CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 357|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Tahap kecederaan Tze Yong jadi tanda tanya

[Copy link]
Post time 30-5-2025 10:40 PM | Show all posts |Read mode
Tahap kecederaan Tze Yong jadi tanda tanya

Oleh Helmi Talkah - Mei 30, 2025 @ 8:31pm





Pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong (kanan) mengambil keputusan menarik diri susulan lutut kanannya cedera ketika bertemu pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long di Masters Masters 2025. NSTP/ASWADI



KUALA LUMPUR: Adakah Ng Tze Yong sekali lagi perlu berehat panjang akibat kecederaan?

Persoalan itu timbul selepas pemain perseorangan lelaki negara itu dikatakan berdepan kecederaan serius di bahagian lutut kanan dialami ketika aksi pusingan pertama Masters Malaysia minggu lalu.

Difahamkan, kecederaan dialami Tze Yong disyaki membabitkan anterior cruciate ligament (ACL) - kecederaan yang digeruni oleh mana-mana atlet - namun sejauh mana tahap kecederaan itu masih belum dapat dipastikan.

Tze Yong baru sahaja kembali beraksi bulan lalu selepas berehat hampir 14 bulan kerana melalui dua kali menjalani pembedahan akibat kecederaan belakang.

Kecederaan terbaharu dialaminya berlaku ketika perlawanan menentang pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long dalam saingan pusingan pertama di Axiata Arena yang menyaksikan Tze Yong terpaksa menarik diri semasa mendahului 4-3 dalam set kedua selepas memenangi set pertama 22-20.

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Kebangsaan, Kenneth Jonassen ketika diminta mengulas berkata, pihaknya masih menunggu laporan penuh sebelum membuat sebarang pengesahan.

"Saya tak boleh komen mengenai kecederaan pemain. Saya mahu dapatkan semua maklumat lengkap daripada pakar terlebih dahulu, dan kemudian barulah kami kongsi perkembangan atau tindakan susulan," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum ini mengesahkan bahawa Tze Yong mengalami regangan pada bahagian lutut dan dijangka berehat sekurang-kurangnya dua minggu.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/05/1402705/tahap-kecederaan-tze-yong-jadi-tanda-tanya





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-8-2026 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.050076 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list