CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 295|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Ahmad Jais akui anak buah belum cukup kuat saingi Thailand

[Copy link]
Post time 18-5-2025 10:22 PM | Show all posts |Read mode
Ahmad Jais akui anak buah belum cukup kuat saingi Thailand

Oleh Khairil S Iswan - Mei 18, 2025 @ 10:01pm




Aksi Syahir ketika menentang Thailand dalam final regu berpasukan Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa, hari ini. Foto BERNAMA



KUALA LUMPUR: Skuad sepak takraw regu berpasukan Thailand diakui ketua jurulatih sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun beraksi lebih kemas di pentas final Piala Asia di Stadium Titiwangsa, malam tadi.

Tiba di pentas akhir dengan harapan tinggi mengakhiri kemarau 34 tahun negara dalam acara regu berpasukan di laman sendiri, impian itu tidak kesampaian apabila skuad negara tewas 0-2 kepada Thailand.

Ahmad Jais berkata, prestasi skuad kendaliannya pada perlawanan akhir itu jelas masih belum cukup untuk menyaingi permainan lawan.

"Kita perlu melipat gandakan usaha untuk mengekang asakan daripada Thailand yang dilihat lebih tersusun dari segi serangan dan pertahanan," kata Ahmad Jais ketika ditemui selepas perlawanan.

"Pasukan Thailand bermain dengan lebih kemas. Itu yang menjadi perbezaan ketara antara kita dan mereka pada malam ini."

Ahmad Jais mengakui dia meletakkan harapan tinggi kepada regu pertama yang dikemudi tekang utama, Mohammad Syahir Rosdi, Mohamad Azlan Alias sebagai perejam dan Amirul Zazwan Amir untuk melakar kemenangan.

"Mereka tak dapat menjelmakan permainan yang lebih konsisten. Jika kita tengok daripada segi perlawanan separuh akhir, mereka bermain dengan lebih baik," kata Ahmad Jais.

"Mungkin daripada segi pertahanan pasukan lawan yang memberi tekanan kepada barisan pemain kita. Begitu juga dengan regu kedua dan ini memberikan satu tekanan yang besar kepada pasukan."

Sebagai rekod, kali terakhir skuad sepak takraw negara bergelar juara dalam acara regu berpasukan adalah di temasya Sukan SEA Manila pada 1991.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2025/05/1397562/ahmad-jais-akui-anak-buah-belum-cukup-kuat-saingi-thailand





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2026 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.397268 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list