CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 292|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Rayyan Wafiy bintang dalam pembikinan

[Copy link]
Post time 20-5-2025 09:58 PM | Show all posts |Read mode
Rayyan Wafiy bintang dalam pembikinan

Ferzalfie Fauzi[email protected]






RAYYAN Wafiy berazam mahu menjadi pelumba terbaik dalam dunia empat roda. FOTO Ihsan Double R Motorsports




Kuala Lumpur: Hanya bermula dengan bermain go kart elektrik di pasar raya, Rayyan Wafiy Anis tertarik dengan sukan berkenaan sehingga membabitkan sendiri secara serius selepas beberapa bulan memegang stereng.

Tidak terdetik sedikit pun perasan takut walaupun kali pertama mencuba sukan berkenaan sehingga memaksa kedua ibu bapanya, membuka laluan dia beraksi dalam go kart menggunakan minyak petrol.

"Kenapa go kart elektrik ini terlalu perlahan, saya mahukan yang lebih laju (go kart biasa)," jelas Rayyan Wafiy yang sekarang ini sudah membabitkan diri dalam perlumbaan bertaraf Asia walaupun tidak sampai sebulan menceburi sukan berkenaan.





Dia yang menjadikan pelumba Red Bull, Max Verstappen sebagai idola dianggap sebagai seorang pelumba yang cepat belajar dan sekarang ini bersedia untuk melangkah lebih jauh termasuk mencapai cita-cita menjadi seorang pelumba Formula Satu (F1).

"Apabila saya memandu, saya rasa sangat berdebar dan penuh adrenalin. Setiap kali ada orang potong saya, saya akan berazam nak potong balik, apabila jurulatih mengatakan saya memandu perlahan dan kurang baik, saya akan cuba buktikan dia silap dengan memperbaiki setiap pusingan, dapatkan kedudukan dan catatan masa yang lebih baik.





Saya rasa ia memang sangat mendebarkan ketika memandu, ada banyak tekanan yang saya rasa. Bagaimanapun, ia satu perasaan yang sangat menyeronokkan. Sekarang saya rasa macam ketagih dengan perasaan itu. Sebab itu saya suka pandu go kart," katanya yang beraksi di INF1NIT Y IAME Series Asia 2025 hujung minggu lalu.

Rayyan Wafiy yang turut menjadikan pelumba go kart, Conrad Garrow sebagai idola, sedang cuba bina keberanian supaya tak takut kalau berlaku pelanggaran atau kemalangan.

"Dulu, saya pernah terbabas. Tapi saya langsung tak takut, saya cuma marah. Sebab itu perlumbaan pertama saya, dan yang langgar saya itu pula rakan sepasukan sendiri. Jadi saya memang sangat marah dekat dia, tapi saya langsung tak rasa takut," katanya yang meletakkan sasaran untuk menduduki lima teratas dalam mana-mana perlumbaan.

Rayyan Wafiy yang berusia 12 tahun juga mengakui tidak berdepan masalah untuk membahagikan masa di antara berlumba, menjalani latihan dan belajar.

"Saya cuba tanya kawan-kawan melalui group chat kalau ada kerja sekolah. Kadang-kadang saya bawa buku balik rumah," katanya yang sekarang ini sudah menambah ilmu pengetahuan dalam bahagian enjin go kart.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2026 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.038672 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list