CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 286|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Ibu akui bimbang Hakim Danish berseorangan di Eropah

[Copy link]
Post time 21-5-2025 09:24 PM | Show all posts |Read mode
Ibu akui bimbang Hakim Danish berseorangan di Eropah

Oleh Khairil S Iswan - Mei 21, 2025 @ 5:10pm




Hakim Danish Ramli (tengah) ketika meraikan kejayaan muncul naib juara bersama kru pasukan pada pusingan pertama Kejuaraan Dunia GP Remaja di Estoril, Portugal, sebelum ini. – Foto ZK Racing



KUALA LUMPUR: Di sebalik rasa bangga atas kejayaan diraih anaknya Hakim Danish Ramli di pentas antarabangsa, tetap timbul rasa bimbang di hati Nor Hayati Abdul Razak apabila terpaksa melihat pelumba muda negara itu berseorangan di Eropah.

Tidak seperti sebelum ini, Hakim Danish pada tahun ini terpaksa berkelana berseorangan ke Eropah berikutan kekangan kewangan yang dihadapi pasukan pengurusannya, SIC Racing.

Tetapi di sebalik 'kekurangan' yang dihadapi, pelumba berusia 17 tahun itu tampil cemerlang apabila meraih kedudukan naib juara dalam kelima-lima perlumbaan disertainya - Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) dan Kejuaraan Dunia FIM Junior GP (JrGP) setakat ini.

Nor Hayati berkata, antara pesanan yang sering diulang kepada anaknya itu adalah menjaga solat, pemakanan serta memastikan mendapat rehat yang cukup supaya sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

"Sebagai ibu, siapa yang tidak risau kerana abang Danish (panggilan Hakim Danish di rumah) berada di sana berseorangan, tiada siapa yang jaga makan minumnya di sana. Jadi, saya harap dia dapat menjaga dirinya.

"Saya harap dia dapat buat yang terbaik kerana saya sudah beritahu kepada dia, saya sebagai ibu dan bapanya (Ramli Ibrahim) dia memang tak dapat pergi ke sana dan hanya boleh mendoakan keselamatannya," katanya.

Nor Hayati dalam pada itu berharap rakyat Malaysia terus memberikan doa dan sokongan moral kepada anaknya demi mengharumkan nama negara di pentas dunia.

Hakim Danish pada tahun ini diletakkan sasaran untuk mengisi kedudukan ketiga RBMRC dan kelompok lima terbaik di JrGP dalam usaha untuk membawanya ke pentas Kejuaraan Motosikal Dunia tahun depan.

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2025/05/1398667/ibu-akui-bimbang-hakim-danish-berseorangan-di-eropah





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-4-2026 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.114828 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list