CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 265|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Scheffler di ambang kejuaraan major ketiga

[Copy link]
Post time 18-5-2025 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Scheffler di ambang kejuaraan major ketiga

Mei 18, 2025 @ 10:16am




Pemain AS, Scottie Scheffler bersedia untuk melakukan putt pada lubang ke-18 ketika pusingan ketiga Kejuaraan PGA di Quail Hollow, Charlotte. – Foto REUTERS



CHARLOTTE, Amerika Syarikat: Lima bulan selepas cedera tangan kanan ketika menyediakan hidangan makan malam Krismas, pemain nombor satu dunia Scottie Scheffler semakin menghampiri gelaran major ketiganya pada Kejuaraan PGA.

Pemain Amerika Syarikat (AS) berusia 28 tahun itu membenam tiga birdie dan satu eagle dalam lima lubang terakhir untuk merakam enam bawah par 65 pada pusingan ketiga pagi tadi di Quail Hollow untuk mendahului tiga pukulan menjelang pusingan akhir pagi esok.

Scheffler menang ketika mendahului selepas 54 lubang dalam semua kejohanan sebelum ini, gaya sama dilakukannya sebelum menjuarai Masters 2022 dan 2024.

Selepas menang sembilan kali pada tahun 2024, termasuk pingat emas Sukan Olimpik Paris, Scheffler bergelut musim ini sesudah terlepas bulan pertama kempen kerana kecederaan tangan.

Namun minggu lalu, Scheffler menang kejuaraan pertamanya tahun ini selain menyamakan catatan rekod terendah 72 lubang dalam Jelajah PGA.

Minggu ini, dia mungkin menambah satu lagi trofi major dan yang pertama hadir tanpa jaket hijau dari Augusta National.

"Ia pasti amat bermakna," kata Scheffler. "Kejohanan ini amat penting kepada kami dan anda bekerja sepanjang kehidupan untuk berpeluang memenangi kejohanan major.

"Esok saya berpeluang baik untuk keluar ke sana dan cuba menang tetapi ia memerlukan satu lagi pusingan yang benar-benar bagus.

"Seseorang perlu bertindak hebat dan ia terpulang kepada saya untuk keluar ke sana dan melakar catatan bagus sepusingan serta menamatkan kejohanan. Tidak sabar untuk berdepan cabaran ini."

Pemain Sweden, Alexander Noren berada di tangga kedua tiga pukulan di belakang Scheffler manakala dua pemain AS, David Riley dan JT Poston mengekori apabila berkongsi tangga ketiga dengan 206. – AFP

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2025/05/1397320/scheffler-di-ambang-kejuaraan-major-ketiga





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2026 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.037851 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list