Real Madrid ikat Alexander-Arnold hingga 2031
Mei 30, 2025 @ 9:11pm

Trent Alexander-Arnold meraikan kejayaan merangkul gelaran EPL di Anfield. - AFP
MADRID: Real Madrid menandatangani pertahanan, Trent Alexander-Arnold dari Liverpool menerusi perjanjian hingga 2031, kata gergasi Sepanyol itu hari ini.
Kontrak pemain antarabangsa England berusia 26 tahun itu di Anfield hampir berakhir namun Madrid membayar yuran bagi mendapatkannya lebih awal supaya dapat bermain dalam Piala Dunia Kelab.
Pertahanan kanan itu yang baharu sahaja memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Liverpool, digilap daripada akademi kelab dan menang Liga Juara-Juara pada 2019.
Dia juga menang EPL pada 2020 dan tampil 352 kali buat kelab.
Pertahanan itu menyertai bekas pemain tengah Liverpool, Xabi Alonso di Real Madrid, dengan pengendali dari Sepanyol itu dilantik menggantikan bekas jurulatih, Carlo Ancelotti.
Hubungan rapat Alexander-Arnold dengan Liverpool bermakna pengumuman dia akan meninggalkan kelab dilihat sebagai sesuatu yang buruk buat penyokong dan diejek pada hari terakhir musim.
Dia menyertai Real Madrid yang gagal menang kejuaraan utama musim ini. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/05/1402715/real-madrid-ikat-alexander-arnold-hingga-2031
|