CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 292|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] 'Masih ada masa bubar liga, boikot ramai-ramai' - TMJ

[Copy link]
Post time 19-5-2025 03:07 PM | Show all posts |Read mode


PEMILIK kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail menyindir segelintir pihak yang mencadangkan Liga Super diboikot musim depan.


"Masih ada masa lagi untuk bubar liga. Boikot ramai-ramai. Tunjuk kepada dunia mentaliti bola sepak Malaysia," titah baginda dalam satu hantaran di laman X.


Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada beberapa isu yang melanda Liga Malaysia kebelakangan ini, termasuk tuduhan pihak tertentu menyatakan kualiti saingan Liga Super yang dikatakan semakin hambar dan tidak kompetitif.


Selain itu, masalah berpanjangan seperti tunggakan gaji turut membelenggu beberapa pasukan, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan ada pasukan yang menarik diri daripada menyertai saingan liga musim hadapan.


Keadaan ini mendorong segelintir pihak untuk menyuarakan cadangan memboikot Liga Super sebagai tanda protes terhadap pengurusan liga yang gagal menaik taraf bola sepak tempatan.


Baginda turut memuat naik gambar pasukan-pasukan yang telah memenangi saingan Liga Super sejak edisi sulung pada tahun 2004 sehingga musim 2024-25.


Sejak tahun 2014, dominasi sepenuhnya dipegang oleh pasukan JDT yang telah menjuarai Liga Super selama 11 musim berturut-turut, termasuk musim 2024-25.


Ruangan bagi juara musim 2025-26 pula menunjukkan logo JDT yang ditutup separuh memberikan bayangan pasukan Harimau Selatan itu akan terus mengganas dan mengekalkan saingan Liga Super. - SINAR HARIAN


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.043157 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list