CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 357|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] Bola sepak sekarang bukan macam zaman saya atau Santokh dulu - Jamal Nasir

[Copy link]
Post time 21-5-2025 10:40 AM | Show all posts |Read mode


RUANG dan sokongan sepenuhnya perlu diberikan kepada projek revolusi Harimau Malaya yang sedang digerakkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail untuk memastikan skuad negara berada pada tahap yang lebih baik.


Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, semua pihak perlu lebih rasional dengan sebarang pendekatan yang digunakan skuad Harimau Malaya ketika ini terutama menggunakan kepakaran luar dan ramai pemain warisan.


Menurutnya, era bola sepak moden ketika ini sudah berubah berbanding zaman dahulu dan revolusi yang lebih berbeza perlu dilakukan supaya pasukan kebangsaan mampu bersaing dengan pasukan lain.


“Kita kena buat satu revolusi di luar kotak sekarang. Kita tahu kalau hanya bergantung kepada pemain tempatan, dalam era sekarang dengan Indonesia, Thailand dan Filipina yang sudah banyak menggunakan pemain naturalisasi dan warisan, kita akan ketinggalan jauh.


“Untuk kita menyamai mereka ke peringkat Asia, kita juga kena melakukan perkara yang sama. Sebab itu saya sentiasa cakap, revolusi baru nak bermula janganlah kita terus kritik, tak adil lah macam tu,” katanya kepada Sukan Sinar.


Sebelum ini, legenda Harimau Malaya, Datuk Santokh Singh menyuarakan rasa kurang senang terhadap pendekatan yang digunakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang melantik ramai tenaga kepakaran dari luar sehingga seolah-olah mengenepikan bakat tempatan.


Beliau juga mengkritik pengambilan ramai pemain warisan dalam skuad Harimau Malaya yang dilihat sebagai langkah mengejar kejayaan segera.


Perkara tersebut lantas mengundang respon segera daripada Tunku Mahkota Ismail yang mahu semua pihak mengubah mentaliti untuk membangunkan bola sepak negara.


Dalam pada itu, Jamal melihat suasana bola sepak hari ini sudah jauh berbeza berbanding era kegemilangannya bersama legenda lain seperti Santokh dan pendekatan berbeza perlu diterima sekiranya Malaysia mahu terus bersaing di pentas Asia.


Beliau turut percaya, perancangan dilakukan oleh Tunku Mahkota Ismail merupakan perancangan jangka pendek dan sudah tentu baginda juga ada perancangan jangka panjang untuk pakar dan pemain tempatan.


“Kita nak belajar dan lihat sama ada kepakaran luar ini boleh bagi kita hasil yang lebih baik atau tidak.


“Sebelum ini, kita dah cuba dengan kepakaran tempatan dan pemain tempatan, tetapi kurang berjaya.


“Sekarang ini, bukan seperti zaman masa saya dulu dan Santokh. Sekarang industri bola sepak ini dah berbeza. Kita kena terima hakikat. Dalam masa lima tahun ini beri ruang kepada revolusi ini,” katanya. - SINAR HARIAN


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2026 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.423091 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list