CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9311|Reply: 139

Caprice Dedah CEO Batu Hantar Gambar Tak Senonoh Kepada Remaja, Merayu Jangan Buat Laporan Polis? – ’Sujud Pun Saya Sanggup, Saya Ada Orang Tua Untuk Bagi Nafkah’

[Copy link]
Post time 23-5-2025 09:43 AM | Show all posts |Read mode



Personaliti media sosial, Caprice, membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa seorang pempengaruh dikenali sebagai CEO Batu terlibat dalam kes gangguan seksual melibatkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, Caprice mendedahkan perbualan antara seorang remaja perempuan yang dikenali sebagai Isha dengan individu yang didakwa sebagai CEO Batu.

  


Difahamkan, perbualan antara mereka bermula apabila Isha menghubungi pempengaruh terbabit melalui mesej di TikTok pada 1 November 2024. Dalam mesej tersebut, remaja berusia 14 tahun itu menyatakan hasratnya untuk menghasilkan kandungan TikTok bersama CEO Batu.

Permintaan tersebut mendapat maklum balas daripada pempengaruh berkenaan yang kemudiannya meminta nombor telefon Isha untuk berhubung melalui WhatsApp.

Namun, komunikasi tersebut bertukar menjadi insiden kurang menyenangkan apabila CEO Batu didakwa mengambil kesempatan dengan menghantar foto tidak senonoh kepada remaja terbabit.

Sementara itu, Caprice turut berkongsi tangkap layar perbualan CEO Batu yang didakwa merayu agar ibu mangsa tidak melaporkan kepada pihak polis dan mengakui kesilapannya yang terlepas pandang akan gambar tersebut.



Saya merayu sangat kak. Gambar tu sepatutnya saya crop. Tapi saya terlepas pandang, sebab gambar tu saya dah ambil siap-siap nak hantar dekat teman wanita saya.

Saya tengah kalut nak shoot video campsite. Kalau saya sabit kesalahan, 10 tahun saya ke dalam. Segala usaha saya selama ni semuanya akan hilang kak. Saya masih ada orang tua untuk bagi nafkah. Kalau kak nak saya sujud pun saya sanggup kak.

Bagaimanapun, setakat artikel ini diterbitkan, CEO Batu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan yang dikaitkan dengan dirinya.

Sumber: Instagram Caprice

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2025 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Bab2 gini, meols sokong Caprice ni jadi terpaling activist. Go Kep!
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 09:56 AM | Show all posts
dulu pernah berjiran masa dia duduk PD, selalu la nampak dok buat content
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Btw, mohon kakak @ ibu mangsa jangan maafkan. Air mata buaya ja suma tu. Nyesal sebab kedapatan jah. Kalau lepas mesti buad lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 11:25 AM | Show all posts
masa buat tak nak pikir mak ayah, kau tak pikir ke budak tu trauma tengok bebird kau tuh?? kalau aku dapat aku sekeh kau...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 11:30 AM | Show all posts
lahh, kau pun nak buat jgk benda tak senonoh?
ni lah bahana jd popular
mula lah tak sdr diri
tapi yg tak popular pun ada jgk hantar gambar2 mcm ni pd bdk2 pempuan
bahana telefon kamera semua ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2025 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak sengaja konon. Bij please, stop making lame excuses. Eww, tolong la cermin muka tu sikit.. kalau tertengok rasanya nak kena basuh mata dengan air dari 77 sungai baru bersih
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn bg muka. Org mcm ni, bila asyik terlps, makin menjadi2… lg setan bila main ugut2… sila cegah dr awal.. buat report & benamkan terus mawas sekor ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2025 11:39 AM | Show all posts
da elok da konten kau bang.. ape lain mcm kau ni... adoiii
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam iman keluarga itu di sebalik sedekahnya.


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 12:01 PM | Show all posts
soo many wrong turns:
why would u have 14yo girls phone number in your mobile. then nak send kat kekasih gambar macam tu. urghhh paling tak leh blah muka dan perangai.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
takyah bg muka..masa hantar tak pikir ada mak pak bila dah viral terus pikir mak pak...makin berleluasa pulak..bab ni iols sokong caprice bab lain iols nyampah dgn dia..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 12:07 PM | Show all posts
encikWawad replied at 23-5-2025 12:01 PM
soo many wrong turns:
why would u have 14yo girls phone number in your mobile. then nak send kat kek ...

owh. konon nk bg gf.
so mmg biasa sexting?

huhuh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
CEO ni famous dengan konten apa? First time dengar nama dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 12:32 PM | Show all posts
dah jelas2 kat gambar yg dia hantar u ada caption nama budak isha tu.. apebenda yang tersalah hantarnya.. kau bedah mata ke sampai tak nampak gambar apa kau hantar masa menaip caption tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 12:33 PM | Show all posts
pastu boleh pulak mengaku gambar nak htr ke gf.. itu pun salah weh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2025 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka dia pon menakutkan..camna laa si isya tu leh bermesej2 dgn dia ye
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahana bagi budak2 bawah umur enpon
Pemangsa serata alam kat dunia internet tanpa sempadan ni
Aku xnk salahkan sorang je dlm kes ni.
Semua pihak bersalah!!!!
Parents budak pompuan tu salah, jantan hauk ni pon salah, budak pompuan tu pon sama salah sbb dah berakal
Kalau budak pompuan tu umur bawah 10 tahun baru lah aku husnuzon lebih sikit yg dia tak bersalah sbb belum sempurna akal
Chhaaiiittt aku bukan hakim pun
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 12:51 PM | Show all posts
Tak sengaja my a$$. Konon kata gambar tu nak bagi GF. Bila send kat budak tu, lupa nak crop. Masalahnya conversation kau pon yg tiba2 tanya budak tu nak tengok parut kau. Eh...tiberrr plak nak tunjuk parut. Padahal memula budak tu tanya nak buat content sama2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 12:51 PM | Show all posts
sebenarnya depa duk sembang pasal apa tu sampai dia tunjuk gambar tu.
iols nampak tiba mcm duk ckp apendiks ka apa tu.
rasanya dia ada operate apendiks pastu nak tunjuk tempat operate tu kat gf,ambik gambar full.gf tengok takpalah kot. tiba htr kat si isha ni tak crop atau sengaja la kan.gitulah kisahnya.
yg budak tu pun mcm mana boleh nak collab dgn dia ni!umur 14tahun form 2 kot. nak buat content apoooo.ishhhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2025 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.067212 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list