CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 291|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Tsunoda terselamat daripada kemalangan dahsyat

[Copy link]
Post time 18-5-2025 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Tsunoda terselamat daripada kemalangan dahsyat

AFP - Mei 17, 2025 @ 11:44pm




Tsunoda ketika sesi kelayakan GP Emilia Romagna. Foto: AFP



IMOLA (Itali): Pemandu Formula Satu (F1) dari Jepun, Yuki Tsunoda, terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas terbabit dalam kemalangan berkelajuan tinggi yang dramatik ketika sesi kelayakan Grand Prix (GP) Emilia Romagna di Litar Autodromo Enzo e Dino Ferrari, Imola, hari ini.

Insiden berlaku hanya enam minit selepas sesi bermula apabila Tsunoda, yang kini berlumba untuk pasukan Red Bull Racing, hilang kawalan selepas melanggar cerun (kerb) di selekoh Variante Villeneuve.

Keretanya terangkat, melayang ke sisi dan berpusing di udara sebelum terhempas ke penghadang dalam keadaan terbalik.

Tsunoda dipercayai sedang memandu pada kelajuan kira-kira 240 kilometer sejam ketika insiden berlaku.

Walaupun kemalangan itu kelihatan menakutkan, Tsunoda berjaya keluar dari jenteranya dan berjalan sendiri menjauh dari tempat kejadian.

Sesi kelayakan dihentikan serta-merta dengan bendera merah bagi membolehkan pasukan keselamatan menjalankan kerja pemulihan dan membaiki penghadang.

Pemandu berusia 25 tahun itu dibawa ke pusat perubatan untuk pemeriksaan lanjut dan disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Insiden itu mengejutkan ramai pelumba lain yang segera mendapatkan kepastian mengenai keadaannya.

Nahas itu bagaikan satu peringatan betapa mencabarnya litar Imola, yang sebelum ini menjadi lokasi tragedi apabila legenda F1 Ayrton Senna dan Roland Ratzenberger terkorban dalam kemalangan pada GP San Marino 1994.

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2025/05/1397215/tsunoda-terselamat-daripada-kemalangan-dahsyat





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2026 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.035515 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list