CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 395|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Andrew puji kesungguhan Sivasangari di Chicago

[Copy link]
Post time 16-5-2025 09:57 PM | Show all posts |Read mode
Andrew puji kesungguhan Sivasangari di Chicago

Nur Athirah Johar[email protected]





AKSI Olivia ketika menentang Sivasangari. FOTO PSA Squash Tour




Kuala Lumpur: "Saya menjangkakan dia akan bermain dengan lebih baik," kata Pengarah Kejurulatihan Skuasy Raket Malaysia (SRAM), Andrew Cross susulan kekalahan pemain wanita negara, S Sivasangari di peringkat suku akhir kejohanan skuasy profesional di Chicago, awal pagi hari ini.

Sivasangari terpaksa akur dengan kehebatan pemain tuan rumah, Olivia Weaver yang juga pilihan keempat kejohanan, apabila tewas 1-3 dalam aksi selama 41 minit di gelanggang Lakeshore Sport & Fitness menerusi mata 3-11, 11-8, 4-11, 5-11.

Andrew mengakui kurang berpuas hati dengan prestasi anak didiknya berbanding persembahan cemerlang ketika menewaskan Amanda Sobhy sebelum ini.

"Dia kelihatan lebih mantap dalam perlawanan terdahulu. Namun, dalam aksi kali ini, prestasinya tidak setanding dan agak menurun.

"Walaupun tewas, saya tetap merasakan dia sudah memberikan segala-galanya dalam perlawanan ini," katanya ketika dihubungi

Menurut Andrew lagi, Olivia yang kini menghuni ranking keempat dunia berjaya memanfaatkan kelebihan di laman sendiri, namun tetap memuji semangat juang ditampilkan Sivasangari sepanjang perlawanan.

"Kedua-dua pemain ada kekuatan tersendiri. Tahniah kepada mereka kerana telah mempamerkan aksi berkualiti," tambahnya.

Dengan kekalahan itu, Malaysia kini tidak lagi mempunyai wakil dalam kejohanan tersebut selepas pemain lelaki, Ng Eain Yow turut tersingkir pada pusingan ketiga, 13 Mei lalu.

Olivia dijadualkan berdepan cabaran getir di separuh akhir menentang juara dunia tujuh kali dari Mesir, Nour El Sherbini.

Sementara itu, Andrew tetap optimis terhadap potensi besar dimiliki Sivasangari dan berharap anak buahnya itu dapat bangkit dalam kejohanan akan datang serta mengekalkan rentak konsisten.



Disiarkan pada: Mei 16, 2025 @ 9:30pm

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2025/05/1219336/andrew-puji-kesungguhan-sivasangari-di-chicago




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.058672 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list