CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 340|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Aaron-Wooi Yik mara bergaya ke final Terbuka Singapura

[Copy link]
Post time 1-6-2025 12:45 AM | Show all posts |Read mode
Aaron-Wooi Yik mara bergaya ke final Terbuka Singapura

Oleh Helmi Talkah - Mei 31, 2025 @ 11:34pm





Pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik. NSTP/ASWADI ALIAS



KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terus mempamerkan taring apabila bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menempah tiket ke final Terbuka Singapura 2025, sebentar tadi.

Dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura, pasangan nombor tiga dunia itu menundukkan gandingan utama India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 19-21, 21-10, 21-18 dalam pertarungan yang mengambil masa 64 minit.

Aksi set ketiga nyata mendebarkan apabila Aaron-Wooi Yik yang mendahului selesa 20-13 hampir dikejutkan selepas lawan mereka berjaya mengutip lima mata berturut-turut untuk merapatkan kedudukan kepada 18-20, sebelum beregu negara mengesahkan kemenangan 21-18.

Kemenangan berharga itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik mara ke pentas final buat kali keempat berturut-turut musim ini selepas turut melakukannya di Kejohanan Badminton Asia, Terbuka Thailand dan Masters Malaysia.

Malah, mereka kini hanya selangkah lagi untuk merangkul gelaran ketiga musim ini selepas muncul juara di Kejohanan Asia dan Terbuka Thailand.

Esok, Aaron-Wooi Yik bakal berdepan cabaran getir apabila turun menentang pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae dalam perlawanan akhir.

Pasangan Korea itu terlebih dahulu menempah slot ke final selepas mengetepikan gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 21-17, 21-16.

Pertembungan final esok membuka peluang buat Aaron-Wooi Yik melunaskan dendam mereka di atas kekalahan kepada Won Ho-Seung Jae pada separuh akhir Terbuka India, Januari lalu.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/05/1403092/aaron-wooi-yik-mara-bergaya-ke-final-terbuka-singapura





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2026 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.047972 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list