CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1033|Reply: 0

Iko si jambul kuning

[Copy link]
Post time 15-5-2025 10:20 PM | Show all posts |Read mode


COCKATIEL adalah salah satu daripada spesies burung kakak tua terkecil yang memiliki saiz antara 30 hingga 33 sentimeter (cm).


Kecantikan fizikal burung berkenaan yang memiliki jambul berwarna kuning dan tompok berwarna oren atau merah di pipi menjadikannya antara pilihan bagi peminat burung untuk dijadikan haiwan peliharaan.


Fakta menarik mengenai cockatiel adalah burung ini menggunakan jambul yang dimiliki untuk berkomunikasi dan menunjukkan reaksi atau perasaannya.


Burung ini juga memiliki karakter sifat ingin tahu yang tinggi, bijak, manja, pandai menyanyi dan bersiul.


Tertarik dengan keunikan cockatiel mendorong Mohd Afezal Mohd Suleiman, 41, menjadikan burung ini sebagai haiwan peliharaan di rumahnya di Tampin, Negeri Sembilan sejak setahun lalu.


Mohd Afezal berkata, cockatiel yang dinamakan sebagai Iko itu dibeli pada tahun lalu di sebuah kedai haiwan kerana tertarik dengan keunikannya.


"Saya memilih burung ini sebagai haiwan peliharaan kerana kagum dengan kelebihannya yang bijak dan memiliki kemampuan terbang bebas di luar.


"Selain itu, saya tertarik dengan ciri-ciri fizikalnya yang menarik dan kebolehannya bersiul serta menyanyi," katanya.


Menarik berkenaan Iko, burung ini dibiarkan terbang bebas di luar rumah setiap hari selama beberapa jam sebelum ia pulang ke rumah selepas namanya dipanggil.


Bukan itu sahaja, Iko juga memiliki kebolehan bersiul dan menyanyi beberapa lagu termasuk 'cookie cookie', 'if you happy and you know it clap your hand' dan 'september by earth' yang diajar Mohd Afezal dan mendengar sendiri daripada YouTube.




Mengulas berkenaan kelebihan Iko itu, Mohd Afezal berkata, proses menjinak dilakukan sejak burung itu masih menjadi anak suap.


"Sejak Iko masih kecil, saya sudah menyuap makanan kepadanya dengan menggunakan picagari. Pada masa sama, saya sentiasa memanggil namanya supaya ia kenal namanya sendiri.


"Saya juga kerap memanggil Iko supaya terbang datang kepada saya sebagai latihan. Apabila Iko datang, saya memujinya dengan nada suara lembut dan memberinya makanan sebagai upah. Lama-kelamaan Iko menjadi jinak," katanya.


Berkongsi rutin harian Iko, kebiasaanya pada sebelah pagi, burung itu bermain dalam rumah dan bersosial bersama ahli keluarga Mohd Afezal.


"Pada tengah hari Iko tidur selama sejam dalam sangkar. Pada sebelah petang, Iko gemar terbang dan bermain di luar selama dua hingga tiga jam.


"Untuk memanggil Iko pulang, saya hanya perlu bersiul dan memanggil namanya sebelum ia terbang dan masuk dalam rumah," katanya.


Katanya, burung spesies ini boleh dikategorikan antara yang agak kuat makan dan mula 'membebel' sekiranya lapar.


"Pada sebelah pagi saya bersihkan sangkar dan memberi Iko makan sayur atau buah-buahan dan pada tengah hari, Iko diberi makan bijirin.




"Untuk sebelah petang ia makan sayur, buah, roti atau nasi. Sebelum Iko tidur, saya beri sekali lagi bijirin," katanya.


Tambahnya, penjagaan Iko sangat mudah, namun ada beberapa aspek yang perlu dititikberatkan.


"Saiz sangkar perlu sesuai dan sentiasa dibersihkan untuk keselesaan burung. Pada masa sama, bekas makanan dan minuman hendaklah dicuci sekurang-kurang sekali sehari," katanya.


Mohd Afezal turut menasihatkan kepada sesiapa yang ingin menjadikan cockatiel sebagai haiwan peliharaan supaya membuat kajian berkenaan karakter dan keperluan burung berkenaan terlebih dahulu.


"Burung yang memiliki jangka hayat antara 20 hingga 25 tahun ini memerlukan komitmen pemiliknya untuk terus konsisten dalam satu tempoh lama bagi memastikan segala keperluannya dipenuhi.


"Antaranya, pemilik perlu sentiasa meluangkan masa bermain dengan burung ini kerana ia sentiasa memerlukan masa untuk bersosial dan perhatian.


"Burung ini juga tidak boleh dikurung sepanjang masa dalam sangkar kerana tindakan itu boleh mengakibatkannya tertekan dan murung. Seekor burung diciptakan untuk terbang bebas dan tidak ada sangkar yang cukup besar melainkan melepaskan ia terbang bebas di luar," katanya. - HARIAN METRO




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hobi & Koleksi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2026 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.371401 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list