CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 366|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Azroy, Helmi banggakan negara di ARRC

[Copy link]
Post time 1-6-2025 08:42 PM | Show all posts |Read mode
Azroy, Helmi banggakan negara di ARRC

Oleh Khairil S Iswan - Jun 1, 2025 @ 8:34pm




Azroy (tengah) ketika meraih kemenangan di Sepang. - Foto Asia Road Racing Championship



KUALA LUMPUR: Lagu Negaraku bergema megah di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS apabila dua pelumba negara, Azroy Hakeem Anuar dan Md Helmi Azman muncul juara dalam Perlumbaan 2 Pusingan Kedua Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), hari ini.

Azroy yang beraksi bersama pasukan Idemitsu Honda Racing Malaysia melengkapkan aksi cemerlang dalam kelas elit ASB1000 dengan merangkul kejuaraan berganda selepas menjuarai Perlumbaan 1 semalam.

Sementara itu, Helmi yang turut mewakili pasukan sama mencipta kebangkitan dalam kelas SS600 apabila berjaya menebus kekecewaan semalam dengan menjuarai Perlumbaan 2.

Mengulas kejayaannya, Azroy menyifatkan kemenangan di Sepang sebagai sesuatu yang amat bermakna memandangkan ini adalah penyertaan pertamanya dalam kelas ASB1000.

"Ini kali pertama saya meraih podium dan kemenangan berganda, jadi saya amat gembira. Kejayaan ini tidak mungkin diperoleh tanpa kerja keras seluruh pasukan," kata Azroy.

"Ketika perlumbaan, saya cuba mengekalkan kelajuan seperti semalam, tetapi cuaca hari ini jauh lebih panas, jadi saya perlu menguruskan tayar dengan sebaik mungkin.

"Saya kehilangan lima atau enam posisi di awal perlumbaan, namun saya bangkit semula. Selepas berjaya mendahului, saya cuba meningkatkan kelajuan tetapi mungkin disebabkan tayar, saya hanya mampu kekal dengan rentak itu.

"Hafizh (Syahrin) berada di belakang saya, kadangkala rapat, kadangkala jauh dan ketika itu saya tahu kelajuan saya berada pada tahap yang baik. Jadi saya hanya cuba mengawal perlumbaan.

"Harapnya saya akan dapat mengulangi pencapaian ini di pusingan akan datang."

Mengiringi Azroy di podium ialah pelumba pasukan JDT Racing Team, Hafizh yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala pelumba Jepun, Keito Abe (SDG HARC-Pro Philippines) melengkapkan kedudukan tiga teratas.

Sementara itu, Helmi menyifatkan kemenangan hari ini hadir tepat selepas dia dikenakan penalti 'long lap' dalam Perlumbaan 1 semalam yang menyebabkannya terlepas kedudukan podium.

"Saya memberikan segala-galanya, 100 peratus dalam perlumbaan ini. Syukur, ini adalah rezeki saya. Kemenangan ini saya tujukan kepada pasukan, penaja, keluarga, rakan-rakan dan penyokong yang tidak putus memberi sokongan," kata Helmi.

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2025/06/1403435/azroy-helmi-banggakan-negara-di-arrc





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2026 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.044563 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list