CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 324|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Aaron-Wooi Yik tempah slot final Terbuka Thailand

[Copy link]
Post time 17-5-2025 03:33 PM | Show all posts |Read mode
Aaron-Wooi Yik tempah slot final Terbuka Thailand

Oleh Khairil S Iswan - Mei 17, 2025 @ 2:51pm




Beregu lelaki negara, Aaron Chia (kiri) dan Soh Wooi Yik. Foto fail AFP



KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan aksi cemerlang apabila menempah tiket ke perlawanan akhir kejohanan badminton Terbuka Thailand di Bangkok, hari ini.

Pasangan ranking kelima dunia itu menewaskan wakil tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh-Kittinupong Kedren dengan kemenangan straight set 21-17, 21-13 dalam tempoh 38 minit.

Pada set pertama, Aaron-Wooi Yik berdepan tentangan sengit apabila ketinggalan beberapa mata di awal permainan.

Namun pengalaman dan ketenangan menyaksikan mereka bangkit ketika pasangan Thailand itu mula melakukan beberapa kesilapan mudah yang dimanfaatkan sebaik mungkin oleh juara Asia itu.

Memasuki set kedua, Aaron-Wooi Yik tampil lebih kemas dan agresif.

Meskipun lawan mereka yang mengisi ranking ke-16 dunia turut memperagakan aksi melawan dengan permainan yang lebih tersusun, pertarungan sengit hanya berlangsung sehingga mata ke-12 sebelum beregu negara mula mendominasi sepenuhnya permainan.

Kemenangan ini menyaksikan Aaron-Wooi Yik mara ke pentas final kedua mereka pada tahun ini selepas penampilan di Kejohanan Badminton Asia pada Mac lalu yang turut menyaksikan mereka muncul juara.

Untuk rekod, pasangan ini pernah mara ke final Terbuka Thailand pada tahun 2020 namun tewas di pentas final kepada beregu Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin.

Lawan mereka di final esok adalah sama ada pasangan nombor empat dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Rian Ardianto atau beregu muda dari Denmark, William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer yang akan berentap dalam satu lagi aksi separuh akhir, hari ini.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/05/1397068/aaron-wooi-yik-tempah-slot-final-terbuka-thailand





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2026 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.474920 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list