CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 505|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Bintang muda Jamaica kecewakan Fraser-Pryce di Doha

[Copy link]
Post time 17-5-2025 03:43 PM | Show all posts |Read mode
Bintang muda Jamaica kecewakan Fraser-Pryce di Doha

Mei 17, 2025 @ 12:37pm




Pelari Jamaica, Shelly-Ann Fraser-Pryce (kiri) dan Tia Clayton (kanan) bersaing sengit pada perlumbaan final 100m wanita kejohanan Liga Berlian Doha di Stadium Suheim Bin Hamad, Doha, awal pagi tadi. – Foto AFP



DOHA: Juara 100 meter Olimpik dua kali, Shelly-Ann Fraser-Pryce dikejutkan oleh warga senegara Jamaica, Tia Clayton pada kejohanan Liga Berlian Doha, awal pagi tadi.

Fraser-Pryce, 38, menyertai sirkit Liga Berlian buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun tetapi berakhir di tangga keempat acara 100m ketika Clayton yang berusia 20 tahun merakam kemenangan dengan masa terbaik dunia 10.92 saat.

Kembar Tia, Tina di tangga kedua dengan 11.02s, diikuti pelari Britain, Amy Hunt ketiga dengan 11.03s dan Fraser-Pryce, dalam apa yang dilihat sebagai musim terakhirnya, mencatat 11.05s bagi tangga keempat.

Fraser-Pryce, yang juga juara pecut individu dunia lima kali, mengalami kekecewaan di Olimpik Paris tahun lalu apabila menarik diri daripada separuh akhir 100m.

Tia Clayton membuktikan dia berpotensi untuk muncul ratu pecut Jamaica berikutnya dengan layak ke final acara itu dan berakhir di tangga ketujuh di ibu negara Perancis.



Pelari Jamaica, Tia Clayton meraikan kemenangan dalam acara 100m wanita di Doha. – Foto REUTERS


Pelari Jamaica, Tia Clayton (kiri) menerima ucapan tahniah daripada kembarnya Tina Clayton selepas kedua-duanya berakhir di tangga pertama dan kedua. – Foto AFP

Penyandang juara 200m lelaki Olimpik, Letsile Tebogo menghasilkan persembahan memukau di ibu negara Qatar untuk menang acara kegemarannya sekalipun dia hampir terperangkap di garisan penamat oleh pelari Amerika Syarikat, Courtney Lindsey.

Tebogo berlari kencang di selekoh tetapi pelari berusia 21 tahun dari Botswana itu kurang mantap di garisan lurus sebelum melepasi garisan penamat dengan masa 20.10s, hanya 0.01s di depan pelari AS itu.

Dalam acara 800m lelaki yang berkualiti, Tshepiso Masalela mengejar Wycliffe Kinyamal untuk mencatat 1 minit 43.11s, catatan terpantas di dunia tahun ini.

Masalela, seorang lagi atlet dari Botswana, membuktikan dia mempunyai potensi untuk merebut pingat pada kejohanan dunia di Tokyo, September depan.

Dalam acara 400m wanita, Salwa Eid Naser, pemenang pingat perak Olimpik 2024, menang mudah dengan masa 49.83s ketika dia kembali ke bandar raya yang mana dia meraih emas kejohanan dunia pada tahun 2019.

Karier atlet Bahrain itu terganggu susulan penggantungan dua tahun kerana doping dari 2021 hingga 2023 tetapi dia kini menghampiri prestasi terbaiknya semula. – AFP



Pelari Bahrain, Salwa Eid Naser melepasi garisan penamat untuk menjuarai acara 400m wanita. – Foto AFP


Pelari Botswana, Tshepiso Masalela meraikan kemenangan dalam acara 800m lelaki. – Foto REUTERS


https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2025/05/1397014/bintang-muda-jamaica-kecewakan-fraser-pryce-di-doha





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.539541 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list