CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 234|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Aaron-Wooi Yik kini ketiga dunia

[Copy link]
Post time 20-5-2025 09:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 20-5-2025 09:43 PM

Aaron-Wooi Yik kini ketiga dunia

Oleh BERNAMA - Mei 20, 2025 @ 5:40pm





Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada sesi uji gelanggang di Axiata Arena Bukit Jalil untuk Masters Malaysia. NSTP/ASWADI ALIAS



KUALA LUMPUR: Gandingan negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik memperbaharui ranking apabila melonjak ke tangga ketiga dunia berbanding kedudukan kelima, berdasarkan kemas kini Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.

Peningkatan itu susulan kejayaan Aaron-Wooi Yik muncul juara Terbuka Thailand 2025 pada Ahad lepas dengan mengumpul 83,170 mata untuk berada di belakang beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani dengan 91,090 mata.

Gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen kekal mengungguli ranking utama dunia.

Beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah pula kekal di kedudukan keempat dengan 82,466 mata di belakang pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee yang mengumpul 87,500 dan Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun kedua dengan 92,932 mata.

Pasangan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning unggul di ranking utama setelah mengumpul 103, 734 mata.

Pada aksi final Terbuka Thailand 2025, Aaron-Wooi Yik muncul juara kejohanan Super 500 itu selepas mengalahkan Wiiliam Kryger Boe-Christian Faust Kjaer dari Denmark 20-22, 21-17, 21-12 manakala Pearly-Thinaah merangkul gelaran pertama mereka musim ini selepas menewaskan wakil Korea Selatan Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo 21-16, 21-17.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/05/1398275/aaron-wooi-yik-kini-ketiga-dunia





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2026 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.054951 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list