CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 383|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Sepak takraw negara punya masa depan cerah - Sumali

[Copy link]
Post time 19-5-2025 11:52 PM | Show all posts |Read mode
Sepak takraw negara punya masa depan cerah - Sumali

BERNAMA





SUMALI (empat kanan) komited untuk terus memajukan sukan sepak takraw di Malaysia. FOTO ASYRAF HAMZAH



Kuala Lumpur: Skuad sepak takraw negara mempunyai masa depan yang cerah susulan aksi cemerlang dengan meraih dua pingat emas dan dua perak di Piala Asia 2025 yang melabuhkan tirainya semalam.

Dua pingat emas negara disumbangkan dalam acara regu dan kuadran manakala perak diraih dalam acara beregu dan regu berpasukan.

Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, beliau tetap berbangga dengan pencapaian diraih Malaysia di kejohanan itu kerana berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan meskipun pasukan negara gagal menamatkan kemarau 34 tahun dalam acara regu berpasukan

"Alhamdulillah sasaran Malaysia ke final dalam empat acara yang dipertandingkan tercapai. Dua pingat emas dan dua pingat perak adalah pencapaian yang membanggakan kita semua.

"Walaupun tewas kepada Thailand dalam perlawanan akhir acara regu berpasukan, prestasi yang ditunjukkan amat membanggakan dan menjanjikan masa depan yang cerah untuk sukan sepak takraw negara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, Sumali turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Persekutuan Sepaktakraw Asia (Astaf), Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara dan rakan strategik PSM yang membantu menjayakan kejohanan berkenaan.

"Kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa kerjasama erat antara PSM dan Astaf, pihak penaja, sukarelawan, dan semua pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung.

"Saya dan PSM komited untuk terus memajukan sukan sepak takraw di Malaysia dan di peringkat antarabangsa," katanya.



Disiarkan pada: Mei 19, 2025 @ 8:42pm

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2025/05/1220305/sepak-takraw-negara-punya-masa-depan-cerah-sumali




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-7-2026 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.366069 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list