Soon Huat–Shevon tersingkir awal
Oleh Helmi Talkah - Mei 21, 2025 @ 2:37pm

Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat (kanan) -Lai Shevon Jemie ketika bertemu pemain Denmark, Mads Vestergraard - Christine Busch pada kejohanan Malaysia Masters 2025 di Axiata Arena Bukit Jalil. NSTP/ASWADI ALIAS
KUALA LUMPUR: Juara bertahan Masters Malaysia, Goh Soon Huat–Shevon Lai Jemie tersingkir seawal pusingan pertama selepas tewas kepada pasangan Denmark, Mads Vestergaard–Christine Busch, hari ini.
Pada aksi yang berlangsung di Axiata Arena itu, beregu campuran profesional negara itu tewas menerusi kekalahan straight set 18-21, 19-21 dalam tempoh 38 minit.
Pasangan suami isteri itu dilihat berusaha keras untuk mengheret perlawanan ke set penentuan, namun terpaksa akur dengan keampuhan lawan pada detik-detik genting.
Pertemuan itu juga menjadi ulangan kepada pertembungan mereka di Masters Thailand, Februari lalu yang menyaksikan Soon Huat–Shevon muncul pemenang.
Pasangan ranking ketiga dunia itu sebelum ini muncul juara edisi 2024 selepas menewaskan wakil Indonesia, Rinov Rivaldy–Pitha Haningtyas Mentari dalam aksi final.
https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/05/1398576/soon-huat%E2%80%93shevon-tersingkir-awal
|