CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 216|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Malaysia ke separuh akhir regu berpasukan

[Copy link]
Post time 17-5-2025 12:48 AM | Show all posts |Read mode
Malaysia ke separuh akhir regu berpasukan

Oleh BERNAMA - Mei 16, 2025 @ 11:00pm




Aksi tekong Malaysia, Mohammad Syahir Mohd Rosdi ketika menentang Jepun pada peringkat kumpulan regu berpasukan di Stadium Titiwangsa, hari ini. - BERNAMA



KUALA LUMPUR: Malaysia mengesahkan slot ke separuh akhir acara regu berpasukan di Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025, selepas meraih kemenangan kedua dalam kumpulan B selepas menumpaskan Jepun 3-0 di Stadium Titiwangsa, di sini hari ini.

Regu pertama negara yang dibarisi trio Amirul Zazwan Amir (pengumpan), Muhammad Syahir Rosdi (tekong) dan Mohamad Azlan Alias (perejam) menyumbang mata pertama negara selepas menang 15-11, 15-7.

Momentum itu kemudiannya diteruskan regu kedua negara, Farhan Adam (pengumpan), Muhammad Haziq Hairul Nizam (tekong) dan Muhammad Noraizat Nordin (perejam), apabila menang 15-8, 15-9 untuk mata kedua negara.

Regu ketiga negara Aidil Aiman Azwawi (pengumpan), Muhammad Zulkifli Abd Razak (tekong) dan Muhammad Afifuddin Mohd Razali (perejam), memastikan kemenangan 3-0 berpihak kepada Malaysia selepas menang 15-8, 15-8.

Mengulas berkenaan perlawanan itu, ketua jurulatih pasukan sepak takraw negara Ahmad Jais Baharun mengakui, ketiga-tiga regu negara yang diturunkan pada malam ini masih belum mencapai tahap terbaik.

"Kita harap untuk perlawanan akhir esok menentang Korea Selatan, pemain yang diturunkan dapat memperkemaskan lagi jentera pertahanan dan serangan mereka supaya dapat menampilkan aksi yang lebih baik," katanya.

Terdahulu Malaysia berjaya meraih kemenangan pertama Kumpulan B selepas menewaskan Brunei 3-0 pada aksi yang berlangsung di sebelah pagi.

Malaysia akan turun pada esok petang menentang Korea Selatan bagi aksi terakhir peringkat kumpulan, untuk penentuan juara dan naib juara Kumpulan B.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2025/05/1396888/malaysia-ke-separuh-akhir-regu-berpasukan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.034618 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list