CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 287|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] Fernandes pertimbang tawaran lumayan Al-Hilal?

[Copy link]
Post time 31-5-2025 06:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 31-5-2025 06:32 PM

Fernandes pertimbang tawaran lumayan Al-Hilal?

ZURAIMEE ZAINAL
31 Mei 2025 07:35am




Fernandes



KAPTEN Manchester United, Bruno Fernandes, dilaporkan sedang mempertimbangkan secara serius untuk meninggalkan Old Trafford minggu depan selepas menerima tawaran lumayan daripada kelab Arab Saudi, Al-Hilal.

Pemain tengah Portugal itu difahamkan telah mengadakan pertemuan bersama wakil Al-Hilal dalam beberapa hari lalu bagi membincangkan perpindahan yang akan  membuka peluang buatnya beraksi dalam Kejohanan Piala Dunia Kelab FIFA.


Isu ini telah menjadi topik hangat dalam kalangan rombongan Manchester United sepanjang jelajah pra-musim The Red Devils di Asia, dengan pengendali Ruben Amorim pada Jumaat lalu menyatakan keyakinan bahawa Fernandes masih mahu kekal bersama kelab.

“Perasaan yang saya dapat setiap kali bercakap dengannya ialah dia mahu terus kekal bersama Manchester United. Namun, tiada siapa dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku,” kata Amorim selepas menyaksikan pasukannya bangkit untuk menewaskan Hong Kong 3-1 dalam aksi terakhir jelajah.

Fernandes yang kekal fokus dengan tanggungjawabnya sebagai kapten pasukan, bagaimanapun masih belum memberikan jaminan tentang masa depannya, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa beliau mungkin bersedia untuk berhijrah.

Kelab Manchester United dilaporkan tenang menghadapi kemungkinan tersebut biarpun Amorim sebelum ini menyatakan keinginannya untuk mengekalkan Fernandes, beliau juga akur bahawa nilai perpindahan yang dilaporkan mencecah 80 juta pound itu mungkin memberikan peluang kepada kelab untuk merombak skuad secara lebih menyeluruh.

Pemain berusia 30 tahun itu baru sahaja dipilih sebagai Pemain Terbaik Manchester United untuk kali keempat menyamai rekod tertinggi kelab dan menamatkan musim sebagai penjaring terbanyak dengan 19 gol, satu pencapaian yang dianggap menyelamatkan kelab daripada terjerumus lebih jauh dalam kancah Liga Perdana Inggeris.

Namun begitu, terdapat juga kritikan terhadap Fernandes daripada tokoh-tokoh seperti bekas kapten United, Roy Keane, yang menyifatkan beliau sebahagian daripada masalah di Old Trafford kerana didakwa kurang berdisiplin di dalam padang.


Al-Hilal pula dilaporkan berhasrat menjadikan Fernandes sebagai tonggak utama dalam kempen Piala Dunia Kelab mereka, yang menyaksikan kelab itu dijadual menentang Real Madrid, Red Bull Salzburg, dan Pachuca dalam peringkat kumpulan.


Fernandes menandatangani lanjutan kontrak bersama United pada Ogos tahun lalu sehingga 2027, dengan pilihan lanjutan setahun.

Beliau juga merupakan antara pemain dengan gaji tertinggi di kelab tersebut, dan tawaran daripada Arab Saudi dijangka mampu menggandakan pendapatannya jika dipersetujui.


Sejak menyertai Manchester United dari Sporting Lisbon dengan nilai 47 juta pound pada Januari 2020, Fernandes telah membuat 290 penampilan dan menjaringkan 98 gol, serta memainkan peranan penting dalam kebangkitan dan cabaran pasukan di peringkat domestik dan Eropah.

INFO

Bruno Fernandes sejak debut bersama Manchester United saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2020

195 perlawanan liga -1

62 gol - 6

51 bantuan gol - 3

113 penglibatan dalam jaringan - 3

537 - percubaan - 2

538 - cipta peluang - 1

https://www.sinarharian.com.my/article/731493/berita/sukan/fernandes-pertimbang-tawaran-lumayan-al-hilal



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2026 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.069484 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list