan di sini dan mereka ingin membawa Zinnirah ke… Fuad, you mau ke mana?”

“Mencari Zinnirah!”

“Buat apa?” Laura terkejut mendengar jawapan Fuad. Bukankah seharusnya Fuad senang Zinnirah sudah pergi? Dia menahan lengan Fuad. “Dia sudah pergi. Katanya, dia tidak akan mengganggu hubungan kita lagi.”

Kata-kata Laura membuat Fuad berhenti. Dia berpusing dan menatap Laura dengan tajam. Untuk seketika Laura merasa takut dengan tatapan itu. Fuad tidak pernah memandangnya seperti itu. Dia melepaskan genggamannya pada lengan Fuad.

“Apa yang you katakan pada Zinnirah.”  tanya Fuad datar.

“I… I hanya mengatakan yang sebetulnya. Bahawa… yang kita masih saling mencintainya dan kalaulah Zinnirah tidak ada, kita pasti sudah bernikah.”

Dahi Fuad berkerut.

“Zinnirah sudah tahu hal itu. Dia mendengar rakaman suara you waktu di harijadi I. Tidak mungkin kalau cuma soal itu dia pergi begitu saja.”  Fuad menekan lengan Laura hingga gadis itu menjerit kesakitan.  “Apalagi yang kamu katakan pada Zinnirah?”

“Ti-tidak adaaa…. Fu..Fuaadd! Hentikan! Sakit..!”

“You bohong, Laura! I tahu you! You akan melakukan apa saja agar keinginan you terpenuhi.”

“I hanya cakap yang betul, Fuad!”  Laura mulai menangis.  “Bahawa I tidak boleh hidup tanpa you. I.. I lebih baik mati di depannya bila harus hidup tanpa you, Fuad.”

“You mengancam mau bunuh diri?”  Fuad tersentak. Dia sama sekali tidak menduga Laura  akan melakukan hal segila itu.  “Gila.  Laura! Dia tu hampir mati disebabkan I..! Kenapa you makin menambah beban?  You masih tak puas melihat dia hampir diculik atau hampir meninggal?”

“Jangan bercakap seperti itu. Bukan I yang menikam dia, Fuad! Dan ya… I memang berharap dia mati! I tidak dapat hidup tanpa you, Fuad.” Kata-kata Laura terhenti. Fuad meledakkan penumbuknya. Laura menjerit. Pukulan itu menghentam dinding di belakangnya. Hanya lima sentimeter  dari wajahnya.

“Tidak boleh hidup tanpa I atau tidak hidup tanpa wang I, Laura?”

“Fuad, bagaimana mungkin you boleh berkata  seperti itu. You tahu I selalu ambil berat pasal you. I yang menemani you ketika you kehilangan orang. Bahkan sekarang saat you mengalami kesulitan kewangan.”

“Atau mungkin you tetap di sini kerana kamu belum menemukan yang lebih baik dari I?”

Laura ternganga mendengarkan ucapan Fuad.

“Tell me, Laura. Kalau you menjadi Zinnirah, maukah you secara spontan melindungi I dari pisau malam itu?”

Laura tak dapat berkata apa-apa. Sebelum sempat dia menjawab, Fuad tersenyum simpul dan berkata,   “I tahu you takkan sanggup seperti Zinnirah. Itulah bezanya you dengan Zinnirah. Laura, you baik dan cantik, tapi sebenarnya semua kebaikan you itu you tujukan untuk diri you sendiri. Sedangkan Zinnirah… Zinnirah tidak perlu menunjukkan kecantikannya kerana kebaikannya dia berikan pada setiap orang. Dan I tidak pernah menduga, sebenarnya begitu mudah untuk menyukai Zinnirah, seandainya saja I mahu membuka mata.”

Laura semakin panik. Bagaimana mungkin Fuad boleh mulai menyukai Zinnirah?

“Tapi Fuad, bagaimana dengan kita? Bagaimana dengan I?”

“Hubungan kita sudah berakhir, Laura. You tahu itu. I memang sempat berfikir untuk terus bersama you meskipun I bersama Zinnirah. Tapi sekarang…sekarang tidak lagi. I bahkan tidak tahu kenapa dulu I boleh sukakan you.”

Wajah Laura semakin memucat. Fuad segera berlalu dengan wajah kusut. Sekarang dia tidak tahu lagi apa yang harus dilakukan untuk menyelamatkan hubungannya dengan Zinnirah. Laura sudah menghancurkannya dengan sangat sempurna.

“Fuaaddd..!”  Laura berlari mengejar Fuad   “Jangan marah....  I melakukan ini hanya kerana I terlalu mencintai you….”

Fuad tidak mempedulikan kata-kata Laura.

“Apa seumur hidup you,  mau begini, Fuad?!”  Akhirnya Laura berteriak. Fuad merasa kesal. Laura sudah tidak peduli seisi hospital mendengar perkataan mereka. Dia juga tidak peduli kalau ada wartawan yang merakam perbualan mereka.   “Mengorbankan diri demi perusahaan? Dulu waktu semua kanak-kanak sibuk bermain, you sudah sibuk belajar bissnes. Saat semua remaja sibuk pacaran, you pulak jadi pegawai siang malam di pejabat. Sekarang you mahu bernikah dengan Zinnirah demi perusahaan? Esok apa, Fuad? Kepala you? Harga diri you?”

Kesabaran Fuad yang nipis semakin bertambah nipis. Kalau saja Laura bukan perempuan, mungkin sudah sedari tadi, dia menamparnya.  “Laura, you tidak tahu apa-apa.”

“Tapi semua tu benar, bukan?”  Laura menggunakan taktik lain untuk meluluhkan hati Fuad, menangis.  “Kalau orang tua Zinnirah tidak kaya, adakah you mahu bernikah dengan perempuan jelek itu?  Ini semua masalah wang kan, Fuad?”

Fuad tidak menjawab. Pemuda itu hanya mengangkat tangan, seakan mengucapkan selamat tinggal, dan dia tidak menoleh walau sesaat pun pada gadis yang dulu pernah singgah di hatinya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 08:44 AM | Show all posts
memoga IRA tabah...
still nak IRA ngan FUAD...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2012 11:41 PM | Show all posts
..........Bersambung.......





“Mama tidak faham kenapa Irah harus pergi,”  kata ibu Irah memperhatikan puterinya berdiri di depan meja solek dan membereskan peralatan make upnya sementara dua pembantu sibuk mengemasi pakaian Zinnirah dalam beg.

“Mama, kan Irah sudah cakap, Irah cuma mau menyembuhkan luka.”

“Luka yang mana?”  ledak si ibu.  “Luka di belakangmu ini?.”  Dia terus menepuk bahu anaknya dan membuat Zinnirah menjerit kesal.

“Mamaaaaa…!!!”

“Itu hukumanmu kerana kamu sudah membuat keputusan bodoh!  Huh, mengada mau ke Afrika! Suka hati saja! Dengan luka belakangmu itu belum sampai ke rumah pakcikmu,  kamu sudah dimakan singa.”

“Mama, di sana tidak ada singa. Lagi pula Irah tak jadi ke sana.”

“Harimau, singa, cheetah apa bezanya?”  gerutu ibunya.  “Habis tu bagaimana dengan Fuad?”

“Mahu bagaimana lagi?”    Ah, mamanya mengingatkannya kembali pada luka hatinya.  “Irah tidak mungkin lagi bersama dengan dia, kan? Apalagi setelah Laura menceritakan semuanya. Mungkin Irah yang kejam kalau tetap mempertahankan Fuad sementara hati Fuad masih bersama Laura.”

“Bodoh. Kamu memang bodoh, Irah. Kamu beruntung ayahmu setuju. Kalau mama yang memutuskan, mama tidak akan setuju. Sesuka hati saja. Ini bukan tentang kalian saja, tahu. Ini juga tentang perusahaan dan hubungan keluarga yang sudah lama terjalin. Kamu fikir ini masalah mudah ke?”

“Irah tahu, mama.”   Mata Zinnirah memandang lurus ke luar biliknya.   “Irah memang bodoh telah mencintainya hingga akhirnya Irah sendiri yang terluka. Kerana itu mama, Irah harus keluar sebelum Irah melakukan kebodohan lagi.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2012 11:45 PM | Show all posts
Di keretanya, Fuad sibuk memetik-metik butang henfonnya. Dia tahu satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah ini hanyalah dengan menjelaskan semuanya pada Zinnirah. Dengan kerosakan yang telah berlaku ini, Fuad hanya dapat berharap Zinnirah masih punya sedikit hati untuk memaafkannya. Tapi untuk itu, dia harus berdepan dengan Zinnirah terlebih dahulu.

Masalahnya tidak semudah itu menemukan Zinnirah henfon gadis itu tidak diangkat, Edri pula tidak dapat dihubungi, bahkan pembantu keluarga Gold yang menerima telefon juga bungkam, tidak mau mengatakan di mana Zinnirah berada. Hebat, hanya beberapa detik saja, seolah seluruh keluarga Gold terasa sudah memusuhinya.

Dengan kesal, Fuad membanting henfonnya ke atas kusyen kereta yang tengah melaju. Dia menarik nafas panjang-panjang.

Tenang, Fuad. Tenang. Berfikir dengan jernih. Pasti ada seseorang di dunia ini yang tahu Zinnirah ada di mana.








Di dalam kereta yang membawanya keluar dari villa keluarga Gold, Zinnirah merasa tidak tenang. dia tahu, dia seharusnya tidak memikirkannya, tapi fikiran tentang Fuad terus saja datang. Mungkin dia harus membereskan masalah ini sebelum ia pergi.

“Zamil…”

“Ya?”

“Mana yang lebih dekat dari sini, pejabat Fuad atau rumahnya?”

“Apa?”  Zamil seakan tidak percaya dengan pendengarannya. Dia berfikir Zinnirah tak ingin lagi ada apa-apa hubungan dengan Fuad.   “Tentu saja pejabat Fuad. Kenapa?”

Zinnirah melirik jam tangannya. Pukul 12.00 tengahari. Kalau jangkaannya betul, Fuad pasti makan tengahari di luar.

“Kita singgah ke pejabat Fuad sebentar, ya. Ada yang perlu Irah lakukan.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2012 11:47 PM | Show all posts
Fuad terbangun dari angannya ketika tiba-tiba henfonnya berdering. Fuad sangat  berharap panggilan  itu dari Zinnirah. Dia tidak peduli apa yang akan dikatakan Zinnirah padanya.  Andai saja Zinnirah memakinya, menuduhnya sebagai penipu atau apa pun, Fuad akan menerimanya. Dia tahu dia salah. Yang penting dia punya kesempatan untuk berbicara dengan Zinnirah. Dengan demikian dia boleh memujuk gadis itu.

Namun telefon itu datang dari sekretarinya.

“Ada apa?”  tanya Fuad kesal.  “Kalau ada masalah pejabat, lebih baik tunda saja. Hari ini aku ada urusan yang lebih besar.”

“Encik Fuad, di bawah ada seorang gadis dan pemuda yang datang hendak mengirimkan barang. Katanya penting. Mereka tidak mau Encik Fuad tahu tapi saya tahu saya harus memberitahu pada Encik Fuad.”

Khabar dari gadis sekretarinya itu membuat Fuad terlonjak.

“Bagaimana orangnya?”

“Dia gadis yang datang sewaktu harijadi Encik Fuad tempoh hari….”

Zinnirah!


“Tahan dia di sana! Jangan beri diapergi! Kamu dengar, itu? Lakukan apa saja supaya dia tetap tinggal di sana sampai saya datang!”

“Tapi, Encik Fuad…!”


Fuad menutup henfonnya dan memberikan arahan kepada pemandunya,  “Ke pejabat, cepat! Mesti sampai dalam waktu sepuluh minit,  atau kamu, aku pecat!”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2012 11:50 PM | Show all posts
Sekali lagi, Zinnirah melangkah masuk ke dalam ruang pejabat Fuad. Masih segar dalam ingatan Fuad saat melihat Fuad tertidur di kerusinya.

Tuhan, betapa mudahnya perasaan cinta dan sakit hati berbaur menjadi satu.

Tidak, Zinnirah, jangan diingat lagi masa-masa itu. Kamu kemari bukan untuk bernostalgia. Cepat selesaikan terus pergi dari tempat ini sebelum Fuad datang. Kalau Fuad datang semuanya akan kacau. Kamu tidak akan kuat mengucapkan selama tinggal padanya.




“Cik, boleh minta kertas?”  tanya Zinnirah pada sekretari Fuad yang berada di depan pintu.

“Tentu. Tunggu sebentar, ya.” Katanya sambil menutup pintu. Tapi sebelum pintu tertutup, Zamil sudah bersedia menahannya. Zamil sudah mendengar bagaimana sekretari Fuad itu berbincang di telefon. Kalau dugaannya benar, dia pasti menelefon Fuad dan menerima perintah untuk menahan Zinnirah.

Zamil tersenyum nipis.    “Tidak perlu ditutup. Kami tidak akan lama-lama, cik.”






Fuad menarik nafas tegang.

Sepuluh minit lagi, Zinnirah. Tolong, jangan pergi. Jangan pergi sebelum aku sempat menceritakan yang sebenarnya. Tolong jangan pergi sebelum aku sempat menjelaskan semua kesalahfahaman ini.




Fuad menghentakkan kakinya dengan tidak sabar. Berkali-kali dia membetulkan letak kacamatanya dan menatap keluar dengan cemas. Perjalanan sepuluh minit terasa seperti perjalanan sepuluh tahun. Bahkan rasanya dia ingin meloncat keluar sebelum sempat keretanya berhenti tepat di depan bangunan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.080334 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list