CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2642|Reply: 52

Tidak ambil gula dan karbohidrat, Enot hilang 35kg dalam masa setahun

[Copy link]
Post time 22-5-2025 05:08 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA: Penampilan terbaharu pelakon dan pelawak, Enot mencuri perhatian ramai apabila dirinya kelihatan semakin sihat dengan penurunan berat badan berbanding dahulu.


Menerusi perkongsian video di TikTok, ia menunjukkan pelawak tersebut sedang melakukan ‘trend’ sambil bermain boling dan ramai warganet terkejut dengan perubahan fizikalnya itu.


  


Kongsi Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah, selain pengambilan produk makanan tambahan, dia juga mengamalkan diet dan melakukan aktiviti bagi membantu proses penurunan berat badan.


“Selamat berhujung minggu semua. Selain diet, kena ada aktiviti sikit,” katanya dalam kapsyen hantaran tersebut.


Membalas komen warganet yang bertanya tentang proses penurunan berat badan itu, Enot berkongsi dia mengamalkan produk makanan tambahan dan tidak mengambil karbohidrat serta gula dalam pemakanannya.


  


“Benar saya makan produk itu sahaja, tapi saya juga potong pengambilan gula dan karbohidrat. Dalam tiga bulan, minum manis sekali dua sahaja kalau ada kerja macam itu.


“Saya memang tidak letak gula, kalau hendak letak, saya akan pakai gula gantian,” katanya membalas soalan netizen.


Jelas Enot, dia tidak membuat pembedahan bariatrik kerana mempunyai sejarah penyakit kanser sebelum ini.


  


“Saya tidak boleh potong usus kerana saya bekas pesakit kanser. Jadi saya memang kurus berdasarkan produk dan diet,” katanya.


Dalam pada itu, ramai pengguna internet memuji dan terkejut akan perubahan fizikal pelawak itu serta mendoakan kesejahteraannya.


“Macam tidak percaya Enot sudah kurus. Aku ini bila lagi,” kata warganet.


“Cantiknya Kak Enot, sudah kurus, lawa macam anak dara,” kata pengguna lain.


  


“Wah mantap Kak Enot, cantik, yang versi dahulu cantik juga. Semoga diberi hidayah untuk ke arah yang lebih baik,” komen warganet.


Untuk rekod, Enot yang dahulunya mempunyai berat badan sebanyak 105 kilogram, berjaya diturunkan kepada 70 kilogram, iaitu hilang sebanyak 35 kilogram dalam masa satu tahun.- UTUSAN



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2025 07:31 AM | Show all posts
Mcm mana dia buat bila craving yg manis2. Aku kalah btl bila teringin mkn manis. Aku bedal mcm xde hari esok lepas tu terbaring pening sbb sugar spike
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la ada kesedaran jaga kesihatan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 07:49 AM | Show all posts
acikonion replied at 23-5-2025 07:31 AM
Mcm mana dia buat bila craving yg manis2. Aku kalah btl bila teringin mkn manis. Aku bedal mcm xde h ...

kannn
nasi boleh elak lagi tak makan
still boleh ambik suku selang 2 3 hari
tp teh tarik
mmg ku tak mampooo
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 07:55 AM | Show all posts
wow
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 07:56 AM | Show all posts
aku pun nak start xsetat2 lagi...aduiii...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2025 08:39 AM | Show all posts
aku gula ok je boleh xamik.. tp nasi tu... sehari wajib walau sekali... haha bila stress aku makan... mana maunyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 09:36 AM | Show all posts
chandrahusin replied at 23-5-2025 07:49 AM
kannn
nasi boleh elak lagi tak makan
still boleh ambik suku selang 2 3 hari

Ku mkn nasi tiap hari tp segenggam je la & sekali sehari je heavy meal. Cut sugar terus. Tp akan smpi 1 masa yg craving teruk nk mkn manis. Terus la sepanjang hari ku bedal mkn minum semua yg manis2. Sehari je terus naik berat. Stress btl. Haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2025 09:37 AM | Show all posts
freyayong replied at 23-5-2025 08:39 AM
aku gula ok je boleh xamik.. tp nasi tu... sehari wajib walau sekali... haha bila stress aku makan.. ...

mmg tak maunya.....aku ni dah beberapa kali berhajat konon nak makan lauk je....tak nak makan nasi....tapi konon tinggal konon....biar la ku nikmati nasi ni selagi boleh....
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 09:37 AM | Show all posts
freyayong replied at 23-5-2025 08:39 AM
aku gula ok je boleh xamik.. tp nasi tu... sehari wajib walau sekali... haha bila stress aku makan.. ...

Ku perasan bila ku cut makan & sugar terus cpt btl naik angin.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 09:41 AM | Show all posts
acikonion replied at 23-5-2025 09:37 AM
Ku perasan bila ku cut makan & sugar terus cpt btl naik angin.

ini betul.. senang trigger kemarahan. jd mak kena kenyang baru ok. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 09:55 AM | Show all posts
acikonion replied at 23-5-2025 09:37 AM
Ku perasan bila ku cut makan & sugar terus cpt btl naik angin.

ni aku pun gini...
bila x cukup gula...naik angin...
bila mkn gula..naik berat...

hahahaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Terernya korg ni
Ai tkleh xmkn karbo
Sbb tak suka mkn bnyk sayo (fiber)
Fiber ai mkn roti yg tggi fiber tu
Sbb kalau tak bnyk fiber naik gatal2 kulit
Caldef bru trun 2kg
Nnti ai susut balik
ai eksyen yach
Awasssssssssss

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg nak turunkan berat badan susah...I pula susah nak tambah berat badan...tak pantang, memang minum air manis sentiasa...tapi dah semula jadi tak boleh makan banyak....suka juga montel sikit
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 01:24 PM | Show all posts
acer komebuka satu thread utk kta kita yg tengah sruggle nak turunkanberat badan ni
kak lid langsung tak lalu nak tengok badan sendiri kat cermin
orang lain makin tua makin kurus
kak lid makin tua makin demok

sedih sangat tauuuuu

nota: yg kata muka dia cantik macampatung tu  ... kalau dah guna FILTER mana maunya tak cantikkk .. kecuali sorang tu jer walau pakai filter tetap tak cantik hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Try la IF mkn nsi tpi satu cup je pstu byk sayur and lauk.skip sarapan minum air je.jgn minum air Manis.mkn desert sikit or satu  je klau tringin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2025 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
mzz hari2 tak sempat breakfast, banyak kerja. Dalam pukul 11.30,12 gitu baru dpt mkn. Hari2 mcm ni so decide if je lah terus. Malam2 buat work out sikit dpt dlm sejam.

Tapi utk cut sugar lemah sikit..plus nnt asyik sakit kepala pastu rasa mcm kemurungan je
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 02:26 PM | Show all posts
acikonion replied at 22-5-2025 11:31 PM
Mcm mana dia buat bila craving yg manis2. Aku kalah btl bila teringin mkn manis. Aku bedal mcm xde h ...

Penah try 6 bulan cut sugar. Tapi tak tinggalkan sepenuhnya pon. Air manis mmg tolak. Kalau teringin nak rasa manis2, makan buah je. Mmg turun la 8kg dalam tempoh 6 bulan tu. Tapi tak sangka, dah turun 8 kilo, iolls peknen plak. Terus naik 9kg
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 03:28 PM | Show all posts
Bukan haritu dia dok promo produk kurus ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 05:54 PM | Show all posts
Prickford replied at 23-5-2025 02:26 PM
Penah try 6 bulan cut sugar. Tapi tak tinggalkan sepenuhnya pon. Air manis mmg tolak. Kalau tering ...

Yg pregnant ni ku dh rasa 2023. Masa tu tgh nk try utk dpt anak ke2 tp x jadi2. So, ku redha anak sorg je. Ku pun mulakan misi turun kn berat dh elok turun ke 60 tiba2 pregnant. Berat last before beranak 78kg. Hahahahaha... Tp tu la... Bila umur dh meningkat ni, dr beranak oct 2023 smpi skg susah btl nk turun kn berat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2025 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.057357 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list