CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1106|Reply: 9

[Dunia] Bangunan runtuh akibat gempa di Thailand, 17 individu dikenakan waran tangkap

[Copy link]
Post time 16-5-2025 03:18 PM | Show all posts |Read mode




BANGKOK: Sebanyak 17 waran tangkap dikeluarkan oleh sebuah mahkamah di Thailand terhadap individu yang terlibat dalam pembinaan sebuah pencakar langit yang runtuh akibat gempa bumi pada Mac lalu.


Menara setinggi 30 tingkat yang sedang dibina untuk menempatkan Pejabat Audit Negara itu runtuh ketika gegaran akibat gempa bumi bermagnitud 7.7 melanda Myanmar dan turut dirasai di Bangkok.


Pihak berkuasa memaklumkan sebanyak 89 mayat ditemui di tapak runtuhan manakala tujuh individu masih belum dapat dikesan.


Menurut laporan media tempatan, siasatan polis mendapati waran tangkap itu melibatkan mereka yang terlibat dalam reka bentuk, pembinaan dan penyeliaan projek bangunan berkenaan.


Polis hanya mendedahkan satu nama setakat ini iaitu ahli perniagaan Premchai Karnasuta, bekas presiden syarikat pembinaan gergasi Thailand, Italian-Thai Development PLC.


Media Thailand pada Khamis melaporkan siasatan awal mendapati terdapat kecacatan struktur pada ruang lif bangunan tersebut. Bagaimanapun, pihak berkuasa masih belum mengumumkan laporan penuh punca runtuhan tersebut.


Rakaman video menunjukkan bangunan tinggi di sekitar Bangkok bergoyang manakala air dari kolam di bumbung bangunan mencurah ke jalan akibat gegaran kuat tersebut.


Sebahagian besar bangunan di ibu negara Thailand tidak mengalami kerosakan besar kecuali menara Pejabat Audit Negara, sebuah bangunan kaca dan keluli biru yang terletak berhadapan salah satu tarikan pelancongan utama, Pasar Chatuchak.


Bangunan itu dibina selama tiga tahun dengan kos melebihi dua bilion baht Thailand (RM8 juta), namun akhirnya musnah menjadi runtuhan.


Lebih 400 pekerja berada di tapak semasa kejadian berlaku. Operasi menyelamat melibatkan penggunaan dron, anjing pengesan, kren dan jentera pengorek bagi mencari mangsa.. - UTUSAN



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2025 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Civil and Structural team sudaa pasti. Hat yang standing supervision pun pastiiii.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2025 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram bikin bangunan sign2
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2025 03:35 PM | Show all posts
Betul ke cost RM8 juta je untuk 30 tingkat bangunan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2025 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik berlakunya gempa tu sissy. Can you imagine takde gempa then bangunan siap lepas tu kau tengah sibuk2 buat audit sekian2 tau2 dah jadi lempeng jah sissy?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Takda kualitas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2025 10:44 AM | Show all posts
gadis_tulip replied at 16-5-2025 03:35 PM
Betul ke cost RM8 juta je untuk 30 tingkat bangunan?

Ni petikan dari Malaysia Gazette:

Ia telah dalam pembinaan selama tiga tahun dengan kos lebih dua bilion baht Thailand (RM251.852 juta) sebelum ia runtuh.



Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 10:45 AM | Show all posts
Tatau acaner wartawan Utusan kira RM8juta.
Dads wai penting ada degree Mass Comm.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2025 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp bangunan ni masih dlm pembinaan kan? Mesti la belum perfect dan safe..ke iols silap?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 01:12 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 17-5-2025 10:44 AM
Ni petikan dari Malaysia Gazette:

RM250 juta nie logik sikit untuk 30 tingkat bangunan. Hehe, Thanks for updated the new figure.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2025 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.057199 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list