CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 429|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Stadium Juara gelanggang rasmi playoff MLBB musim ke-15

[Copy link]
Post time 21-5-2025 10:29 PM | Show all posts |Read mode
Stadium Juara gelanggang rasmi playoff MLBB musim ke-15

BERNAMA





KETUA E-Sukan Malaysia MOONTON Games, Fikri Rizal Mahruddin.



Kuala Lumpur: Stadium Juara Bukit Kiara di sini kembali menjadi gelanggang pusingan playoffs bagi Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MLBB) (MPL) Malaysia musim ke-15 selepas kali terakhir menganjurkannya pada musim ke-11.

Ketua E-Sukan Malaysia Moontoon Games, Fikri Rizal Mahruddin berkata pemilihan venue itu dibuat susulan lokasi yang strategik dan mampu menampung bilangan penyokong yang ramai.

"Tempat ini (Stadium Juara) memang 100 peratus bersedia untuk menampung 1,500 orang. Malah pada musim ke-11 kita berjaya merekodkan kehadiran 35,000 penonton yang masuk keluar sepanjang empat hari pusingan playoffs berlangsung.

"Fasiliti yang disediakan di venue berkenaan juga baik, kita ada kemudahan awam seperti surau dan tandas yang cukup. Walaupun ruang parkir di sini terhad tetapi tempat ini boleh akses dengan pengangkutan awam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada pelancaran telefon pintar Infinix GT30 Pro yang merupakan telefon rasmi saingan MPL Malaysia musim depan.

Mengenai saingan MPL Malaysia musim ini, Fikri memuji persembahan pasukan bertanding yang menampilkan peningkatan prestasi pada musim ini dengan tiga pasukan telah berjaya mengesahkan slot ke playoffs dan tiga lagi pasukan hanya akan diketahui pada minggu ini.

"Selalunya pada minggu keenam kita sudah tahu enam pasukan yang layak ke playoffs tetapi musim ini kita kena tunggu hingga saat akhir untuk tahu siapa yang mara.

"Ini menunjukkan MPL Malaysia kita semakin kompetitif dari tahun ke tahun," katanya.

Untuk rekod tiga pasukan yang sudah melayakkan diri ke pusingan playoffs musim ini adalah Selangor Red Giants OG Esport (SRG), Homebois dan Monster Vicious (MV).

Pusingan playoffs MPL Malaysia akan berlangsung dua fasa, dengan fasa satu bermula pada 31 Mei-1 Jun manakala fasa dua pada 14 Jun-15 Jun.

Dua pasukan yang berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir pusingan playoffs MPL Malaysia bakal mendapat tiket automatik mewakili negara di Piala Pertengahan Musim (MSC) di Piala Dunia E-Sukan yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi pada Julai.



Disiarkan pada: Mei 21, 2025 @ 7:53pm

https://www.hmetro.com.my/arena/esukan/2025/05/1221234/stadium-juara-gelanggang-rasmi-playoff-mlbb-musim-ke-15




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2026 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.039167 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list